Friday, July 29, 2011

Di hari Jumaat




Saya suka berzikir dengan suara lantang
Nah Ayah pulak Berzikir
Alamak, saya kecik lagi mana ingat surah Al-Fatihah
Yela, Yusuf hafal la ni ayah.

1st time mother.. Please, Aware dengan mastitis

Sumber: Group KIM di Facebook

Ini rentetan daripada Bopan Dot.

mula2 kena cite psl kelenjar.. (based on discussion ngan doktor), katanya bdn ada 3 tempat yg selalunya kelenjar akan bengkak bila dimasuki kuman/germ. di belakang leher, di celah kelengkang (dkt peha), or di kiri atau kanan bawah ketiak (hampir dgn dada).
it start with a small lump. tu la kot bole org2 tua kata tu bengkak angin je.
cause bole bengkak? or how kuman bole masuk? BF ibu bole dpt thru nipple (kan dia berlubang) dibawa oleh mulut baby to the milk duct. kan kdg2 dia gigit itu ini? or thru nipple yg crack..
cracked nipples selalu tjadi pada 1st timer mum..since mastitis can strike anytime,1st timer breasfeeders lebih cenderung utk kena (just so like me.huhu)
simptom mastitis include severe soreness (berganda2 sakit lebih dari bengkak susu tau).. redness (mine dia ade kesan merah macam terbakar sebesar telur ayam)..heat and swelling. hot to touch. masa mlm tu demam teruk mmg tak bole ter-sentuh cik B pun. mak mentua sentuh utk tlg tuam, terus air mata mengalir macam air paip sbb sgggttt sakittt..dah takleh control rase sakit nya..

saya ada buat surgical drainage = doc buat sedutan utk buang susu2 yg almost basi dan adviced to keep pumping + BF. ikut nasib gak, ade org kelenjar yg tersumbat bole kembali lancar (alhamdulillah!)..ade org mcm saya come to the dead end after all effort done. (duhhh)..
kalau lambat mendapatkan treatment, memang bole jadi kes breast abcess (bisul di dalam dada). fuh itu berganda la lagi sakit nya. it was said to be excruciating, throbbing pain, and temperature swing (demam turun naik). heee...ngeri tak?
antibiotik, surgical drainage, tuam, pam..semua dah buat..tp still tersumbat. ;( mari sebarkan ilmu supaya 1st timers mummy (especially) aware pasal symptom2 awal. kalau dh level mastitis mmg dah tipis harapan..last2 kene bedah. uuuu..tak mau ku ingat! hehe

Susu ibu terletak pada kemahuan ibu

Tengok dalam group KIM  facebook. Kagum dengan seorang ibu yang berjaya relaktasi selepas operation akibat susu basi dalam cik B. Saya share di sini untuk beri semangat supaya saya rajin mengepam susu huhu.

Entry:
Bismillahirrahmaanirrahimm ..entry ini ku coretkan dengan tujuan berkongsi pengalaman dan untuk menyertai pertandingan Dunia Susu Ibu..Moga memberi manfaat, insya Allah.


Assalamualaikum semua.
...Saya ingin berkongsi pengalaman menyusukan anak di kategori relaktasi, iaitu menyambung semula penyusuan selepas terhenti. Anak pertama saya diberi nama Naufal, dan Alhamdulillah sejak mengandung hinggalah proses kelahiran semuanya lancar secara normal tanpa sebarang komplikasi. Berpantang juga tiada masalah kecuali susu saya agak kurang di minggu ke-2 dan ke-3 kerana mungkin pemakanan yang tidak betul. Semua kembali lancar selepas mendapat tunjuk ajar dari kaum keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa membantu.

Namun, di minggu ke-8 (pertengahan Februari) iaitu beberapa hari sebelum cuti bersalin saya tamat, saya telah mengalami demam teruk dan bengkak susu di mana terdapat ketulan di dada kanan atas yang membesar dengan pantas walaupun usaha tuam dan penyusuan terus-menerus dibuat. Tidak dinafikan, kurangnya ilmu dan kesedaran tentang apa yang sedang saya hadapi telah menjadikan keadaan bertambah buruk dan akhirnya saya terpaksa dibedah akibat ‘mastitis’. Kesakitan yang terlampau akibat kelenjar yang tersumbat (bukan tersumbat di puting, tetapi tersumbat di saluran kelenjar dalaman yang telah menyebabkan susu terkumpul dan menjadi basi dan ini seterusnya bertukar ke keadaan yang lebih buruk, iaitu menjadi bisul) telah memaksa saya mengambil keputusan terakhir demi menyelamatkan kelenjar-kelenjar lain dan mengelakkan keadaan yang lebih dahsyat.; iaitu dengan menjalani pembedahan… Ketika membuat keputusan untuk dibedah, saya berada di Selangor dan suami bekerja di Johor Bahru. Saya pasti tidak akan lupa kerana saya dibedah pada hari saya sepatutnya melapor diri selepas cuti bersalin..

