Wednesday, January 30, 2013

Matlamat Pregnancy kali kedua

Syukur kepada Allah, saya diberikan peluang untuk mengandung lagi. Bukan mudah kita nak sesuatu yang hanya dengan izin Allah sahaja baru kita dapat. Ia adalah taqdir kita.

Untuk pregnancy pertama saya banyak mencari ilmu mengenai susu ibu dan kelengkapan barang untuk menyambut anak pertama. Alhamdulilah, walaupun saya tidak berjaya direct feed, tapi Allah izinkan saya menyusukan anak melalui EBM. Syukur walau pun banyak terima kritikan tetapi saya berjaya menyusukan anak saya selama setahun tanpa bantuan susu tin. Bukan mudah untuk mengepam setiap 3 jam siang dan malam selama setahun.

Bagi pregnancy kali kedua ini saya ingin mendalami ilmu beranak secara alami (semula jadi) yakni tanpa trauma, camputangan ubat-ubatan, menikmati segala kesakitan dan sentiasa bergantung harapan pada Allah. Sungguhpun saya beranak secara normal sebelum ini, namun saya tidak berpuas hati apabila ada lelaki yang memasukkan jari ke dalam vjj dan mulut2 nurse yg takde insurans. Saya impikan keindahan bersalin dengan alunan zikir dan surah maryam, suami yang memeluk dan mengurut belakang badan, lampu malap romantik dan pastinya no episotomi. Tapi tula, kalu beranak dihospital jangan harapla nak beranak cam gini huhu. Harap2 Allah permudahkan saya bersalin anak ini dan saya tidak perlu ke hospital hehehehe. So first plan adalah beranak dirumah, backup plan beranak di GMC. Saya mungkin beranak pada hari raya, pastinya nurse di hosp kerajaan sgt moody sebab tak dapat cuti raya. huhuhu mulut takde insurans tu.

Owh saya juga sudah terpengaruh dengan tidak vaksin kepada ibu dan anak.
Sumber: http://mindaahad.wordpress.com/2013/01/30/kanak-kanak-yang-tidak-disuntik-vaksin-lebih-sihat/
Kajian itu jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang divaksin mempunyai dua hingga lima kali lebih penyakit kanak-kanak (childhood disease), demam dan alahan daripada kanak-kanak yang tidak divaksin. huhu... harap2 ada keberanian untuk berbahas dengan nurse dan doktor di KKIA.
Anak saya start kene eczema selepas cucuk MMR pada 1tahun 2 bulan. So i think vaccine is not needed if ur son in healthy condition. Jika kita makan ubat tetapi penyakit tiada, ubat tersebut akan serang sel2 sihat dalam badan. sebab tu badan baby akan beri reaction samada demam, alahan, autism or death if badan baby tak tahan dengan vaksin yg disuntik.

Saya cuma nak kongsi ilmu yang saya peroleh. Namun jika anda membaca dan tidak bersetuju, boleh abaikan blog ini. Secara jujur, untuk anak pertama saya menyesal tidak didedahkan dengan perkara ini. Jadinya harap boleh dipertingkatkan untuk anak kedua pula. In Shaa Allah.

Thursday, January 17, 2013

Is a water birth safe? Could a baby drown?

http://forum.lowyat.net/topic/1639602/all

Is a water birth safe? Could a baby drown?
Your baby will no more drown in a water birth than in will drown in utero. Your baby lives in water and should clear its air passages and breathe when two things happen: When the cord is cut, the flow of oxygen from the placenta is stopped; and when the cold air hits, it triggers the first breath.

When the baby takes in its first lung full of air, usually within the first minute after being fully born, it causes a chain reaction that closes the different vessels in the heart and lungs and enables the baby to become a breather.

Answered by Shari Daniels, L.M., C.P.M., M.S. Ed.

http://www.theblueswirl.com/2012/06/homebirth-of-landon-alexander.html

http://forum.lowyat.net/topic/1606030/all

Fakta bersalin dalam air

Sumber: http://anizyn.blogspot.com/2012/03/fakta-mengenai-kaedah-bersalin-dalam.html

Fakta mengenai kaedah bersalin dalam air
* Ramai menganggap kemungkinan bayi dilahirkan boleh lemas di dalam air. Tanggapan itu salah kerana bayi baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

* Mungkin ada yang geli kerana tab dipenuhi darah. Tanggapan itu tidak benar kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan saja. Jadi air di dalam kolam bersalin akan bersih saja.

