Sambungan....
Ada seorang doktor yang ingin mencari cabaran memahami pandangan dan pendapat para pejuang homebirth dan dpula dalam fb. Saya kagum dengan semangat doktor tersebut. Dia bertanya pelbagai pihak, doktor pakar, jururawat dan para pejuang homebirth. Tidak ramai doktor yang sanggup mendengar luahan hati para ibu. Saya bukanlah penyokong homebirth yg tegar, dan saya juga bukanlah seorang penyokong doktor yang tegar. Saya hanyalah seorang hamba Allah yang cuba memahami erti kehidupan.
Doktor ini telah mendengar suara hati penyokong homebirth. Beliau cuba mendebatkan suara hati penyokong homebirth dgn pengetahuan dan rujukannya yg ada. Namun ada pendapatnya yang sy setuju dan kurang setuju. Sy telah komen pada statusnya tapi mungkin beliau telah memadam status tersebut atau telah block saya. Sebab itulah saya buat blog yang panjang berjela ini kerana saya sukakan perbincangan. Tapi semua harus faham budi bahasa dan tolak ansur perlu wujud pada setiap pembaca untuk menjayakan sesuatu perbincangan.
Saya setuju dengan pendapat doktor tersebut supaya polisi kerajaan di malaysia membenarkan homebirth sekiranya mengikut peraturan perubatan iaitu low risk pregnancy, ibu dan bayi sihat serta ada bantuan perubatan. Namun seperti katanya tiada doktor atau nurse yang berani menanggung risiko kerana takut dipersalahkan sekiranya berlaku apa2. Rasanya itu hanya doktor/nurse di malaysia.
Kata doktor itu lagi disebabkan tiada org sanggup menyediakan bantuan perubatan kepada ibu yg mahu homebirth, ibu2 ini terpaksa mendapatkan doula yang sanggup meneman ibu beranak di rumah tapi doula tidak menjamin keselamatan pesakit. Apa yamg para doktor risaukan adalah nyawa ibu dan anak. Terima kasih doktor kerana ambil berat kepada ibu2 ini.
Tapi kenapa ibu2 atau penyokong homebirth ini berdegil mahu juga bersalin di rumah walaupun nyawa yang dipertaruhkan? Jawapan doktor mudah " saya stress berhadapan dengan public seperti anda". Para doktor, pada kami hidup ini bukan hanya hitam dan putih. Hidup ini bukan hanya A dan B. Tetapi hidup ini adalah berwarna warni seperti pelangi. Hidup ini mempunyai pilihan dari A hingga Z. Kata2 para doktor adalah seperti kalau nak selamat kena beranak di hospital. Kalau nak mati silalah beranak di rumah. Di sinilah para penyokong homebirth tidak setuju dgn pendapat doktor. Jawapan mereka "doktor bukan tuhan yang boleh tentukan hidup mati saya". Saya kasihan kepada keluarga arwah dan para doula. Mereka dimarah dan dihina hanya kerana menghormati permintaan arwah. Saya yakin suami dan doula tersebut pasti tidak bersetuju dgn permintaan arwah pada mulanya kerana arwah adalah high risk pregnancy. Tetapi disebabkan trauma yang dialami oleh arwah dan menjaga hati permintaan arwah suami dan doula tersebut beraetuju utk menghormati permintaan arwah.
Pada pendapat saya arwah mungkin sudah tahu arwah akan meninggal ketika melahirkan anak dan arwah mahu mati dalam keadaan baik iaitu diaamping suami dan orang yang dikenali. Pernah tak anda tengok cerita sekolah pondok yang terbakar dan para pelajar mati terbakar. Pelajar2 ini dikatakan mati syahid. Mereka seperti sudah tahu bahawa mereka akan meninggal. Tidak percaya kan orang dah nak mati tahu dia akan mati? Oleh itu saya mohon masyarakat supaya janganlah menghukum keluarga dan sahabat@doula arwah. Mereka juga bersedih dgn perkara yg telah terjadi. Perkara telah berlaku, dan itu adalah takdir ditentukan Allah.
Saya yakin berita kematian ibu melahirkan anak di rumah ini telah membuka banyak mata. Dan saya harap ada hikmahnya.
No comments:
Post a Comment