Keputusan itu telah memberi kesan yang besar dalam hidup saya walaupun ia pembedahan ‘kecil’. Oleh kerana ia pembedahan ‘membuang’ kelenjar, luka tersebut tidak dijahit tetapi sebaliknya, dibiarkan terbuka (tapi ditutup la dengan kapas). Luka mesti dipantau dan dicuci setiap hari untuk mengelakkan jangkitan kuman ketika proses daging yang baru tumbuh. Ya Allah, sakitnya..pedihnya..hanya Allah yang Maha Tahu. Suami sentiasa di sisi, melihat semua yang saya hadapi dan memberi kata-kata semangat. Malah setiap sesi mencuci luka juga dia perhatikan, kadang-kala tergelak juga kerana muka dia lebih berkerut-kerut menahan ngilu dan sakit berbanding saya! Kesanggupan dia melihat luka (saya tidak pernah ingin melihat luka itu, kerana sangat dalam dan takut trauma teringat-ingat di kemudian hari!) dan memberi respons positif sangat membantu semangat juang saya..

Selepas pembedahan, Dr Jamal Pakar Bedah di DEMC datang melawat dan bertanyakan tentang penyusuan. TIada masalah untuk teruskan seperti biasa, iaitu cuma sebelah kiri sahaja sementara luka di belah kanan belum sembuh. Beliau malah menggalakkan saya untuk tidak berhenti menyusu! Namun begitu, keputusan tetap di tangan saya untuk difikirkan. Jika saya teruskan menyusu bererti luka di dada kanan akan berair (susu keluar melalui luka) dan harus dipam atau dipicit keluar. Jika saya mengambil pil untuk menghentikan susu, bermakna anak akan mula diberi susu formula. Naufal baru berusia 2 bulan! Sesungguhnya, saya benar-benar berada di persimpangan yang penuh buntu. Antara kepentingan diri sendiri, tanggungjawab terhadap anak, dan tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Hari pertama selepas pembedahan, saya masih bersemangat teguh ingin teruskan penyusuan. Saya pam dan buang susu dari belah kiri, kerana anak di nursery dan saya di wad. Tiada apa-apa yang boleh saya buat kecuali mengepam. Namun, semangat saya mula goyah selepas bertarung dengan sakit yang ketara apabila sebelah kanan membengkak (akibat ransangan susu terhasil) dan darah bercampur susu yang seakannya tidak mahu berhenti mengalir! Pam juga tidak membantu, malahan sakit makin berdenyut-denyut dan semakin banyak darah keluar kerana corong pam masih kena pada hujung luka. Picit? Sudah tidak mampu menahan sakitnya..Dan akibat bengkak itu juga, seperti ada batu di dada yang berat, keras, menyakitkan..Saya tewas, bersama air mata…

Saya betul-betul bernasib baik kerana kakak saya juga mempunyai anak kecil hampir sebaya Naufal. Malahan, sepanjang saya di wad, Naufal mendapat susu ibu dari kakak saya. Dia benar-benar membantu menguruskan Naufal sebelum saya keluar dari wad dan balik ke Johor Bahru untuk dijaga oleh ibu mertua. Bermulalah kisah saya dan pemulihan diri. Anak dijaga oleh ibu mertua sepanjang masa kerana saya benar-benar lemah malah seolah-olah kembali berpantang. Begini rasanya orang yang bersalin secara C-sect. Sakit!! Tidak boleh terhentak atau terhantuk sedikit pun. Bergoyang dalam kereta pun dah meremang rasa sakit .. malah berjalan pun perlahan, tunduk langsung tak boleh. Naufal diberi susu formula, dan saya terpaksa membuat keputusan paling sukar, iaitu mengambil pil hentikan susu supaya lebih cepat sembuh. Ya Allah, itulah keputusan paling berat tapi paling munasabah yang saya pernah buat setakat ini. Kerana di saat saya bergelut sakit, suami mendapat khabar berita gembira. Dia mendapat tawaran biasiswa untuk meneruskan PhDnya ke Jepun. Saya tidak berfikir dua kali untuk melepaskan kerjaya di Selangor dan mengikut suami.

Tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac lalu telah menyebabkan perjalanan kami tertunda. Mula-mula, kami telah menukar tarikh penerbangan ke bulan April. Saya masih langsung tidak boleh mendukung anak kerana luka yang amat perit dan sakit. Hikmah di sebalik setiap yang berlaku, saya punyai masa untuk sembuh sepenuhnya sebelum bertolak ke Jepun..Alhamdulillah! Namun, masih belum melegakan kerana berita tentang kebocoran tangki nuklear pula merungsingkan kami dan telah menyebabkan kami berfikir untuk pelan B, iaitu bertolak ke Jepun pada bulan Mei . Di saat itulah timbul niat untuk kembali mencuba menyusukan Naufal kerana kadang-kala, susu masih mengalir keluar. Ini telah memberi semangat yang tinggi kepada saya. Walaupun cuma cair seperti air (susu sudah kering mungkin ketika itu akibat ubat), jika ditekan masih boleh dapat setitik dua. Petanda baik?

Dua minggu lamanya masa saya dan suami ambil untuk berbincang baik buruk, kesan pro dan kontra niat saya untuk menyambung penyusuan setelah hampir 2 bulan berhenti. Suami sangat memahami namun meminta agar saya mendahulukan kesihatan diri kerana tidak mahu ia berulang ..lebih-lebih lagi setelah kami ke Jepun nanti. Saya lebih terdorong untuk kembali menyusu kerana ingin memberi anak saya antibodi yang dia perlukan. Susu formula tiada antibodi seperti susu ibu. Ketakutan saya hanya mainan perasaan dan tidak berbaloi untuk difikirkan berbanding peri pentingnya kesihatan anak saya. Kali ini saya benar-benar nekad!

Saya mula membuat kajian di internet, di blog-blog pakar laktasi seperti Puan Farah Farhan, Dunia Susu Ibu, dan beberapa blog ibu menyusu seperti Kak Azlin Atan (Mikiadiddles), Kak Nor (Dapur Aulad) dan lain lain. Saya turut menghabiskan masa dengan menghubungi kawan-kawan dan mereka yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar. Saya dan suami turut pergi berjumpa pakar laktasi di Hospital Pakar Puteri JB dan mendapat kata-kata semangat dan tunjuk ajar yang saya amat perlukan untuk memulakan perjalanan baru ini. Langkah pertama saya adalah membuang puting Naufal (nyah kau, aku tak perlukan kau lagi! ^_^ ) , dan memberi puting saya untuk dia tidur. Langkah awal ini memberinya peluang untuk kembali selesa dengan saya dan membantu untuk menerimanya seperti dulu. Alhamdulillah, dia tak tolak.

Seterusnya saya gunakan puting berlubang satu untuk susu botol formulanya. Ini atas nasihat kawan-kawan supaya dia lebih ‘berusaha’, sama ketika menyusu badan di mana dia harus menghisap untuk mendapat susu. Saya turut membuat catatan jumlah susu yang Naufal minum sehari, iaitu sekitar 20-24oz. Setelah dari situ, saya berazam gantikan 3/4 dari 4oz yang Naufal minum per sesi dengan susu badan (yang mungkin ketika itu wallahualam banyak mana). Ini membantu merangsang otak dan kelenjar untuk stimulasi penghasilan susu kerana hisapan lebih kuat ketika minum berbanding ketika Naufal ingin tidur.

Selain dari itu, saya juga mendapatkan nasihat berkenaan pemakanan dan penambahan susu. Selain makanan harian seperti sawi, tempe, lobak putih, air longan, kurma, dan byk lagi..saya turut mengambil supplemen untuk memperbaiki sistem dalaman badan. Saya sentiasa menerima sms bertanyakan progress saya, Alhamdulillah keluarga benar-benar menyokong dan mendorong tindakan saya. Terima kasih mak kerana membantu setiap hari dan ‘memarahi’ saya membuat kerja rumah walaupun sedikit. Terima kasih pada Kak Alin kerana memperkenalkan Shaklee dan Kak Nor yang sentiasa prihatin dengan keadaan kami. Juga pada suami yang tidak henti-henti memberi dorongan moral, memastikan saya cukup makan dan cukup minum, makan supplemen pada masanya, dan banyak lagi. Saya juga mencatat masa dan setiap hasil yang saya pam (walaupun cuma 0.5oz!) dan tanpa penat dan jemu terus melakukan ‘power pumping’ sehingga lebih kurang sebulan. Tidak cukup dengan halba, Shaklee dan makanan berkhasiat harian, saya turut berjumpa doktor dan meminta nasihat sekiranya boleh untuk memakan pil penambah susu. Doktor memberi sokongan dan saya mendapat bekalan selama hampir 1 bulan sebagai penggalak susu di peringkat awal ini.