Bersalin Dalam Air

* Sementara menanti hendak bersalin dan apabila berada dalam air, tidak bermakna wanita itu tidak boleh keluar langsung daripada tab. Wanita itu boleh keluar seketika misalnya, jika terasa hendak buang air atau sudah bosan berada di dalam air. Malah, boleh keluar daripada tab untuk minum teh atau kopi, kemudian masuk semula.

* Pada peringkat akhir bersalin, air seolah-olah meningkatkan tenaga wanita.

* Apungan mengurangkan berat badan, membolehkan pergerakan bebas dan kedudukan serta menggalakkan pengecutan rahim yang lebih cekap dan peredaran darah lebih baik. Ia juga mengakibatkan pengoksigenan otot rahim yang lebih baik, kurang kesakitan untuk ibu dan lebih banyak oksigen untuk bayi.

* Air seolah-olah untuk mengurangkan hormon yang berkaitan dengan tekanan membolehkan badan ibu untuk menghasilkan endorfin. Air juga mampu untuk merehatkan mental dan menyediakan rasa privasi.

Sejarah kelahiran bayi dalam air

* Pada 1960-an seorang penyelidik Russia, Igor Charkovsky lakukan uji kaji keselamatan dan kemungkinan kebaikan bersalin dalam air, di Soviet Union.

* Pada penghujung 1960-an, pakar obstetrik Perancis, Frederick Leboyer membangunkan idea mengenai kebaikan amalan bayi yang baru lahir berada dalam air suam bagi membantu memudahkan peralihan bayi itu dari rahim ke dunia luar dan mengelakkan sebarang kemungkinan kesan trauma.

* Pakar obstetrik Perancis, Michel Odent mengambil satu lagi langkah ke hadapan apabila menggunakan kolam yang diisikan air suam bagi mengurangkan kesakitan ibu hamil dan cara proses kehamilan. Apabila sesetengah wanita enggan keluar daripada air sehingga bersalin, Odent mulakan penyelidikan mengenai kemungkinan kebaikan bagi bayi dilahirkan dalam air.

* Hanya pada penghujung 1990-an, kelahiran dalam air diperkenalkan dan kemudian menjadi popular di Eropah.

* Kelahiran bayi dalam air di Amerika Syarikat (AS) bermula apabila pasangan bersalin di rumah tetapi kemudian diperkenalkan di hospital.

* Pada 1990-an Hospital Komuniti Monadnock di Peterborough, New

* Pada 1990-an Hospital Komuniti Monadnock di Peterborough, New Hampshire menjadi hospital pertama di AS yang mewujudkan protokol bagi kelahiran bayi dalam air.

* Pada 2005 ada lebih 300 hospital di AS menawarkan kelahiran dalam air di hospital masing-masing.

* Lebih tiga suku hospital Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan di United Kingdom menyediakan pilihan itu bagi wanita bersalin dalam air.

* Hospital Island di Pulau Pinang adalah yang pertama di Malaysia memperkenalkan kaedah melahirkan anak dalam air. Kelahiran bayi lelaki pada pertengahan Februari seberat 3.64 kg itu diketuai Pakar Perunding Sakit Puan hospital itu, Dr Narinder Singh Shadan.

* Pada 14 Jun 2009, Hospital Pantai Kuala Lumpur mencipta sejarah, menjadi hospital pertama di Lembah Klang yang menjalankan kaedah bersalin dalam air. Dr Choong Kuo Hsiang bertanggung jawab mengetuai dan menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.6 kg. Dengan kelahiran bayi berkenaan, menjadikan PHKL menjadi hospital kedua di negara ini yang memperkenalkan kaedah bersalin secara itu.

------------------------

Kaedah bersalin dalam air mungkin sudah banyak dipaparkan atau dihebahkan. Kaedah itu yang banyak diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand kini mula mencuit perhatian dalam kalangan ibu mengandung di negara ini.

