Lilypie - Breastfeeding

Tuesday, July 26, 2011

Mencari dan Beli deep freezer untuk stock EBM

Ok, ada anonymous tanya, beli kat mana deep freezer?

Saya beli di HSL area sbelah jusco metro prima Kepong.
Saya beli jenama Freezer Mistral MFZ-101U  Harga RM750.

Ada kawan blogger saya beli di kedai elektrik nama weng heng jalan kepong, opposite care4 kepong.
Dia punya jenama chest freezer faber fz108u harga rm680.

Memang susah nak cari freezer ada laci2 ni. Mula2 saya ke Houz Depot KL, Carefour, Tesco ada deep freezer yang pintu buka atas jer. Pastu ke Wangsa maju, Tmn Permata, Tmn Melawati ada drawer freezer tapi yang tinggi-tinggi lebih kurang 1.6 meter kot macam blogger Super Dooper Kawaii. Akhirnya jumpa di Kepong.

Kalau anda macam malas nak gi jalan jauh2 beli deep freezer, anda boleh order di kedai elektrik berdekatan. Kita hantar No. code, bagi deposit sikit. Lebih kurang seminggu dapatlah barangnya.

Kalau nak berjimat, boleh beli yang second hand. Boleh cari di Group FB Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM). Buat post "Mencari second hand deep freezer di area KL" nanti ramailah yang menjawabnya.

Cara nak Pilih  Freezer?
1) DEEP FREEZER
Kebanyakan deep freezer yang kita tahu mestilah yang macam kt kedai jual ais krim or ayam tukan. Yang kita kene membongkok utk ambik barang. Murah lebih kurang rm350-500. Yang ni kene organize sikit, boleh ikut cara kak Farah sarakids susun ebm. Cara susun EBM ni best sebab kemas giler dan teratur giler hehe. tapi tulah, saya ni kedekut nak beli plastic zip beg tuh. pakai getah murah sikit. x pun anda boleh guna kreativiti simpan dlm kotak kertas double A tu ke, dlm raga ke. Yang penting label ikut bulan.

2)VERTICAL / CHEST FREEZER
Yang ni ada drawer2, senang sikit nak susun ebm, tapi kurang space sikitla. Saya beli yang ini.
Harga RM650-RM800. Pandai2lah mintak tawar.

3)HIGH VERTICAL / CHEST FREEZER
Yang ni tinggi dan ada drawer. Boleh simpan banyak EBM dan makanan beku yang lain hehe.
haraga RM1200-RM1800. Ada yang double door tau. besar giler.
Kalau utk next baby saya ingat nak beli yang ni, nak buat stok ebm bebanyak.

Perlu ke beli deep freezer?
1) Perlu jika stock ebm anda banyak.
2)lebih elok kita asingkan ebm dengan makanan. kebersihan terjamin susu tidak tercemar.
3) Menambahkan semangat rajin mengepam. Kita kan memang jenis x puas ati selagi x memenuhi ruang.
4)Buatla stock bebanyak untuk back up jika susu merundum, perlu outstation berpisah dengan anak, atau bulan ramadhan.

2 comments:

  1. bagi akak mmg wajib aa ada deep freezer..tu pon patutnya kene beli hak besar..sbb saiz standard ni pon x cukop ler :)
    alhamdulillah rezeki susu byk

    ReplyDelete
  2. kak farra: betul2 sy next anak nk bli deep freezer lg hehe. buat stok byk2

    ReplyDelete