Proses ini memang amat perlahan dan menduga emosi dan perasaan. Hasil pam masih tidak pernah mencapai 2oz. Jika mencecah 1oz pun, hanya di pagi hari. Setiap 2-3 jam saya akan mengepam, dan menyusukan Naufal. Ada ketika saya rasa ‘seolah-olah’ kejam memaksa si kecil untuk minum daripada saya hingga dia menangis dan saya turut menangis. Malam hari juga begitu, sehinggalah pada suatu malam Naufal terjaga untuk minum dan saya mampu untuk memberi dia minum tanpa dia merengek atau menangis minta susu formula. Dia tertidur semula selepas sendawa! Allahu Akbar, saya tidur dengan air mata gembira…

Kini, sudah 3 bulan kami sekeluarga di Tokyo, Jepun. 2 minggu lagi genap usia Naufal 8 bulan. Semenjak sampai hinggalah kini dia bergigi 2, Alhamdulillah tidak pernah mendapat demam, selsema atau batuk. Selera makan juga amat bagus. Tidak dapat dinafikan, kesan pengambilan ubat hentikan susu (saya lupa nama ubat) menyebabkan susu saya lambat untuk terhasil (kita tahu bila susu di dada penuh dan banyak..). Saya turut menerima hakikat saya tidak mampu untuk membekalkan 100% keperluan susu harian Naufal. Dia masih minum susu formula, tetapi 1 atau 2 botol sahaja di sebelah petang. Setiap botol cuma 4oz dan selebihnya adalah susu ibu. Boleh diandaikan 80% susu ibu, dan 20% susu formula…alhamdulillah, ia lebih daripada target saya. Biarlah begitu, saya sudah bersyukur dan berpuas hati. Lagi pula kini saya di rumah sepenuh masa, bersama Naufal. Peluang untuk terus menyusu masih tinggi, mungkin keadaan berbeza sekiranya saya masih bekerja. Perjalanan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun menyusukan Naufal masih lagi jauh. Tapi setakat ini masih ada rezekinya, dan saya tidak akan pernah jemu untuk terus berusaha selagi saya terdaya dan diizinkanNya.. sekian…

p/s: pheww..panjang nya. lepas SPM, ini lah karangan BM saya yang pertama!! ;p


Moral dari kisah dan pengalamanan saya ini:
1. Ibu-ibu, bakal ibu mesti mencari ilmu penyusuan selengkap mungkin. Bukan sekadar ilmu tentang pam, penyimpanan susu, penambah susu dll, tetapi juga siapkan diri dengan ‘worst case senario’ dan tindakan seharusnya ketika menghadapi situasi tersebut.

2. Berikan pendedahan awal tentang jenis-jenis dan gambaran situasi masalah penyusuan kepada bakal ibu, atau ibu-ibu sama ada melalui perjumpaan, kelas antenatal, laman sosial dan lain-lain supaya ia dapat di elak seawal mungkin. Ketika saya bertanya, kenapa ia boleh terjadi (kelenjar tersumbat) sedangkan normal di awalnya, jawab doktor ia boleh terjadi kepada sesiapa, bila-bila masa selagi anda menyusukan anak. Sediakan payung sebelum hujan itu memang penting!

3. Kurangkan percaya pada mitos. Pergilah berjumpa pakar, doktor, untuk pemeriksaan seawal mungkin. Di awal simptom saya silap kerana percaya pada bidan urut menyatakan ia cuma bengkak angin.

4. Susu boleh terhasil! Itu semua di minda dan kemahuan (serta usaha) kita. Percaya lah dan bersikap positif.
See More

Wednesday, July 27, 2011

klcici here we come

Pesanan daripada rakan saya:
"bawa baby g swiming pool selalu. Kalau x, nanti bila dh besar dia takut tengok air."

Jadinya, ibu pun bawala Yusuf mandi di pool KLCC.

Yusuf ni mula macam pelik jer

Dah lama2 dia seronok main tepuk2 n tendang2 air.
Sampai menggigil Yusuf kesejukan

Waktu ni dah x larat dah nak main buai.
Penat main air

Owh excited Yusuf naik kuda

Masuk dalam kete telus lena tido :)

Tuesday, July 26, 2011

Mencari dan Beli deep freezer untuk stock EBM

Ok, ada anonymous tanya, beli kat mana deep freezer?

Saya beli di HSL area sbelah jusco metro prima Kepong.
Saya beli jenama Freezer Mistral MFZ-101U  Harga RM750.

Ada kawan blogger saya beli di kedai elektrik nama weng heng jalan kepong, opposite care4 kepong.
Dia punya jenama chest freezer faber fz108u harga rm680.

Memang susah nak cari freezer ada laci2 ni. Mula2 saya ke Houz Depot KL, Carefour, Tesco ada deep freezer yang pintu buka atas jer. Pastu ke Wangsa maju, Tmn Permata, Tmn Melawati ada drawer freezer tapi yang tinggi-tinggi lebih kurang 1.6 meter kot macam blogger Super Dooper Kawaii. Akhirnya jumpa di Kepong.