Bagaimanapun, masih ramai ragu-ragu untuk memilih kaedah seperti itu kerana terlalu banyak persoalan bermain di fikiran. Ada juga yang masih kabur dan kurang faham apakah maksud sebenar bersalin dalam air. Sehinggakan pelbagai imaginasi bermain di minda dan ada yang membayangkan beberapa perkara menakutkan akibatnya menimbulkan trauma pada diri sendiri.

Tahukah anda hampir semua wanita yang memilih dan pernah melalui pengalaman bersalin dalam air mengakui kaedah itu memberikan lebih keselesaan dan merehatkan sekali gus mengurangkan rasa kesakitan ketika bersalin.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Dr Choong Kuo Hsiang, berkata kaedah melahirkan anak dalam air diperkenalkan di hospital di Malaysia, pada 2008.
Dr Choong berkata, walaupun kaedah bersalin dalam air belum begitu meluas di negara ini, permintaan melahirkan kaedah cara itu semakin meningkat sejak tahun lalu. Bagaimanapun, di luar negara kaedah itu mula popular kepada wanita hamil, sekitar penghujung 1990-an.

Katanya, bersalin dalam air adalah salah satu alternatif bagi wanita hamil untuk bersalin mengikut kaedah yang difikirkan memberikan keselesaan serta disukainya.

"Kelahiran cara ini di Malaysia semakin diminati dan banyak permintaan. Di HPKL, dalam sebulan sekurang-kurang dua hingga tiga wanita hamil menyatakan hasrat untuk memilih bersalin dalam air. Jika dulu, kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris menetap di Malaysia tetapi kini ada pelbagai kaum termasuk Melayu," katanya ketika ditemui di kliniknya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Choong berkata, kaedah bersalin dalam air diperkenalkan di HPKL, berikutan adanya permintaan daripada pesakit sendiri dan mereka mahu merasai kelahiran yang selesa dan kurang kesakitan.

"Untuk memperkuatkan kenyataan itu, pesakit berkenaan turut menyertakan beberapa pandangan positif wanita lain yang berpengalaman bersalin dalam

air. Oleh kerana ada permintaan, HPKL membuat penyelidikan dan membentuk kumpulan perubatan khusus serta menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk menyambut proses kelahiran dalam air termasuklah menyediakan bilik bersalin yang dilengkapi kolam khas," katanya.

Beliau berkata, kaedah bersalin dalam air terbahagi kepada dua cara iaitu pertama, wanita hamil yang berendam dari awal dan sehingga bersalin dalam air manakala kedua, berendam untuk tempoh tertentu selagi mahu, tetapi kemudian beralih ke katil bagi melahirkan bayi. Kelengkapan utama disediakan bagi proses bersalin dalam air ialah bekas seperti tab mandian atau kolam kecil yang boleh memuatkan dua orang di dalamnya.

Mengenai andaian bersalin dalam air sebagai kaedah terbaik mengurangkan kesakitan bersalin, Dr Choong berkata, ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menentukannya.

"Bagaimanapun, beberapa pandangan dan maklum balas diberi menganggap kaedah itu begitu merehatkan diri. Wanita hamil yang berendam di dalam air menyatakan mereka berasa cukup selesa. Malah, apabila berada di dalam air wanita hamil berasakan dirinya lebih ringan kerana air itu menyokong berat badan dan memudahkan pergerakan. Mungkin kerana berasa rehat dan cukup selesa, wanita berkenaan merasakan tempohnya bersalin lebih cepat serta tidak begitu rasa sakit seperti bersalin di atas katil," kata Dr Choong yang sudah menyambut 26 bayi menggunakan kaedah itu.

Antara faedahnya, wanita hamil mudah mengubah kedudukannya. Hubungan ibu dan bayi bukan saja intim tetapi dalam keadaan amat peribadi. Ia mampu mengurangkan trauma kepada ibu pada saat bersalin serta mampu memberi satu persekitaran baru kepada bayi.

