Wednesday, August 21, 2013

Kelahiran Puteriku

ANama: Khadija Sofia
D.O.B : 30/7/2013
P.O.B : Hospital Selayang (FPP)
Berat lahir : 2.40kg
Umur kandungan: 36 minggu

Kronologi kelahiran:

23/7: air ketuban start bocor. Tapi sikit jer setompok jer basah dekat underwear. Confuse juga vaginal discharge or air ketuban. Sebab ada lendir putih sikit. So buat tak tau ajer. Just minum air kelapa banyak n buah.

24/7 rabu: 1st checkup fpp dgn dr. Roslan. 35 week. Before ni kepala baby kat atas kaki kat bawah. Seminggu merangkak dlm bilik, sujud lama, mlm2 letak lampu suluh dekat bawah perut sebab nak bg baby pusing. Before scan punyala berdoa agar kepala baby dh engage. Alhamdulilah, baby dh pusing. Dr. Kata harap kekal kepala kat bawah sampai beranak. Amin.

25/7 khamis: cirit birit akibat makan murtabak pekan beli di bazar ramadhan. Ke klinik. Dr. Pesan jgn makan makanan yg x bersih dan dipanaskan byk kali. Immunity ibu mengandung x kuat boleh kene infection pd baby. Sebab dh tunggu 2 jam kt klinik lupa nk bgtau pasal ketuban bocor huhu.

Pukul 12 pergi ke sogo. Beli pretzel, ketupat daun palas n nasi ayam. Sebab rasa mcm dh nk beranak ajer. Lama tunggu lif gigih naik escalator dr lg ke ting 6. Terasa air mengalir sampai ke kaki. Huhu air ketuban bocor banyak. Tapi x pecah sebab xkeluar laju macam air paip n xde blood show.

Balik office tanya officemate pasal ketuban bocor. Ada officemate ckp anaknya 2 minggu air ketuban bocor tapi sedikit jer. Doktor kata takde masalah. Tapi ada officemate lg sorg kata sedaranya bocor ketuban seminggu. Memang nekad nak tunggu secara natural. Bila beranak kesian kat baby kulit jadi kering n ada sakit jantung. Dinasihatkan supaya beranak awal. Ok. Hati dh start risau.

26/7 jumaat: pergi office lg. Berharap ketuban x bocor banyak. Alhamdulilah masa kat office ok. Malam buka puasa di garden. Sembahyang kena jalan ke midvaley. Akibat jln banyak malam masa nk tido banyak pula keluar sebab terbersin n batuk. Hati bertambah riso.

27/7: jam 8 pagi ada lendir darah sikit pada pad. Ok terus fikir dh tiba masa nak beranak. Tanya dlm group home birth boleh ke nak beranak kat rumah kalau 35 minggu n dh bocor air ketuban 5hari? Then, sy dinasihatkan check pada doktor. Sebab tak tau samada baby dh cukup matang atau belum. Hancur berkecai harapan nak beranak di rumah huhu. Dh tau kalau ke hospital mesti kene admit and kene beranak. Pasrah.

Jam 3 ptg ke midvaley bungkus burger king. Sebab takut ngidam. Juga bungkus sushi. Berjalan banyak. Ketuban pun bocor banyak.

Jam 9mlm ke gmc utk check n berhasrat boleh beranak di gmc. Huhu bidan check jalan dh buka 2 cm. Doktor tak bg beranak di gmc sebab pernah ada kes ibu beranak umur 35minggu. Baby pramatang n perlu masuk incubator. 12 hospital telah ditelefon semua ckp inkubator penuh. Disebabkan itu dr. Tulis surat ke hospital selayang dan minta sy ke hospital dgn segera disebabkan ketuban bocor dr jam 8pg. ( sy tipu kata baru bocor pg td sebab takut kene marah).

Jam 10mlm ke danau kota makan char kue teow. Balik umah tdo sebab x larat nk g hospital.

28/7 ahad: jam 8 pg gerak ke hosp selayang. Bg surat gmc. Dh agak dh kene marah sebab lambat g hospital. Ayat MO " awak dh bocor dr 8pg smlm hari ni baru awak dtg? Awak tak takut kalau anak awak kene infection?" dlm hati. Hehe dh bocor 6 hari sebenarnya.

check bukaan 1cm jer. Doktor scan air ketuban dh kurang. Nnt tunggu dr. Roslan dtg utk bg keputusan katanya.

Jam 11pg masuk wad kelas 1. Alhamdulilah dapat bilik sorang. Jam 12 tgh dr roslan dtg. Tanya keadaan semua mcm ok. Dr. Kata nnt scan.

Jam 2ptg dr. Scan n bgtau air ketuban tinggal 6.3 sepatutnya 10 baru normal. Minimum 5. Dr. Tanya nak induce petang? Sy cakap boleh tak tunggu sampai baby genak 36week? Dr. Roslan kata boleh. Alhamdulilah.

1 comment:

  1. Nana~syok gile berani g jenjalan lagi...kalau aku panic dah tu...huhuhu

    ReplyDelete