Saturday, August 31, 2013

kelahiran puteriku part 3

30/7/13: saya pegang buku lali kaki dan suami support belakang badan saya. Setiap kali rasa contraction sy disuruh untuk teran. Waktu ni memang teringat sepatutnya deep breathing sahaja x perlu push. Tapi rasa sakit yg amat di sebabkan kepala baby dh kat bawah sy teran juga kuat2. Dah 3kali teran baby x keluar doktor pun gunting utk besarkan bukaan. Waktu ni saya tak perasan pun dr. Ada gunting. Sebab rasa sakit mengatasi segalanya. Suami sy kata lepas kene gunting, terus baby keluar separuh badan. (yusuf dulu keluar kepala jer dulu).
Kali kedua teran terus keluar habis.

Alhamdulilah, disebabkan morfin sy langsung tidak berguna saya terus bangun dan jerit "jangan potong!". Waktu tu dr. Tengah pegang gunting nak potong tali pusat. "dr. Cakap kenapa tak boleh potong? Saya pun jawab " saya nak delay cord clamp" dr. Jawab " saya dh clamp" sy jawab " xpe buka clamp" dr. Ckp " kalu dh clamp kene potong tak boleh bukak" terus sy cakap "hrm.. Potong jela". Lupa plak nk mintak suami potongkan tali pusat huhu.

Lepastu sy terus nak ambik baby nk letak atas dada. Doktor kata tunggu jap buka baju dulu. Nurse buka baju dan letakkan baby atas dada. Ya Allah waktu tu syukur sgt dpt jumpa baby. Dan saya tengok baby sy penuh dgn verniks yg sangat yummy warna kuning. Rasa macam nyesal tak ambik gambar waktu tu.

Sekejap jer dalam 5minit uri saya dah keluar. Dan saya lihat ianya bulat dan lengkap. Doktor masukkan tangannya dan mengutip ketulan darah. setiap kali dr. Tarik tangan keluar sy rasa macam beranak lg. 4 kali juga dr. Masukkan tangan.

Kemudian sy nampak jarum suntikan. Saya pun tanya " apa tu doktor?" dr. Jawab " ni pitocin". Saya jawab " saya x nak. Jangan suntik saya" dr. Ckp " nanti rahim awak x kecut bahaya" sy jawab " sy dh ada oxytoxin drip sy rasa dh cukup." dr. Jawab " kalau mcm tu sy masukkan pitocin dlm drip"

Lg sekali sy nampak jarum suntikan " apa tu dr?" dr. Jawab "ni ubat bius. Saya nak jahit" sy jawab "sy tak nak" dr kata " nanti awak sakit bila saya jahit " sy jawab " takpe, saya tahan". Terasa jarum di cucuk dan benang ditarik. Tapi tak sakit sangat. Mungkin sebab dh rasa sakit beranak kot. Pastu sy rasa mcm lama sgt dr. Ni jahit. Sy pun tanya"panjang sangat ke koyaknya doktor?" dr. Jawab "pendek je, tapi ada tiga lapis kulit. Ni sy nak jahit lapisan luar. Yang ni paling sakit. Kene tahanla" saya pegang tangan suami dan genggam bila sakit.

Lepas dah habis semua, nurse ambik baby dr dada sy. Sy cakap "jangan mandikan baby" nurse jawab " tak, kami lap jer". Semua org keluar tinggal sy dan suami. Dah sejam tapi kami masih tak dpt baby. Sy tanya nurse " nurse mana anak saya? Kenapa lama sangat ek?" nurse jawab " baby kene letak bawah warmer sebab sejuk" saya pun jawab " takpe sy nak baby sy. Nanti sy skin to skin dgn baby" nurse pun pergi ambik baby. Saya minta buka baju baby, nurse jawab "x boleh sebab bilik ni aircond. Nanti anak sejuk. Takpe mak peluk jer anak".

Dalam jam 10.30mlm baru kami balik ke wad.

Wednesday, August 21, 2013

Kelahiran Puteriku Part 2

28/7 ahad: malam tu dtg 3 org doktor perempuan masuk bilik. "Puan, kenapa puan tak nk induce petang tadi? Bahaya kalau keuban bocor dlm tempoh 48 jam dah kene beranak". Dlm hatiku.. Ni mesti nk psycho aku sruh beranak cepat. Pastu sy just jawab " owh sebab anak sy 35minggu 5hari. Dr. Roslan kata boleh tunggu sampai 36minggu". Doktor2 tu pun kata. " owh pprom. Ok" dan mereka terus keluar.