Risikonya pula, kata Dr Choong, ada beberapa laporan di luar negara menyatakan ada bayi lemas ketika bersalin melalui kaedah itu. Tidak kurang juga, jangkitan kepada bayi disebabkan air dalam kolam atau tab mandian digunakan ketika berendam serta kes tali pusat bayi terputus apabila ditarik. Bagaimanapun, ketiga-tiga risiko berkenaan adalah begitu rendah dan dikatakan amat jarang berlaku.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/03/fakta-mengenai-kaedah-bersalin-dalam.html#ixzz2IDtgRihP

Bersalin di rumah without preparation

Terjumpa blog orang yang bersalin di rumah without any preparation. Kuasa Allah.
Best baca, memberi semangat kuat menyatakan Bersalin itu fitrah alam. it supposed to be natural.

http://beeyna.blogspot.com/2011/12/cerita-aynal-ryfqy-bersalin-di-rumah.html

seperti entri sebelum ni saya ade inform about my littleAynal Ryfqy yangg selamat dilahirkan di rumah pada 7 Dec 2011..meh la saya cerita serba sedikit pasal kejadian sebelum Ryfqy dilahirkan ;) mane tau ade ibu2 yang mungkin akan melalui kejadian yang sama macam saya..



3-4 December 2011 (Majlis perkahwinan my sista)


masa ni kami sangat la bz kerana majlis akad nikah & sanding my sista, kak ila berlansung..sebelum majlis, sempatlah saya menyental bilik air rumah..yela, bile menetap sebelahr umah ibu ni, so umah saye pun akan dijadikan tempat untuk saudara mara berehat2 jugak kan..ikutkan badan memang tak larat dah..perut dah membesar bagai johan tu..mase nie semua lah dok risau kan saya..mane la tau tetibe saya nak terbersalin kan...tapi Alhamdulillah, Allah masih memberi saya kudrat & kekuatan untuk saya terus membantu ibu untuk mengendalikan majlis kak ila walaupun pergerakan saya agak terbatas kerana mengikut EDD yang Dr bagi tinggal seminggu je lagi baby nak kluar..kesiah kat ibu, anak perempuan yang sorang jauh kat perantauan..yang sorang dah jadi pengantin, yang saya tengah sarat pulak tu..makcik2 yang datang rewang semua takut tengok saya yang berjalan & buat kerja tanpa henti..berjalan tak hengat perut tu dah membesar..hehe..kemana saya pergi semua suruh saya duduk berehat saja..tapi orang tua2 selalu kate kalau ibu rajin bergerak baby senang nak keluar nnti..saya hanya mampu tersenyum je kalau org suruh saya dok berehat ;) harap2 baby saya senang la nak kluar nanti..

5-6 Dec 2011 (berehat di ruamah)
saya ajak en.hubby ke klinik untuk ambil MC sebab memang terase kepenatan nye.lain betul penat bila dah sarat ni..nak apply cuti, cuti dah habis..nak tak nak memang perlu pergi meminta ihsan Dr untk memberi MC kerana saya betul2 sangat tak larat...dengan rumah yang mcm tongkang pecah nye lagi.. baby pulak terasa dah berada di bawah..en.hubby bawa saya ke Klinik Mesra, kebetulan DR.Rahaya yang selalu check saya tak bertugas, so Dr Fahmi yang ambil alih..mmg best dengan Dr ni..mane tak nye, segala penerangan baik untuk saya mahupun persediaan untuk en.hubby die inform..hehehehe..sadikit sebanyak mengurangkan kerisauan en.hubby nak sambut baby nanti..

6 Dec 2011 (Pemeriksaan rutin kandungan)
checkup mingguan di KK P3..biasela..sallu dengan en.hubby g checkup petang around kul 2pm..dlm kul 12pm bila saya ke toilet tiba2 keluar . lendir+darah mcm awal2 period..so menggelabah la gak kan..n terase seperti senggugut pun ade.almaklumla, 9 bulan preggy x rase senggugut.tetibe lak terase balik.. banyak kali tanye kat ibu, macam ne sakit nak bersalin & tanda2 nak bersalin..bile g checkup, nurse kate baby dah betul2 ade kat pintu & nurse tu cakap rase2 nye dalam malam tu saya akan bersalin.so balik chekup seperti biase..cume saya dah terasa sakit tu datang2..kalau senggugut tu sakit berpanjangan kan..ibu pulak risaunye bukan main lagi..sekejap2 die tanye..sakit makin kuat tak?dah pergi check tak?Dr cakap ape?tula hati seorang ibu kan..(Thanx ibu...love u ketat2)

