Monday, September 17, 2012

Yusuf swimming di klcc

Hari ni bawa yusuf swimming klcc. Suka pergi sini sebab free hehe. cuma kena bayar duit parking huhu. Park kat masjid murah sikit . Rm2.50 sejam. Tapi yg tak bestnya ibu tak leh berendam sekali huhu. Kalau umah dekat ngan pantai kan best.

Anak kakak ipar sy ada eczema. Teruk juga. Ayahnya bawa mandi pantai tiap2 hari, terus baik eczemanyer. Dah leh makan seafood bagai.

Kalau yusuf balik kelantan lehla g mandi pantai. Yusuf ni dia memang suka g swiming. Tak sabar nak ajar berenang.

Licin gak lantai klcc ni Yusuf asyik tjatuh. Kena careful gak.

Toddler low hb ( kurang sel darah merah)

Yusuf dulu pernah kene sakit ni. Start masa tula saya berenti menulis blog nih. Yela bila anak sakit kita bergilir jaga n risau lg. Macam mana boleh detect? Hehe panjang kisahnya. Kalau rajin baca, dipersilakan.

Sewaktu yusuf menyambut ulang tahun umur setahun dalam kalender islam, yusuf kena demam. Demam dia sangat panas. Dan kejap surut, pastu naik balik. Badan pun letih ajer. Tapi dlm 2 minggu yusuf dah baik. Waktu yusuf demam tu adala buat besday party, sepupu kata anak2 dia pun semua demam panas masa umur setahun. Lepas tu sepupu saya perasan ada ruam-ruam merah. Katanya biasa jer.

Pastu kak Ecar pun ada dtg umah n cakap bahaya demam panas. Anak dia warded hospital. Tapi sebab yusuf macam ok jer. Jadinya saya biarkan sebab suhu badannya dah turun.

Dalam bulan 12 kami balik ke rumah mertua di kelantan. Waktu ni saya masih fully pump. Tak campur susu formula lg. Dalam kete saya bg makan yogurt n bubur pd yusuf. Susu sy memang dah sikit waktu ni. Sekali pam dapat 3 oz je. Kalau yusuf macam minum banyak, saya campurkan air masak. Tapi sikit jer. Bagi cukup jd 4 oz.

Semasa berada di rumah mertua, bubur yg bibik sy frozenkan, rupanya basi. Sebabnya dia baru masak jam 6pagi. Lepas tu dia masuk tupperware dan masak dlm freezer. Hampeh btul.

Saya pun masaklah bubur yg ada lauk ikan merah ajer. Sebab mak mertua saya ni bila nak masak baru g beli or kutip sayur keliling umah. DisebaBkan ramuan yang tidak cukup, yusuf tak berminat dgn bubur yg sy masak. Saya selalu bg roti, yogurt dan nestum. ( nila payah kalau bergantung pada bibik huhu)

Susu badan sy pula, makin hari makin sikit. Stress giler. Sebab mertua asyik cakap susu yusuf sikit. Susu yusuf cairla huhu.

Memang sgt stress waktu tu. Selama 5 hari di kg, akhirnya pulang ke kl. Pada hari pertama yusuf sihat n makan banyak. Pada hari kedua suami saya n bibik pergi ke tanglin utk checkup setahun. Buat ujian motor skill, berat semua ok. Tapi nurse cakap kulit yusuf kuning. Suami n bibik sy cakap normal jer. Ibu dia memang kulit kuning juga.

Lepas tu nurse sruh jumpa doktor. Dr. cek darah yusuf. Didapati bacaan hb yusuf 8 shj. Normal sepatutnya 11-13. Dr. bg surat rujuk ke hkl. Petang tu suami sy pun ke hkl. Nurse sruh buat apoinment dan dtg esok pg jam 10.00.

Pg esoknya, saya n suami ke hkl. Jumpa dr. yg macam baru start keje. Muda n kene buli ngan nurse yg tua. Macam main2 jer dr. Ni. doktor kata bibir yusuf pucat n bila kita tekan pipi or tapak tangan, jadi kuning dan lambat jadi merah. Tu maknanya kurang sel darah merah. Dr. sruh cek darah. Waktu ni yusuf masih ceria, tapi dia memang asyik menguap.
To be continue.....