Kalau anda macam malas nak gi jalan jauh2 beli deep freezer, anda boleh order di kedai elektrik berdekatan. Kita hantar No. code, bagi deposit sikit. Lebih kurang seminggu dapatlah barangnya.

Kalau nak berjimat, boleh beli yang second hand. Boleh cari di Group FB Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM). Buat post "Mencari second hand deep freezer di area KL" nanti ramailah yang menjawabnya.

Cara nak Pilih  Freezer?
1) DEEP FREEZER
Kebanyakan deep freezer yang kita tahu mestilah yang macam kt kedai jual ais krim or ayam tukan. Yang kita kene membongkok utk ambik barang. Murah lebih kurang rm350-500. Yang ni kene organize sikit, boleh ikut cara kak Farah sarakids susun ebm. Cara susun EBM ni best sebab kemas giler dan teratur giler hehe. tapi tulah, saya ni kedekut nak beli plastic zip beg tuh. pakai getah murah sikit. x pun anda boleh guna kreativiti simpan dlm kotak kertas double A tu ke, dlm raga ke. Yang penting label ikut bulan.

2)VERTICAL / CHEST FREEZER
Yang ni ada drawer2, senang sikit nak susun ebm, tapi kurang space sikitla. Saya beli yang ini.
Harga RM650-RM800. Pandai2lah mintak tawar.

3)HIGH VERTICAL / CHEST FREEZER
Yang ni tinggi dan ada drawer. Boleh simpan banyak EBM dan makanan beku yang lain hehe.
haraga RM1200-RM1800. Ada yang double door tau. besar giler.
Kalau utk next baby saya ingat nak beli yang ni, nak buat stok ebm bebanyak.

Perlu ke beli deep freezer?
1) Perlu jika stock ebm anda banyak.
2)lebih elok kita asingkan ebm dengan makanan. kebersihan terjamin susu tidak tercemar.
3) Menambahkan semangat rajin mengepam. Kita kan memang jenis x puas ati selagi x memenuhi ruang.
4)Buatla stock bebanyak untuk back up jika susu merundum, perlu outstation berpisah dengan anak, atau bulan ramadhan.

Friday, July 22, 2011

Baby High Chair yang murah


Yeah... Ibu baru beli Kerusi makan utk Yusuf :)
Baby High Chair from Ikea
Penat betul Ibu meround Ikea ni.
Alhamdulilah... Yusuf makan dengan sedikit sopan berbanding bermakan sambil berjalan dalam walker.
Actually, ibu dah beli baby chair yang foldable tuh.
Tapi bila letak atas kerusi macam rendah.
Ibu fikir nanti nak buka puasa bersama-sama.
x bestlah kalau x dapat tengok muka Yusuf.
Yang foldable tu sesuai bila kita balik kg.
Senang dibawa ke mana-mana.

Ibu nak tangkap gamba, Yusuf duk diam.
Memang skema gila gamba nih huhu
Okeh, ini aksi yusuf bila dah x nak makan.
Yusuf tutup mulut, kebelakangkan badan, tangan tolak2 sudu.
Yusuf bukan jenis suka makan, jangan risau ibu sokong Yusuf.
Ibu tau sistem penghadaman Yusuf belum cukup lancar.
It's better u enjoy a lot of susu ibu because it is the perfect meal for your age right now.

Tengah sale. Murah je kan harganya :)

Thursday, July 21, 2011

Shaklee in the office

Hari ni dah dapat hadiah dari mamaqaireen.
Orang kata makan shaklee set B ni boleh jadi milk booster?
hehe... hari ni posa. Mlm ni kita tengok kesannya.
Actually, minggu ni dah ada kemajuan sikit dari kemerunduman.
Saya dah dapat pam2-8oz susu.
Alhamdulilah, saya tau kuncinya adalah malam kena mengepam at least 4 kali.
maknanya jam 8, 10, 2/4pg, 6pg.
Makanan lain hanya membantu per sesi bukan keseluruhan sesi.
Antara makanan yang saya cuba holick, oats, barli, betik erm... makanan harian jela.
So kita tengok hasil keboosteran shaklee ni ek... but still need 8-12kali mengepam. Adeh..

Yusuf 8month

Hari ni pergi bawa Yusuf Check up for 8 month.
Berat : 7.76kg
Tinggi 72cm
Alhamdulilah... anak ibu sihat

Sekarang dah pandai tegur orang.
Kalau ada orang pandang dia dia cakap "eh....eeeh...eh"
Orang pun senyum2
Kalau ada bebudak tengah main, dia pun tergedik-gedik kaki nak join main sekali..
Hrmmm i can imagine getting slimmer when Yusuf can run actively
wink... wink (**,)

Wednesday, July 20, 2011

VIRUS BARU KAT FACEBOOK !









