Friday, October 28, 2011

Perlukah benci, mengapa tidak memaafkan?

Sumber:http://kisahidupsayaharihari.blogspot.com/2011/10/petua-untuk-bergaul-dengan-orang-yang.html

Cara yang baik mesti kita segera lakukan jika kita membenci seseorang

1 ) Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak, mohon ampun pada Allah s.w.t. sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan berasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari.

Allah s.w.t. tidak suka orang yang benci-membenci. Kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda. Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.

2. Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda, sebab anda ada aura yang menyenangkan. Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda. Aura terbit dari minda tanpa sedar yang dipengaruhi oleh hati dan fikiran anda.

Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang dengan sesiapa sahaja. Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang itu akan benci anda.

Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tidak semena-mena. Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua itu timbul secara tiba-tiba. Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Inilah sebab kenapa anda perlu belajar bagaimana melembutkan hati.

Jangan sesekali buat orang benci walaupon sebesar mana dia buat kita benci . Maafkan seseorang walaupun sudah sejahat mana dia lakukan pada kita .

Ubah Mindset: Masalah itu cabaran

Dari zaman kanak-kanak, masuk ke sekolah asrama dari form 1 hingga form 5, saya seorang perempuan yang bahagia. Sangat enjoy dengan kehidupan saya. Tapi apabila sy masuk ke Matrikulasi @ Tahun asas UTM. Arggghhhh... Mulalah zaman bermasalah saya.

Masuk ke UTM bermakna perlu menguruskan diri sendiri. I mean, dari segi pengurusan duit, pengurusan masa, nak cari kawan baru, dan lain-lain. Kalau di asrama sekolah, duit memang tidak perlu sgt sebab makanan, pengangkutan segala semua teratur. Tapi di UTM, culture shock pulak tuh, duit ntah ke mana, masuk kelas asyik ngantuk sebab lagha pada waktu malam bersembang n tgk cd, dengan perangai kawan kita nak kena ambik hati demi perhubungan jangka masa panjang.

Masa awal2, saya banyak merungut, "Penatla jalan g kelas" "Panaslah nak kene jalan jauh-jauh" "Susahlah, duit asyik tak cukup jer" "Boringla kelas, rasa nak tidur jer"
Alhamdulilah... saya tersedar daripada sikap buruk saya nih. Kawan saya cakap "Ko ni nana, asyik nak komplen jer, cuba la belajar terima hakikat kehidupan. Biasalah, susah sikit ajer. Sabarlah"

Syukur... dari saat itu, saya lebih banyak bersabar dan jadikan setiap masalah kepada perkara yang positif. Yer, masalah sebenarnya cabaran. Ujian untuk menguji tahap penerimaan hakikat kehidupan. Kemudian saya mula menikmati kehidupan di UTM dan berbahagia hahahaha.
Disebabkan tidak puas menikmati keindahan UTM saya terus sambung Master. Yup, sangat seronok terutama belajar sambil bercinta dengan kekasih hati yang kini adalah suami saya :)

Thursday, October 27, 2011

Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!

Segmen ini untuk korang lebih mengenali bloggers yang ada .
Siapa nak join , silakan !! :) ---> copy ayat tuan rumah hehe


 
  • Cerita Mengenai Latar Belakang Diri Korang
Seorang wanita telah berkahwin dan ada 1 org anak yang baru nak masuk setahun umurnya. Berasal dari Ipoh, tapi lahir di Melaka tapi tinggal di Kuala Lumpur hehehe
  • Kenapa Korang Buat Blog ??
Nak berkongsi cerita, ilmu dan pengalaman yang diperolehi bersama-sama dengan pembaca Blog :)
  • Siapa Orang Yang Telah Menarik Anda Untuk Ceburkan Diri Dalam Dunia Blog ??
Orang tersebut adalah officemate Suliana
 Jom join segmen ni klik di SINI
*Tarikh Tutup : 27/10/2011 pukul 4.00 petang ! (Jangan Tunggu Lama - Lama !)

KAKI KANAK2 TERSEPIT DI ESCALATOR..

Sumber: http://mylovely-fieda.blogspot.com/

AWASI LANGKAH ANAK ANDA YG MEMAKAI SEPATU CROCS!

Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke Hospital.
Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.
Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin teruk.
Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit.
Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The Gardens.
Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.
Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai.
Diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.

Wednesday, October 26, 2011

Nak cepat LDR

Sekarang ni dah lambat nak dapat LDR. Baru dapat tips dari group KIM.

Nipple stimulation, such as gentle tickling, rolling or pulling, can be effective to encourage milk ejection when a mother is feeling stressed or anxious. Reverse Pressure Softening (RPS) can also be helpful. The tactile stimulation of any... of these techniques results in oxytocin release, which not only causes milk ejection, it induces a feeling of calm and well-being, which helps soothe stress and encourage additional milk ejections.