Sedang merancang percutian bersama keluarga?
Tarikh bila boleh dapat murah tiket Airasia.
Hehehe... Saya nak beli tiket dari Kota kinabalu ke KL. Tapi tula, kalau boleh nak harga yang murah.
Sekali terjumpa tips ni. Menarik juga utk kongsi bersama. Lepas ni xdela letih tangan tunggu next day nyer harga kan.
Sumber: http://adameben.blogspot.com/2011/10/cara-mudah-untuk-tahu-dan-beli-tiket.html
TQ Blogger Adam Bin Ahmad :)
Nak tahu macam mana korang boleh tahu bila harga tiket Airasia paling murah, dan berapa harga dia? Katakan korang nak pergi ke Seoul (Incheon), dan tak plan apa-apa lagi sebab takut tiket mahal sangat. Bukaklah website ini (Fleapy) untuk tahu harga tiket ke Seoul yang termurah oleh Airasia.
Bila korang dah bukak, akan keluar seperti gambar diatas. Pilih departing from Kuala Lumpur, dan Arriving at Incheon. Kalau korang nak pergi Paris contohnya, pilih Arriving at Paris. Kalau dari Kota Kinabalu, pilih Departing from Kota Kinabalu dan begitulah seterusnya.
Pilih, Incheon. (Korea,South). Ini untuk tiket AirAsia, AirAsia X dan syarikat AirAsia yang lain sahaja.
Ok, lepas tuh akan keluar macam skrin dekat atas. Boleh tengok, bulan apa tiket paling murah yang ada lagi. Macam kat atas nih, bulan Julai ada tiket yang paling murah, RM 254. Kalau korang nak pergi awal, bulan November ada tiket murah (RM404) tapi tak semurah Julai 2012
Pilih tarikh dalam bulan Julai 2012 mengikut kesusaian masa korang. Yang ada tarikh tuh, itu je tiket yang available. Ini tiket untuk terbang dari LCCT.
Lepas tuh pilih hari korang nak balik Malaysia dari Seoul. Sebagai contoh, aku nak balik 7 Ogos. Klik dekat 7 August. Lagi sekali, tarikh yang ada, itu je tiket murah berharga RM254 yang ada. Yang takda maknanya, tiket dia harga lagi mahal dari RM 254.
Klik, "Book Flight" yang bulat tuh.
Tunggu sekejap dia loading. Kalau pakai Streamyx, lama dia loading. Kalau UNIFI, laju kot.
Korang akan di direct kepada website rasmi AirAsia. Macam contoh diatas. Klik, I Agree bla bla, yang kotak dekat bawah tuh.
Jadi, berapa jumlah korang kena bayar? Hanya RM 615 sahaja untuk Kuala Lumpur-Seoul-Kuala Lumpur (termasuk Airport Tax) Perlu diingat ya, makanan, dan check-in luggage, tidak termasuk. Kalau masuk, dalam RM 700 ++. Murah jugak kan?
Selamat mencuba !
Showing posts with label Jalan- jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan- jalan. Show all posts
Wednesday, October 19, 2011
Monday, September 19, 2011
Taman Metropolitan Kepong
Hrm... org jongging at least seminggu sekali, saya jogging 3bulan sekali huhu
Every weekend memang niat nak g taman berjogging. Tapi Asyik terbabas ajer.
Alhamdulilah... seronok kami berekreasi di sini.
Ramai orang memancing dekat sini. Kalau nak joging memang best sebab jalannya best tapi geram ada motor banyak huhu
Riso jer takut kene langgar
Ada tasik teratai... Agak2 ada orang kutip biji teratai x kat sini? ermm... sedapnya
Yusuf dah tido, kitaorg makan2 jap sementara tunggu Dr. Yusuf bangun Tidur
Friday, June 24, 2011
Menarik di FRIM Kepong
Ni sambungan entry joging ari tu.
Bagi mereka yang suka bagi makan ikan, lehla bagi kat tasik ni. Ikannya besar2. Tapi airnya sangat berlumut macam gelap jer. Lagi best tasik utm la. Kalau kt utm leh dapat ikan dengan jelas dan ikan pun banyak. Kat sini ikan sikit tapi besar-besar.
Boleh berpiknik / berkelah. Adala beberapa meja nih. Lehla lepak2, dating2 sambil makan.
Kepada para jogger, ini yang best. Rover Track ni xde jln tar. Ada denai tanah batu jer. Kebanyakan jogger kat sini memang mahir lubang2 dan batu-batuan di sini. So kepada first time yang nak berjoging disini, sila berkenalan dan kaji selidik dulu utk mengurangkan risiko anda terlalu lubang or terlanggar batu. Hutannya memang nyaman. Sesuai untuk pencinta alam. Ada org india tanggal kasut tau jalan kat sini.
Nature is the best.
Tempat ni jauh ke dalam, better bawa kereta masuk dalam. Parking dekat masjid Jamek FRIM.
Family cina ni memang keluarga harmoni. Nenek, atuk, anak, cucu semua datang menikmati keindahan alam. cucu kecil nya itu memang semua benda nak kutip. Excited kan :) Tu anak2 nya tengah mengkaji kayu kat belakang tuh. memang macam pelik jer keluarga nih.
Owh kat sini juga ada titi x gantung hahaha
titi atas tanah jer. xde sungai ke parit pun. Cam pelik kan titi ni???
Pada saya kalau utk jogging x sesuai sangatla disini. Best lagi taman metro kepong.
Kat sini best sebab ada junggle tracking.
Subscribe to:
Posts (Atom)