Thursday, December 27, 2012
From TTC to Pregnancy
Alhamdulilah, daripada bulan Mei saya berTTC kini saya mendapat positif UPT. Pada mulanya saya ingatkan saya ni subur sebab bunting pelamin dulu. So tak perlulah beria saya nk ttc. Tapi selepas 3 bulan masih belum hamil, saya pun mengakui mungkin kehamilan ini tidak bergantung kepada kesuburan wanita. Setelah menggoogle, terjumpala Ratu Hati Forum.
Ratu hati forum ni adalah tempat utk kita bersembang atau berkongsi pengalaman dengan orang lain yang tidak kita kenali. Topic forum yang paling saya suka adalah Ceritakan pengalaman usaha yg dibuat sebelum berjaya hamil . Dalam topik ni kebanyakan yang berjaya hamil memang telah berusaha macam2. Maksudnya rezeki tidak datang bergolek. Apabila membaca kesemuanya saya pun rasa mcm malas nak buat huhu sebabnya banyak sgt amalannya.
Saya juga mendapati kehamilan ini sangat bergantung kepada kestabilan hormon dalam badan. Jadinya saya fikir saya perlu turunkan berat badan supaya hormon saya stabil. Saya juga belajar mengenal Cervical Mucus, mencatatkan tarikh period dan mengurangkan fast food, caffein, dan air gas. Tak lupa juga minta ibu dan mak mertua doakan saya cepat hamil. Sebab bulan Ogos raya kan. So banyak berjumpa orang banyakla benda nak bersembang. Terselit juga tajuk TTC ni.
Bermula bulan Sept saya bertekad utk TTC secara bersungguh-sungguh. Antara yang dilakukan:
1. Minum air mineral banyak
2. Menurunkan Berat Badan
3. Minum air lemon
4. Minum pati delima ghulsan
5. homopatie
6. makan asid folik
7. Makan kacang badam bermadu
8. teknik Visualisation
9. berdoa banyak-banyak sambil mendoakan orang lain juga.
Nanti kalau ada masa saya akan huraikan satu persatu. Hampir 8 bulan berTTC ianya adalah pengalaman yang mematangkan pemikiran saya dan mengajar erti kesabaran dan bersyukur.
Alhamdulilah.
Labels:
trying to conceive
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THANKS BERKONGSI... (^____^) AMAT BERGUNA PADA SY YG DA 2 TAHUN MENUNGGU NI...
ReplyDeleteHARAP BERJAYA LAAA....
AMIN....
tahniah nana.. take care..
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah nana!!! Doakan kak fiza juga..kfiza lum plan sungguh2 lg..tggu trip ke oversea br plan in shaa Allah ;) take care ye!!
ReplyDeleteMiza : Jangan risau, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Jangan percaya kata2 org yg -ve thinking. Yakin dengan rezeki dari Allah. Banyakkan berzikir, dan baca Al-Quran.
ReplyDeleteSuliana: Thanks akak. Harap kandungan saya membesar dengan sihat dan selamat dilahirkan :)
fiza: Tq akak. Saya doakan semoga akak cepat hamil dan sempurna sifatnya. In Shaa Allah
In shaa Allah thnx dear..amen..kakfiza berserah pada Allah je..sbb da 2 x dnc buat kfiza agak trauma takot dnc lg.. Am wil cry when remember about diz... Pray for me eh dear..hepi for rmai kwn2 rapat kfiza da preggy baby 2013..doakan kakfiza gk ye!! btw da bape mggu dear? ;)
ReplyDeletecongrates...dh bape minggu?
ReplyDeletekak fiza: saya doakan akak segera mendapat anak. InsyaAllah. Takpelah, akak kuatkan badan akak dulu. Cuba makan kacang badam. Sangat elok utk dinding rahim. Saya 3 hari sekali akan makan kacang badam peket kecik tu.
ReplyDeleteIlyani: baru lg 7weeks. Minggu depan nak g scan. :)