Thursday, September 13, 2012

Yusuf

Ada sesapa yg rindu pada Yusuf tak? Hehe.. Budak ini dah besar n macam2 perangai. Semua benda nak buat sendiri.

Kalau kaedah montesori kita memang kene biar anak berdikari. Tapi dia punya masalah lepas itu kita yang kene settlekan. Makan 3-4 butir jer masuk mulut. Yang lain tumpah. Hp nak pegang sendiri, bila upin dan ipin dah habis terus baling hp huhu

Kadang2 pandai tunjung protes guling2 atas lantai. Bila kita bg benda yg dia nak terus bangun senyum. Tapi tak bercakap lg. Mujur bila kita cakap dia faham.

Rasa cam nak bg yusuf masuk tadika. Tapi cam rugi duit plak. Sebab dh ada bibik kt umah. Takpela, tengok tahun depan camner.

Wednesday, September 12, 2012

TTC = Trying To Conceive

Sebelum ni saya ada cakap pasal ttc kan. So now nak explain the cerita. Actually saya dah stop breastfeeding pada bulan mac yang lalu. 1 tahun full bf dan sempat 3 bulan campur fm. Frust sgt tak dapat full bf for 2 years, but saya bersyukur kerana dikurniakan semangat yang tinggi utk jadi pengepam susu tegar. pada bulan mei saya dah mencuba ttc tapi tidak secara serius. Yusuf baru setahun lebih, tapi saya bersemangat nak pregnan lg sebab nak buka kilang susu baru. At least yusuf n anak susuan saya boleh dapat stok ebm lagi.

Anak pertama saya sangat mudah hamil. Malah bunting pelamin. Namun nampaknya anak ke dua ini tidak semudah anak pertama. Well maybe becoz yusuf tak bersedia jadi abang lg kot or memang Allah ada rancangan lain utk saya.

At first i thought saya sgt subur. So senang jer nak hamil. Sebelum ni pun memang merancang giler takut hamil. But now i realised, it is not easy to get pregnan. Ramai wanita yang period teratur tapi susah juga hamil. Semakin saya google semakin stress melihat luahan hati wanita yang dah kawin lama tapi tak mengandung lg.

Therefore, i found out we are human who work in god plan. We can try make an effort but the decision will be made by Allah. So, eventhough kita mencuba produk dan doktor, still rely on rezeki. Tapi saya percaya, kalau kita berusaha peratus utk berjaya adalah 50% tetapi kalau tak berusaha peratus utk berjaya hanyalah 10%.

Sekarang baru 5 bulan saya berusaha mencari waktu subur dan usaha secara semulajadi. Nanti bulan 11 baru nak serius ttc. Target sekarang nak kuruskan badan dulu. Sebab ada kawan dia turunkan 5kg, terus hamil.

Member2 sekarang ramai berjaya kurus dgn herba life or SD2. Macam jeles pulak tengok orang berhijrah kurus n jaga makan. InsyaAllah, Kalau niat kita baik Allah akan permudahkan urusan kita.

Dua org cinta hati saya

Ku bersyukur kepada Allah dengan kurniaan insan tersayang. Semoga kasih dan sayang berkekalan di dunia dan akhirat.

Tuesday, September 11, 2012

Menulis blog kembali

Pergh.... Bersawang giler blog ni. Huhu lamanya tak update blog. Rindu nak menulis tapi kesibukan kerja menyebabkan stress berlebihan. Mungkin kawan2 blogger dah pun melupakan saya huhu. Tak apala, ada jodoh berjumpa lg. Alhamdulilah, sekarang kerja di office dah berkurang, boleh fokus ttc n menulis blog. Sekadar mengisi masa lapang. Wah.. Tak sabar nak share gambar raya. Tapi dah tak cun sebab sudah gemoks.