29/7 isnin : pagi tu ada lendir merah sikit. Dan pad masih lg penuh basah dgn air ketuban. Bincang dgn husband, kami pun bersetuju utk induce pg tu. Sebab air banyak sgt keluar. Bimbang baby x cukup air ketuban. Sy pun panggil nurse minta diinducekan.

Jam 10 pg dr. Roslan dtg n masukkan prostag. Bukaan masih 1 cm. Dr. Roslan jangkakan esok pagi beranak. After 6hour kalau xde contraction masuk ubat lg skali.

Jam 4 ptg dr. Roslan datang bersama nurse 4 org. Dr. Roslan tanya ada sakit contraction? Sy kata dah sakit sangat. Kalau nak masuk ubat sy takut sakit sgt nnt. Sy minta induce pg esok. Dr. Roslan kata ok.

Mlm tu sy melayan contraction tp rasa macam berkurangan pula sakitnya huhu.

30/7 selasa: jam 10 pg dr roslan dtg. Cek bukaan dlm 1.5cm jer. Dr. Roslan cadangkan masuk labour room utk oxytocin drip. After 6 hour kalu xde progress terus czer. Pergh. Bagai nk gugur jantung dgr czer. Sy minta induce kali kedua lepas tu baru drip. Dr. Roslan kata ok. Tp after 8 hour kalu x beranak czer.

Sejam kene baring after masuk ubat. Lepas sejam terus saya bercangkung dan berjalan utk cepatkan bukaan. Bila sakit contraction sy menonggeng dan buat deep breathing. Agak membantu juga utk hilangkan sakit contraction.

Jam 4 ptg dr. Perempuan masuk dan cek bukaan. Alhamdulilah dh buka 3cm. Ada progress boleh masuk labour room.

Dalam jam 5ptg baru dapat masuk labour room. Kene baring dipasang alat ctg dan oxytoxin drip. Doktor tanya nak ubat tahan sakit? Sy fikir baru 3cm pun dh sakit kalu 9cm lg sakit. Sy pun setuju. Sy kata nak pedithine. Dr. Kata dia ada morfin. Morfin lg kuat dr pedi. Ok sy setuju. Dr. Cucuk morfin ke tangan. Yg peliknya morfin ni mcm x berkesan utk sy. Setiap contraction sy rasa sakit. Waktu ni sy sruh suami sembahyang asar. Lepas tu pukul 6 sy sruh suami sy bli makanan utk buka puasa. Dlm 6.30 suami sy dtg temankan sy. Waktu ni contraction dh kuat tapi geram mesin ctg bengong. Waktu sy sakit teramat sgt bacaan contraction cuma 19, 17 dan paling tinggi 27? Kalau bacaan contraction rendah maknanya xde progress. Ada kemungkinan akan dibedah. Sy pun panggil nurse kata mesin ctg ni x betul. Nurse tu kata puan kene duk diam. X leh gerak2. Ni tali dh lari sebab tula bacaan x betul. Pastu sy kata morfin ni tak berguna sebab sy rasa sakit. Nurse kata boleh tambah dose after 4 hour sebab bahaya utk anak kalu dose tinggi.

Jam 7 mlm labour room dh lengang semua org sibuk nak berbuka. Bila tgk mesin ctg still bacaan rendah walaupun contraction teramat sakit. Sy pun sruh suami cabut tali ctg. Sy bangun berdiri dan peluk suami. Bila sakit saya buat hip swaying. Bolehla melegakan sakit juga. Jam 7.30 sy dah terjerit marahkan morfin yg tak berguna. Kemudian sy rasa nak teran. Bila teran keluar kencing. Teran lagi keluar air kencing lg. Lepas tu dtg seorg nurse india lelaki " kenapa kakak?" saya kata sy dh sakit. " nanti sy panggil org dtg" nurse tu kata.

Pastu dtg 2 org nurse minta sy baring utk cek bukaan. Terus nurse tu jerit "fully dilate!". Ada dlm 6org yg menyambut sy beranak. Sy cuba utk bangun dr katil sebab sy rasa x tahan sakit bila baring. Tapi semua org pengang kaki n tangan sy x bg sy bangun. Dr kata " puan kene baring nnt puan jatuh" sy pun jawab " sy nak beranak bangun" dr. Pun cakap " x boleh puan nnt kalau pn jatuh luka macamana?" sy pun tak larat nk melawan kudrat 6 org. Terpaksa redha beranak baring. Dr. Try call dr. Roslan tp dr. Roslan x angkat telefon. Dr. Kata " takpela kita sambut jela. Team dr. Roslan meati tgh berbuka nih. "



Kelahiran Puteriku

ANama: Khadija Sofia
D.O.B : 30/7/2013
P.O.B : Hospital Selayang (FPP)
Berat lahir : 2.40kg
Umur kandungan: 36 minggu

Kronologi kelahiran:

23/7: air ketuban start bocor. Tapi sikit jer setompok jer basah dekat underwear. Confuse juga vaginal discharge or air ketuban. Sebab ada lendir putih sikit. So buat tak tau ajer. Just minum air kelapa banyak n buah.