Saya pun pelik juga nape tetiba jantan ini beria ckp omputih.
Nasib baik memang ada terbaca paal virus ni.
So kawan2... please Watch out!!!


PENERANGAN
1. virus tersebut tersebar melalui
IM dimana dia bermula dengan
chat
........."hi. how are you?"
2. kemudian korang reply pd chat
tersebut , dia akan hantar
"Wanna laugh? :-)"
3. selepas korang reply , dia akan
menghantar kan
"It is you on the video ?)) want to
see?)"
4. then lepas tu , dia akan hantar
satu LINK & link tu laa VIRUS ^_^See More

Kalau ada yang dah kene means terima post yang pelik2 dan banyak, Cuba tukar pasword fb.

Tuesday, July 19, 2011

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa



1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib



(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur


3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak


* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif


* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)



* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.




10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.


Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam
Ingat x saya baru menang GA mamaqaireen?


Ini adalah hadiahnya. Entry ni bukan nak cerita pasal kemenangan hadiahnya, tapi saya nak cerita detail kelebihan Set B ni kepada ibu2 menyusu.


Set B Shaklee :30 tabs of Vitalea/ Multivitamins 
30 tabs of B Complex 
30 tabs of Vitamin C 
60 tabs of Alfalfa

 
Tambah :
* 16 tabs of Ostematix/ Kalsium
* Jingle Jungle Breastmilk Storage Bags



sumber: http://mamaqaireen.blogspot.com/2011/02/bukan-sekadar-tambah-susu.html



Trial Pack Set B khas untuk breastfeeding mom adalah sememangnya kami susun bukan sekadar untuk menambah pengeluaran susu malah ianya adalah untuk kesihatan keseluruhan ibu dan anak. Saya lebih suka tekankan di sini bahawa, Set B lebih mengutamakan kualiti dan meningkatkan nutrisi dalam susu ibu berbanding sebagai milk booster. Set B menyediakan si ibu dan bayi dengan khasiat yang tidak ternilai. Jom ikuti penerangan lebih terperinci akan kebaikan setiap vitamin yang kami sediakan dalam set ini:

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan

b) B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam

c) Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

d) Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.(PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE)

Tentang tambah susu, ianya berkesan sekiranya si ibu mengamalkan tiga perkara berikut:
1- Doa dan zikir yang berterusan
2- Minum air 3 liter
3- Mengepam setiap 3 jam

Menjaga hubungan dengan Allah akan menjadikan urusan kita di dunia lebih mudah. Ia harus diutamakan dan kemudian barulah diikuti dengan usaha. Hati yang sentiasa yakin dengan Allah akan sentiasa tenang dan sabar.
Saya masih lagi belum menerima hadiahnya. sebelum kemerunduman saya dapat pam 4-12oz sekali pam. Selepas kemerunduman saya dapat hanya 1-5oz huhu....
So, kita tengok hasil eksperimannya.

Monday, July 18, 2011

Yusuf a.k.a aron aziz

hahaha...
Ini adalah entry ibu yang perasan.
ni sebenarnya kenduri pada 3 julai tapi baru nak update.
Pergi kernduri kawin senior masa kt utm.
Pastu terjumpala kakak senior ramai2.
Diaorang pun cakapla... "Yusuf macam cina la"
Kemudian ada orang cakap " xla, macam aron aziz"
Semua orang terdiam.. dan tergelak
hahahaha
.
.
.
.
.
.
.

Ibu Yusuf la tuh yang cakap macam aron aziz. hehe
Maybe diaorang terdiam sebab takut ibunya kecik hatikan.
lepas tu bila saya gelak baru diaorang gelak hehehe
Gurau jer... aura drama nora elena kan.
Ibu pun risau kalau Yusuf hensem sangat,
nanti jenuh ibu nak control mat romeo huhu


Sajer nak enterframe dengan lipstick baru hehe

Hehe Susuku merundum

OMG... Susuku merundum. hehe
Ini semua salah kursus. Abis lintang pukang jadual mengepam. Malam asyik tido x bangun pam sebab penat berjalan naik lrt huhu. Weekend plak sibuk berjalan skip sesi ngepam.
Wuuuaaaa.....

