Monday, August 17, 2015

Masalah anak lambat cakap

https://rubyatika.wordpress.com/2014/01/18/umur-5-tahun-masih-tidak-lancar-bercakap/

Umur 5 tahun sepatutnya sudah lancar bercerita, bertanya itu ini, membuat alasan begitu begini dan ada yang sudah mula membaca.
Tapi ada ibu bapa yang mendapati anaknya masih tidak lancar bercakap walaupun telah berusia 5 tahun. Kebiasaannya kanak-kanak sebegini telah mengalami lewat perkembangan pertuturannya sejak kecil lagi. Ada yang mula bercakap pada usia 3 tahun.
Oleh kerana masyarakat malaysia ramai yang suka beranggapan ‘nanti dah tadika, ok la tu’, maka ibu bapa tunggu hingga anak berusia 5 tahun. Majoriti kanak-kanak mula dihantar ke tadika pada usia 4,5 tahun.
Selepas masuk tadika, barulah ibu bapa merasa ‘terkesan’ dengan masalah pertuturan yang dihadapi oleh anak.

.......................................................

Inilah yang terjadi pada anak sulung saya. Saya mula hantar anak ke Brainy bunch seawal umur 3 tahun. 4 tahun ke little caliph. By the time memang cikgu dah bagitau anak saya kurang bercakap. tapi boleh menghafal. Disebabkan itu saya ignore kerana pandangan masyarakat kecil lagi katanya.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah untuk bercakap tolong hantar anak untuk buat penilaian di pusat terapi berdekatan. Sebenarnya kita mendera emosi anak2 bila kita mengharap  ‘spontaneous recovery’,.  Dera emosi maksud saya anak kita akan dicop degil kerana tidak faham arahan, marah dengan kawan sebab kawan tak ikut kehendaknya dan sensitif kerana rasa terpinggir.

Apabila anak saya berumur 5 tahun, saya masih hantar ke little caliph namun pada bulan mac anak saya tidak mahu lagi ke tadika. Mula daripada itu saya sedar kesilapan saya. ALhamdulilah, kini selepas ke terapi pertuturan anak saya sudah ada peningkatan dari segi pertuturan. Tapi kini hanya ke taska biasa belum ke tadika. Sebab anak saya masih tidak mahu ke tadika.

Saya bawa anak ke URBAN ETHOS di Denai Alam, Shah Alam. Di sini ada speech therapy,  Occupational Therapy dan Early Intervention Programme. 
Boleh hubungi 013-2490069 atau 03-77343044.

Review saya, mula-mula buat penilaian anak saya didapati cekap visual (boleh menamakan objek dan baca flashcard) tapi tidak boleh memproses ayat untuk perbuatan atau ayat penyambung.
saya buat 8 kali Alhamdulilah sekarang dah banyak kemajuan dan boleh membina ayat panjang.

sesi terapi adalah 1jam OT yang mana anak akan melompat atas trampolin, bermain bola, lompat satu kaki, naik buai berpusing dan hand painting.
sesi terapi disambung dengan speech yang mana anak akan bermain sambil bercakap. main tangkap ikan, ambil bola, sticker dan lain-lain.

Ada banyak sebenarnya pusat terapi pertuturan contoh http://www.urbaneethos.com/ , http://wqpark.com.my/ di cheras dan http://www.kidzgrow.com.my/ di hartamas.
Kalau anak boleh bercakap pun boleh jer hantar untuk penilaian. sebab boleh belajar banyak ilmu. Cara massage mulut, sendi tangan, deria rasa kulit dan lain-lain