Showing posts with label Joging. Show all posts
Showing posts with label Joging. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Taman Metropolitan Kepong

Hrm... org jongging at least seminggu sekali, saya jogging 3bulan sekali huhu
Every weekend memang niat nak g taman berjogging. Tapi Asyik terbabas ajer.
Alhamdulilah... seronok kami berekreasi di sini.

Ramai orang memancing dekat sini. Kalau nak joging memang best sebab jalannya best tapi geram ada motor banyak huhu
Riso jer takut kene langgar

Ada tasik teratai... Agak2 ada orang kutip biji teratai x kat sini? ermm... sedapnya



Yusuf dah tido, kitaorg makan2 jap sementara tunggu Dr. Yusuf bangun Tidur

Friday, June 24, 2011

Menarik di FRIM Kepong

Ni sambungan entry joging ari tu.

Bagi mereka yang suka bagi makan ikan, lehla bagi kat tasik ni. Ikannya besar2. Tapi airnya sangat berlumut macam gelap jer. Lagi best tasik utm la. Kalau kt utm leh dapat ikan dengan jelas dan ikan pun banyak. Kat sini ikan sikit tapi besar-besar.

Boleh berpiknik / berkelah. Adala beberapa meja nih. Lehla lepak2, dating2 sambil makan.

Kepada para jogger, ini yang best. Rover Track ni xde jln tar. Ada denai tanah batu jer. Kebanyakan jogger kat sini memang mahir lubang2 dan batu-batuan di sini. So kepada first time yang nak berjoging disini, sila berkenalan dan kaji selidik dulu utk mengurangkan risiko anda terlalu lubang or terlanggar batu. Hutannya memang nyaman. Sesuai untuk pencinta alam. Ada org india tanggal kasut tau jalan kat sini.
Nature is the best.
Tempat ni jauh ke dalam, better bawa kereta masuk dalam. Parking dekat masjid Jamek FRIM.

Family cina ni memang keluarga harmoni. Nenek, atuk, anak, cucu semua datang menikmati keindahan alam. cucu kecil nya itu memang semua benda nak kutip. Excited kan :) Tu anak2 nya tengah mengkaji kayu kat belakang tuh. memang macam pelik jer keluarga nih.

Owh kat sini juga ada titi x gantung hahaha
titi atas tanah jer. xde sungai ke parit pun. Cam pelik kan titi ni???

Pada saya kalau utk jogging x sesuai sangatla disini. Best lagi taman metro kepong.
Kat sini best sebab ada junggle tracking.

Thursday, June 23, 2011

Jogging di FRIM Kepong

Disebabkan seluar jeans dah ketat, perut pun dah ke depan, maka kami pun kembali melakukan hobi kegemaran sewaktu bercinta dahulu hehehe
Yeah... Berjoging!!!
Jangan x cayer, kitaorang suka berdating secara sihat tau. Biasa masa kat U petang2 g joging, masa kerja weekend g joging kat taman titiwangsa.
Tapi after kawin trus bunting pelamin maka tidakla kami berjoging lagi.

Ni first time jog kat FRIM Kepong. Parking kat luar sebab free hehehe

Jauh juga nak menapak huhuhu

Orang poyo berjoging kan.. ambik gambo jer lebih.
Apa yang menarik kat FRIM ni?
ok tunggu entry seterusnya.