Hokey... tarik nafas.... hembus FUUUUUHHHHH

Actually dah selalu dah susu merundum. Cuma this time sangatla lama ia merundum huhu.
4-6hb ada kursus, 8-10 balik ipoh, 11-14hb ada kursus lg 16-17 sibuk bershoping isk...isk..
Biasanya weekend adalah masa utk tindakan recovery yakni mengepam ala komando setiap 2 jam. Tapi disebabkan sepanjang 2 minggu jadual ngepam lari lintang pukang malam pun x berjaga pam susu... yeah... kini baru nak terhegeh2 cari jalan shortcut utk tindakan recovery.
Kepada ibu menyusu secara pengepam tegar yang lain sila ambil pengajaran dari kisah saya ini.

Jalan shortcut utk tindakan recovery?
Leh cuba cari makanan milk booster, cara urutan, doa2 dll
Tapi jangan bergantung pada makanan / supplement sahaja, ibu itu sendiri perlu kuat semangat. Makanan/supplement nih membantu sahaja. Penghasilan susu sebenarnya terletak di minda ibu.
Kaki dah selangkah sehingga 8bulan, moga2 dapat menyusukan anak sehingga 2tahun genap.
Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Yang ni best http://sereniety.blogspot.com/2008/10/petua-petua-menambahkan-asi-air-susu.html
Saya nak cuba buat. Lain orang lain keserasiannya. Yang penting kerapkan mengepam dan jangan sesekali putus asa.
Tengah tunggu suplemen shaklee dari mamaqaireen.

Thursday, July 14, 2011

Saya menang GA :)

Ingat tak saya pernah sertai GA mamaqaireen?
Hehehe... dengan bangga nya saya menang :)
x percaya klik sini.
Memang tengah merundum susu sekarang nih. Baru jer nak ikhtiar makan makanan penambah susu. Dapat rezeki menang Shaklee. Nanti saya cerita pasal shaklee nih.

hehehe... saya gembira :)

Sediakan EBM kepada pengasuh

Ada kawan saya tanya, macamana nak sediakan EBM kepada pengasuh.
This entry is dedicated for her :)
 
Entry ni sebenarnya copy dari blog lama. Tapi saya ada update sikit.
Sekarang dah ambik orang gaji. Tapi still berguna pada ibu2 yang ingin sediakan EBM kepada pengasuh.
 
 
Langkah pertama:
 
Kenali pengasuh anda.
Adakah dia pernah handle EBM?
adakah dia tahu cara yang betul untuk panaskan EBM?
Adakah dia rasa EBM leceh dan susah?
Bolehkah tumpung susu letak dalam peti sejuk?

Langkah kedua:
Sediakan manual pemanasan EBM:
1) Gunakan susu mengikut turutan nombor yang ditulis.
2) Cara panaskan susu yang betul (Rendam dalam air panas / guna warmer)
3)Beri susu pada anak mengikut jadual yang disediakan. Setiap 2jam / 3 jam bergantung pada kekenyangan bayi anda. Jadi jadual jam 8pg, 10pg, 12tgh, 2ptg, 4ptg, 6 ptg.

Langkah ketiga:
Berikan extra apa2 yang diperlukan untuk memudahkan pengasuh jika pengasuh anda jenis yang rasa leceh menyediakan EBM.
1) Botol untuk diminum secukupnya. Ada orang yang menggunakan botol mahal untuk menyusukan anak seperti tomitipi, avent dll. Jika anda tidak mampu sediakan banyak, Sekurang-kurangnya berikan 2 botol minum bagi memudahkan pengasuh membasuh dan keringkan botol.
2) Berikan warmer. Kelebihan warmer adalah mengesan suhu kepanasan susu. Jadinya, pengasuh anda dengan mudah hanya menekan on dan membiarkan susu sehingga bayi sedia minum. Kadang2 pengasuh leka menjaga anak lain, susu anak kita sejuk / panas main sumbat ajer.
3) Sediakan cooler beg untuk disimpan susu jika peti ais pengasuh anda selalu penuh or mengganggu.

Ini adalah rutin seharian masa saya hanta anak ke pengasuh dulu :)
1) Pam di office -kalau rajin 4kali jam 9pg, 12tghari, 2.30tghr, 5ptg
-kalau sibuk or malas 3kali jam 9pagi 12tgh, 4ptg

) Balik rumah masukkan dalam peti. Kuantiti susu setiap kali pam xdela banyak pun huhu, tapi saya rajin pam utk banyakkan susu. Bercampur dengan baki hari semalam.

3) Asingkan susu yang hendak dibekalkan kepada pengasuh. Susu yang terlebih2 simpan dalam deep freezer. 2 botol susu, spare takut keesokannya susu merundum. Jadi xdelah masalah susu x ckup. (Saya x pernah lg guna frozen ebm huhu)
4) Jika anda menggunakan frozen EBM, tuliskan nombor 1-3 utk frozen ebm bagi memastikan frozen ebm dihabiskan dulu. Kemudian fresh ebm tulis no4-6, kerana jika tidak habis diminum fresh ebm boleh disimpan dalam freezer atau digunakan esok hari.
 

