Monday, December 30, 2013

Homebirth vs kepakaran doktor 2

Sambungan....

Untuk anak kedua saya fokuskan kepada persiapan ilmu dan teknik. Duit juga perlu dikumpul untuk bayaran melahirkan anak.Saya tidak lagi berbelanja untuk kelengkapan barang kerana barang anak pertama masih elok. Saya mempertimbangkan samaada ingin homebirth atau bersalin di medical centre atau bersalin di fpp selayang. Saya tidak berani membuat keputusan terlalu awal kerana saya percaya kepada takdir Allah. Siapalah saya untuk melawan kehendakNya. Saya hanya mampu belajar dan merancang. Hanya Allah yg dapat membuat keputusan utk sy. Menjadi kebiasaan ibu2 mengandung bertanyakan di mana tempat beranak yang best? Kalau mahu yg best tentulah di prince court. Dah macam hotel layanan dan tempatnya.tapi sebab tidak kaya ibu2 terpaksa memilih medical centre. Masalahnya mc tidak cukup peralatan pula. Jika ada masalah perlu dipindahkan ke hospital kerajaan. Ibu2 terpaksa pilih fpp yg hanya ada di putrajaya dan selayang sahaja. Kenapa beranak di hospital pun kena bayar? Bukan kalau ada gl boleh beranak free?

Kerana layanan nurse dan doktor adalah lebih baik apabila berbayar berbanding pesakit yang tiada bayaran. Kalau takde duit kenela bersabar sebab doktor tak cukup masa nak layan ibu beranak yg terpekik terlolong menahan sakit. Nurse pula tak cukup kakitangan sebab ramai cuti raya. Stress sudah nurse yang suami dan anaknya menunggu di rumah utk berhari raya bersama.

Habis tu kalau takde duit dan tak nak kene marah dan dimaki oleh nurse serta doktor kene branak kat rumahlah gayanya. Hehe... Itulah dilema saya sebelum beranakkan anak no. 2.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment