Tuesday, March 18, 2014

My baby is 7 month



Rawatan Batu Hempedu

Dah hampir 2 bulan suami saya kene jaundice, mata kuning, kulit kuning, berak n kencing pun kuning. Last Friday admit ke KPJ Tawakal kali kedua dan Doktor kata tiada batu hempedu Alhamdulilah.

Before this, ultrasound scan di Hospital Selayang kata ada banyak batu, kemudian buat CT Scan di KPJ pun kata ada batu hempedu. Mula2 doktor KPJ kata kene operate untuk buang batu tu, tapi sebab suami saya tak teruk sakit, tiada demam, tiada sakit badan, hanya kekuningan. Oleh itu doktor nak tunggu dulu kuning berkurangan baru boleh operate. Disebabkan hempedu kecil, maka batu dan hempedu akan dibuang.

Kemudian kami terjumpa blog laman sufi . Rawatan alternatif untuk buang batu hempedu. Lebih kurang macam detox. Dengan kuasa Allah, doktor kata tiada batu hempedu hanya ada lemak (Polyp) pada saluran. Oleh itu doktor buat operation untuk membesarkan laluan yang dah jadi sempit disebabkan lemak terkumpul.Minor operate tak bedah pun cuma masuk alat dari rongga mulut.

Hingga ke hari ini masih lagi kuning. Tapi doktor kata memang lambat nak baik sebab ada saluran dihati yang masih bengkak.

Ini saya copy dari laman sufi. senang nak rujuk bila nak buat detox lagi. Terima kasih lamansufi, info yang sgt berguna.

Bahan-bahan 



Epal Hijau- 30 biji (utk 6 hari) ,
Lemon (3 biji)- setengah gelas
Garam Epsom - 2 sudu teh
Minyak Zaitun/Olive Oil - setengah gelas


Cara yang saya buat;

epal hijau melembutkan batu karang

Hari 1 hingga hari ke 6
- Minum jus epal minimum 4 gelas/5 biji epal/ minimum 1 liter sehari
- 1 gelas jus satu biji epal, sebab bulan puasa saya akan minum 2 gelas masa berbuka dan 2 gelas masa sahur, sebiji lagi makan begitu sahaja.
-Kalau bukan puasa makan nasi seperti biasa seeloknya jangan makan banyak.

Beli di Guardian - RM5.70


Hari Ke 6
- Bulan puasa memang tak dapat lah nak puasa sebab siang kena makan seperti biasa pasal malam dah tak boleh makan.


- 6 petang - Minum setengah gelas air suam dicampur  1 sudu teh garam epsom

garam epsom membuka saluran hempedu

- 8 malam - Ulang minum air garam epsom

- 10 malam - minum jus lemon campur minyak zaitun dapatkan anggaran 250 ml -suamkan gelas untuk mudahkan campuran jus.


Jus lemon - kulit sekadar hiasan

Minyak zaitun beli di Giant - 1 liter -RM40+
Minyak zaitun melincirkan batu karang keluar dari saluran hempedu

- Tidur dan batu karang akan keluar keesokkan paginya melalui pembuangan air besar.

Proses pengeluaran batu karang seperti di bawah



Batu yang keluar bewarna kehijauan dan biasanya terapung. Jangan terkejut jika batu yang keluar berjumlah lebih dari 100 biji bergantung pada keadaan hempedu kita ketika itu.

Keputusan: Petua ni memang menjadi, lebih dari 5o biji batu karang keluar dari hempedu, Alhamdulillah. Untuk kesan lebih baik, 3 bulan akan datang detox akan di buat lagi sekali dan berikutan 6 bulan selepas itu.

Walaupun anda sihat petua ni elok di amalkan oleh semua orang untuk bersihkan hempedu dan hati.




Notis: Sebarang kesulitan dan risiko dari info yang diperolehi adalah tanggungjawab atas pembaca. Sila dapatkan nasihat panel berwajib terlebih dahulu untuk mengamalkan sebarang info perubatan.