5) Mula2 minggu pertama sy bg 6botol 3 Oz. Tapi pengasuh kata x ckup. Lepas tu sy bagi 7botol 3 Oz. Pengasuh kata "cukup2. Kalau nana balik lewat sikit mesti x cukup."
Jadinya minggu ke-3 saya bg 7 botol 4 Oz yang sejuk dan 1 botol susu fresh 4 Oz (8botol wehhhhh banyak tul anak aku minum)
 
6) Sukatan susu untuk anak minum nih, kita kene try dulu di rumah. Means, walaupun kita ada dirumah, test dulu jam 7pagi hingga 6petang berapa botol baby minum. Setiap baby berbeza bergantung kepada kekenyangannya. Tetapi standard bayi minum adalah 3oz setiap 2 jam.
 
7) jika anda jenis yang x percaya pada pengasuh, minggu terakhir sebelum bekerja, anda hantar anak ke pengasuh. Kemudian buat operasi terjah untuk cek betul x cara pengasuh handle ebm.
 
8) Hasil terjahan saya:
a) Pengasuh campurkan susu 2 botol 3oz jadi 6oz. dia buat penuh2 sebab malas panaskan banyak kali. Jadinya saya buat 4oz sebab dah macam banyak kan dlm 1 botol. Pengasuh pun x campurkan susu lagi.
b) Apabila baby menangis mesti dia sumbat susu. Sebabtula banyak sangat anak aku minum susu huhu. Padahal Yusuf ni jenis kene salin pampers selalu. Dia x suka basah2. Ni memang x dapat dielakkan sebab pengasuh jaga ramai budak. Asalkan anak aku x nangis xpela huhu.
c) Pengasuh bagi baby minum susu sejuk huhu patutla anak aku selalu selsema. Lepas bagi warmer baru x selsema dah.
 
 

4) Masukkan ke dalam cooler bag pengasuh dan office.

5)1icepack kt bawah, 1 icepack kat tepi, 1 lg icepack dekat atas(Sebab x muat nk letak kat tepi lg 1 huhu)
Letak puting siap2 sebab nnt senang pengasuh tu panaskan EBM
Kita nak mintak tlg orang, lg bgus kita mudahkan kerja orang kan. Kalau anda pkai frozen EBM sila letakkan nombor turutan supaya Frozen ebm dihabiskan dahulu kerana frozen EBM perlu dihabiskan dlm tempoh 24jam dicairkan, tapi fresh EBM boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3hari. Kalau lebih 3 hari masuk dalam deep freezer.
 
6) Siap di packing dan diulang keesokan hari
Hari sabtu, leh buat stok bebanyak sebab hari cuti rajin mengepam :)


7) Pengasuh buh dlm beg plastik (Saya bekalkan 100beg plastik bli kat tesco)
Semua botol akan kosong.
Kadang2 mcm pelik susu leh licin sebab kat umah Yusuf minum sikit jer susu.
Ke aku ada anak susuan? jeng jeng jeng
Balik rendam dengan sabun, sebelum tidur basuh dan jemurkan.
Kena rendam sebab kadang2 lemak susu lekat pada botol, kalau rajin sterilizekan tapi sy awal rajin sterilize sekarang dh malas huhu

Thursday, July 7, 2011

Dr. Yusuf tak dok diam

Cubaan tangkap gambar sendiri..
Huh takdenya nak pandang

Ha.... susah benor nak nangkap gambor Dr. Yusuf nih

Hehe... dalam perjalanan kenduri nih, ibu n opah bertikam lidah. Ibu nak Yusuf jadi Dr. gigi tapi opah nak Yusuf jadi Arkitek. Jadi mulai hari ini ibu panggil Doktor Yusuf.  hehehe
Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalaNya.

Wednesday, July 6, 2011

Defrost the Freezer

Tebal kan salji dalam Deep Freezer nih huhu
Boleh mengurangkan ruang utk simpan EBM.
Ni 6bulan punya ice. Susah jugak nak cairkan suma ice.
Lepas ni 3 bulan sekali dah kene buat maintenance.

Punyalah google cara2 nak defrost freezer, rupanya ada dlm manual huhu
Pastu ada skali penyodok plastik utk kikis salji tuh. lupa plak nak ambik gambar.

Yusuf sibuk mengemas EBM

Yang mana nak susu kat depan. Yang mana nak susun ke belakang?

Ibu, yusuf peningla nak susun EBM ni. Ibu pun janganla kacau yusuf.
Yusuf sibuk nih