24/7 rabu: 1st checkup fpp dgn dr. Roslan. 35 week. Before ni kepala baby kat atas kaki kat bawah. Seminggu merangkak dlm bilik, sujud lama, mlm2 letak lampu suluh dekat bawah perut sebab nak bg baby pusing. Before scan punyala berdoa agar kepala baby dh engage. Alhamdulilah, baby dh pusing. Dr. Kata harap kekal kepala kat bawah sampai beranak. Amin.

25/7 khamis: cirit birit akibat makan murtabak pekan beli di bazar ramadhan. Ke klinik. Dr. Pesan jgn makan makanan yg x bersih dan dipanaskan byk kali. Immunity ibu mengandung x kuat boleh kene infection pd baby. Sebab dh tunggu 2 jam kt klinik lupa nk bgtau pasal ketuban bocor huhu.

Pukul 12 pergi ke sogo. Beli pretzel, ketupat daun palas n nasi ayam. Sebab rasa mcm dh nk beranak ajer. Lama tunggu lif gigih naik escalator dr lg ke ting 6. Terasa air mengalir sampai ke kaki. Huhu air ketuban bocor banyak. Tapi x pecah sebab xkeluar laju macam air paip n xde blood show.

Balik office tanya officemate pasal ketuban bocor. Ada officemate ckp anaknya 2 minggu air ketuban bocor tapi sedikit jer. Doktor kata takde masalah. Tapi ada officemate lg sorg kata sedaranya bocor ketuban seminggu. Memang nekad nak tunggu secara natural. Bila beranak kesian kat baby kulit jadi kering n ada sakit jantung. Dinasihatkan supaya beranak awal. Ok. Hati dh start risau.

26/7 jumaat: pergi office lg. Berharap ketuban x bocor banyak. Alhamdulilah masa kat office ok. Malam buka puasa di garden. Sembahyang kena jalan ke midvaley. Akibat jln banyak malam masa nk tido banyak pula keluar sebab terbersin n batuk. Hati bertambah riso.

27/7: jam 8 pagi ada lendir darah sikit pada pad. Ok terus fikir dh tiba masa nak beranak. Tanya dlm group home birth boleh ke nak beranak kat rumah kalau 35 minggu n dh bocor air ketuban 5hari? Then, sy dinasihatkan check pada doktor. Sebab tak tau samada baby dh cukup matang atau belum. Hancur berkecai harapan nak beranak di rumah huhu. Dh tau kalau ke hospital mesti kene admit and kene beranak. Pasrah.

Jam 3 ptg ke midvaley bungkus burger king. Sebab takut ngidam. Juga bungkus sushi. Berjalan banyak. Ketuban pun bocor banyak.

Jam 9mlm ke gmc utk check n berhasrat boleh beranak di gmc. Huhu bidan check jalan dh buka 2 cm. Doktor tak bg beranak di gmc sebab pernah ada kes ibu beranak umur 35minggu. Baby pramatang n perlu masuk incubator. 12 hospital telah ditelefon semua ckp inkubator penuh. Disebabkan itu dr. Tulis surat ke hospital selayang dan minta sy ke hospital dgn segera disebabkan ketuban bocor dr jam 8pg. ( sy tipu kata baru bocor pg td sebab takut kene marah).

Jam 10mlm ke danau kota makan char kue teow. Balik umah tdo sebab x larat nk g hospital.

28/7 ahad: jam 8 pg gerak ke hosp selayang. Bg surat gmc. Dh agak dh kene marah sebab lambat g hospital. Ayat MO " awak dh bocor dr 8pg smlm hari ni baru awak dtg? Awak tak takut kalau anak awak kene infection?" dlm hati. Hehe dh bocor 6 hari sebenarnya.

check bukaan 1cm jer. Doktor scan air ketuban dh kurang. Nnt tunggu dr. Roslan dtg utk bg keputusan katanya.

Jam 11pg masuk wad kelas 1. Alhamdulilah dapat bilik sorang. Jam 12 tgh dr roslan dtg. Tanya keadaan semua mcm ok. Dr. Kata nnt scan.

Jam 2ptg dr. Scan n bgtau air ketuban tinggal 6.3 sepatutnya 10 baru normal. Minimum 5. Dr. Tanya nak induce petang? Sy cakap boleh tak tunggu sampai baby genak 36week? Dr. Roslan kata boleh. Alhamdulilah.