6 December 2011 (7pm)
saya terasa sakit yang makin lama makin kerap.. start la mencatat kekerapan.dari 10 min sekali, lame2 jadi 5 minit sekali..dan sakitnye makin lama makin kuat..bile tanye ibu, ibu kate itu memang tanda2 dah nak bersalin. ibu suruh g hospital..saje je melengahkan masa..sebab tak sakit sangat lagi..masih boleh bertahan. sempat la saya & en.hubby melayan Suria di Cordoba dulu. pada hal en.hubby sikit2 die tanye, sakit tak??sakit macam mane? habis je cerita kegemaran saye tu terus g je Hosp Serdang. sampai2 je nurse kate wad penuh..jangan kate wad..labour room pun penuh..wah, tak kan lah saye nak bersalin dalam kereta..bile dah kene masuk oksigen, amek degupan jantung baby, Dr check jalan..Dr kate dinding rahim tebal lagi & bukaan baru 1 cm..siap die tanye kat saya, "baby dah kat bawah ke?"..dalam hati ni punye la sakit..nak je saya cakap kat Dr tu, "kalau la saya tau baby tu kat mane, tak payah la saye susah2 ke hospital" saya terase sakit & makin sakit..owh..mmg tak le dok diam lah..nak tunggu dokumen untuk balik pun lambat nye kemain lagi...Dr siap inform yg die nak siapkan dokumen lain yg lebih urgent dr kes saya...pada hal masa tu saya dah x bole duduk diam..Dr pelatih lak tu yang handle kes saya..

7 December 2011 (1.30am)
di sebabkan saya terase semakin sakit, so saya suruh en.hubby yang tunggu..saya nak masuk kereta kerana pinggang betul2 terase nak tercabut. ysng tak tahannye nurse tu suruh gak en.hubby panggil saya untuk bagi buku merah & nak bagi tau kat saya, "kalau terase dah nak bersalin tu terus g hosp Putrajaya ye"...eh...saye kat serdang, putrajaya tu kan jauh...dengan slumbernye nurse tu inform.."kalau dtg cnie pun penuh..."emmmmmmmmm....ahhhhh...saye dah sakit, saye terus balik je..lantak la nurse tu nak cakap ape kan..nak marah pun saya tahan je kan..disebabkan en.hubby kecian tengok isteri die yang dah tak tahan sakit, balik dr Hospital Serdang, kiteorg terus g Az-zahra..tp dieorg takut nak terima coz saya tak pernah checkup kat sane.disebabkan dah tak tahan, saye minta en.hubby terus balik..saya nak baring!!!saya x mampu nak bercakap...banyak gunekan bahasa isyarat..tula rasenye sakit nak bersalin..

anak umi

7 December 2011 (2.30am)
sampai dirumah aroaud kul 2am, ibu terus tunggu saye..ibu & ayah tido kat rumah saya coz saya dah terlalu sakit..sebagai ibu yang dah ade pengalamn lahirkan 5 orang anak, ibu dah tau sakit yg saye rase tu adalah sakit nak bersalin. makin lame makin sakit. en.hubby la org yg paling cuak..call hospital Putrajaya, HUKM semua  tak nak terima..katenye perkara biasa kalau 1st baby bukaan 1cm & 1st baby selalunye memerlukan bukaan 10cm..setiap 1 cm selalunye mengambil mase 1 jam..jd Dr jangka saya akan bersalin pg esok nye..kami redha je dengan segala alasan yang diberi oleh hosp..yela "dieorg kan lebih berpengalaman dari Takdir yg Tuhandah tentukan..."

