Wednesday, December 28, 2016

Bercuti di Hotel Suria Cherating Beach Resort


Alhamdulillah... Pada 25.12.2016 kami ke Pantai Cherating. Kebetulan mak mertua ada di Kuantan boleh bawa berjalan-jalan. Sebelum check in ke Hotel kami singgah di Penyu Sanctuary.



Kemudian kami ke Kemaman Recreational and mini zoo harga tiket RM10 Dewasa dan RM7 kanak-kanak 4thn ke atas

Naik tram percuma

Ada titi gantung, gajah, harimau, orang utan, buaya, ular, kura-kura, rusa, burung dan lain-lain


Dapat berjogging di tepi pantai

Hotel Suria Beach Resort ni best. Ada bilik karaoke RM50 1jam, ada 2 meja carom dan swimming pool yang besar.


Sebelum balik borong keropok lekor banyak2. Makan panas RM 10 sekejap je habis. Lepas tu singgah Di beserah beli lagi keropok lekor goring panas.

Monday, July 18, 2016

Pengalaman keguguran sebagai pengajaran

Assalamualaikum,
Sudah lama tidak update blog. Memang rindu sangat nak menulis tapi banyak sangat perkara lain menyebabkan lebih suka membaca blog org dr update blog sendiri. 

Hari ni adalah hari ke 5 berpantang setelah keguguran pada 14 julai 2016. Kandungan baru berusia 13 minggu tapi dah lengkap  / sempurna sifatnya. Telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan cheras pada 15 julai 2016. Nanti habis 14 hari pantang ingat nak ke kubur.

Sebenarnya ini adalah kali ke3 saya mengandung. Melalui pengalaman lepas 2 kandungan saya Alahmdulillah selamat dilahirkan dan sihat hingga kini. Saya akui saya lupa bahawa setiap kandungan adalah berbeza. Saya ingatkan kandungan saya akan selamat sama sebelumnya. Ini adalah pertama kali saya keguguran dan saya harap ini adalah kali terakhir.

Tipulah kalau saya kata saya x sedih, pasti rasa sedih dan sebab itu dirasai terutama ketika berada di hospital kiri kanan depan dan belakang dengar suara bayi yang comel dan syahdu. Melihat kasih seorang ibu berjaga malam menyusukan anak adalah anugerah terindah. Tapi saya redha dengan ketentuan Allah. Dan berdoa agar kandungan seterusnya selamat dan sihat.


Pada saya berdoa sahaja tidak cukup. Usaha dan ikhtiar adalah lebih penting. Maka saya menulis blog kali ini adalah sebagai pengajaran buat saya bagi memastikan kandungan seterusnya selamat.
1. Setiap kandungan adalah berbeza. Penjagaan bagi kandungan perlu dilebihkan memandangkan umur makin bertambah dan badan telah beranak 3 kali.
2. Jangan angkat benda berat. Terutama anak. Kasihan kepada bayi dlm kandungan.
3 . Terhadkan aktiviti terutama perjalanan jauh.
4. Elakkan jatuh atau pergerakan yang boleh membahayakan badan.
5. Elakkan urut badan dan kaki sehingga kandungan berusia 7 bln.
6. Sekiranya bersetubuh dgn suami buat ringan sahaja.
7. Sentiasa berdoa, baca Quran, makanan yang sihat dan menjaga akhlak yg baik.

Saya memang selalu memikirkan risiko ketika berada di trimester pertama iaitu kandungan berusia 3 bulan. Ketika kandungan berusia 12 minggu saya mula merancang persiapan bersalin. Saya telah buat bayaran deposit untuk penjaga pantang natalis. Alhamdulillah, nasib baik boleh diawalkan. Jadinya saya ambil pejaga pantang untuk 7 hari. Walaupun hanya gugur dan tiada bayi, tapi sakit gugur sama seperti bersalin 9bulan. Jadi memang perlukan penjaga pantang.