7 December 2011 (3.00am)
huh, sakitnye Tuhan sahaja yg tahu..ibu n en.hubby x berhenti mengurut belakang saya...ibu tau dimana sakitnye nak bersalin..so sekurang2nye kurang cikit tekanan mase sakit hari tu..bile dah sampai 1 tahap saya tak tahan nak meneran, en.hubby terus call 999 untuk dapatkan ambulance. kepala baby dah nampak, terus kami oncall secara loudspeaker dengan nurse yang bertugas..dieorg pun bagi la cara2 nak sambut baby.. ibu sambut baby, ayah tolong bagi barang, en.hubby lak tolong bagi semangat & menekan kaki saye biar saye x angkat punggung..(kalau angkat punggung, koyak je sampai bontot)..habis segala barang yang saya dah packing dalam beg en.hubby kluar kan bali..sebab dah kalut punye pasal, die dah tak jumpe barang yang kat dalam rumah..hehehe

7 December 2011 (3.45am)
alhamdulillah, 4x percubaan meneran, Ryfqy selamat dilahirkan...air ketuban saye pecah selepas kepala Ryfqy keluar.maknenye saye x perlu meneran lagi untuk keluarkan bahu Ryfqy..sangat mudah..Ryfqy keluar bersih...tak terlalu banyak darah yang kluar (takut gak en.hubby pengsan..die kureng sikit bile tengok darah ni..)..manakala saya tak perlu dijahit pada laluan keluar..Alhamdulillah..hanya jahit sedikit di "kulit atas"..Ryfqy keluar terus menangis..selepas tersedak, en.hubby terus azan & iqamat pada Ryfqy..tersentuh nye hati..dan saya telah menerima kucupan dari en.hubby sambil mengucapkan terima kasih pada saya..(sangat terharu)..Sakit mase sebelum nak meneran tu sebenarnye lagi sakit dari nak bersalin..mase bersalin tu sakitnye macam nak meneran mase kite sembelit..& bile baby kluar je, Alhamdulillah..sekelip mata, hilang semua sakit..

lepas 15min deliver baru lah ambulance sampai..alasan yang dieorg bagi sbb lambat coz air ketuban x pecah..so dieorg ingat lame lagi nak bersalin...padahal jarak anatara rumah saye dah hosp Serdang hanya 10 min perjalann menaniki kereta..kebetulan waktu tu hampir 4am dan sepatutnye ambulance le sampai lebih awal..betul tak??sabor je lakan..lepas saya dihantar ke labour room saya perlu betapa kat sane kerana wad penuh..hampir tengahari baru la saya dapat masuk wad..itupun kerana saya memilih masuk wad kelas pertama..kalau tak, betapa la saya kat labour room tu dengan katil yang kureng selesa bagai..bukan semua orang nye cara nak bersalin same kan...so harap hospital2 lebih perihatin la lepas nie kan..

disebabkan saya bersalin kat rumah so baby & saya memerlukan pantauan selama 48 jam coz takut ade infection..terpaksela betapa kat hosp selama 2 mlm..huh..sgt x best walaupun saye memilih untuk berada di ward class pertama dimana en.hubby la peneman saya waktu di hospital.memang berbeza bile berada di ruman dan di hospital...seumur hidup saya ni la kali pertama masuk hosp..hehehe



*baru tau bagaimana sakitnye nak bersalin n haruslah seorang ibu itu diberi tempat paling mulia...
*terase lebih mudah bersalin dirumah sambil dikelilingi insan2 tersayang.. dan terpenting!!
*kepada semua bakal ibu, kalau rase dah nak bersalin pastikan anda ada cukup tenaga untuk meneran..
*kepada bakal2 ayah, jgn panik k!!!sile tenangkan hati anda sekiranya berdepan dengan keadaan mcm saye ;)

Friday, January 11, 2013

Bersalin di rumah

Sekarang sedang cuba mengumpul success stories untuk bersalin di rumah. Tinggalkan link dalam blog supaya mudah nak rujuk balik. Harap tuan empunya blog tak kisah sy copy link ke blog saya huhu.
Tapi kalau tak suka nnt sy padamkan

http://www.mygentlebeginnings.com/birth-stories.html
http://www.diaryofmuhammad.com/p/gentle-birth.html
http://www.diaryofmuhammad.com/

Wednesday, January 9, 2013

Generasi Al Quran Prof. MUhaya

sajer copy link ni sebab senang nak muat turun.
http://muhammadon.blogspot.com/2011/06/muat-turun-download-koleksi-bual-bicara.html?m=1

Listen To your Body

Saya sekarang sedang mengkaji cara-cara beranak secara semula jadi (Natural Birth).
Setelah beberapa bulan membaca sumber dari internet, saya terjumpa rahsia besar iaitu Listen To Your Body.

Sebenarnya, saya dah gunakan teknik ni untuk TTC, percaya atau tidak, saya rasa teknik ni sangat berkesan untuk kita mengenali badan kita sendiri dan menyembuhkan diri supaya kembali berfungsi sepenuhnya.
Mungkin sukar untuk orang teknikal kerja Office macam kita ni nak faham dengan penggunaan istilah ni
" Listen to your body" ini adalah kita memerhatikan perubahan yang terjadi pada tubuh kita dan apa yang kita rasa. Sebenarnya kita jarang perasan benda ni kalau kita tidak cuba memahami istilahnya.

Pada saat saya ke Homopatie Dr. Hassan, saya sudah faham sepenuhnya istilah "Listen To Your Body ini".
Dr. hanya melihat tangan dan kuku, sudah tahu kesemua penyakit dalam badan kita. Dan sangat tepat tau.
Dr. cakap, Rambut gugur dan berkelumumur bermakna dinding rahim tidak kuat. Stress yang berlebihan menyebabkan dinding rahim menjadi tegang maka janin susah nak menempel.

So, bermula saat itu saya faham badan kita sentiasa menunjukkan tanda2 penyakit zahir yang sebenarnya menunjukkan masalah dalaman iaitu badan tidak berfungsi dengan betul. Tetapi disebabkan kita tidak tahu mengenai teknik " Listen to your body" maka kita fikir rambut gugur dan berkelumumur ini disebabkan pakai tudung, kulit kepala jadi tak kuat sebab tak bernafas. haahaha... lari jauhkan maknanya.

Kalau kita sentiasa peka dengan tubuh kita, kita akan tahu bila sebenarnya Ovulation berlaku. Kita dapat rasakan sedikit krem di bahagian kiri atau kanan perut yang menunjukkan telur ovum keluar dari ovari kanan atau kiri. 

Lelaki juga sama. Sekiranya didapati tubuh selalu letih, tidak mempunyai stamina. Suka mengantuk ini menunjukkan badan tidak berfungsi sepenuhnya. Sperma yang dihasilkan akan lemah dan tidak mampu berdaya saing untuk masuk ke dalam Ovum.

Apabila kita sudah faham istilah Listen To Your Body ini In Shaa Allah, kita dapat makan dan amalkan cara hidup yang sihat supaya badan kita berfungsi dengan betul. Ia juga dapat diaplikasikan kepada semua masalah kesihatan kita. samaada menyusu badan, TTC atau nak beranak secara semula jadi.
Selamat Beramal :)

Tuesday, January 8, 2013

Yusuf ke bbim

Brainy bunch islamic montessori branch sri hartamas. Dengan harapan yusuf bergembira bersama kawan2 nampaknya seperti tidak gembira. Bila hantar menangis, datang ambik balik pun menangis. Adakah yusuf terlalu kecil lg utk masuk tadika. Atau tadika itu memang tidak menyeronokkan. Saya ingatkan yusuf akan seronok apabila masuk ke tadika huhu. Saya akan tunggu 2 minggu, mungkin yusuf masih menyesuaikan diri dengan environment baru. Semoga yusuf dapat menikmati keseronokan berkawan dan belajar agama.

Memulakan 2013

Alhamdulilah, syukur kepada Allah dapat saya memulakan tahun 2013. Sungguh, ianya bukanlah peristiwa yang membahagiakan. Bibik bercuti 3 minggu, suami admitted ward akibat demam denggi, saya mengandung dengan cyst dan demam denggi, yusuf pun kene demam denggi. Dengan kekuatan alami, saya yakin kesemua ini ada hikmahnya. Hari demi hari terasa beban. Namun apabila kesemuanya kembali sihat saya tahu kesihatanlah yang paling berharga dlm hidup. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang cergas dan umur yg panjang utk kita beribadah dan membuat bekalan ke akhirat.