Tuesday, September 13, 2011

Bertahan Mengepam susu di Bulan Ramadhan

Dah nak sebulan raya baru nak cerita huhu
Dah lama sebenarnya mengarang dalam otak, tapi tak tertaip plak.
Ditambah dengan kerja-kerja jadinya bertangguhla entry ini.
Bermula bulan Ramadhan, anak saya dah berumur 8bulan 2minggu.
Waktu tu saya baru jer berjaya pulih dari kemerunduman susu
dan mengalami bengkak susu.
Minggu pertama berpuasa, saya bendera merah. jadinya susu saya masih lagi meriah.
Minggu kedua berpuasa, saya dah mula berpuasa dan susu tetap meriah mungkin kerana bangun waktu sahur jadi punctual mengepam waktu malam.
Minggu ketiga berpuasa susu dari hari ke hari makin berkurang. mungkin kerana sudah lewat bangun sahur jadinya kurang mengepam waktu malam
Minggu keempat... uhuhuhuk susu merundum
Saya pula ambil cuti awal, seminggu berpuasa di Kelantan. Oleh kerana sekali pam saya hanya dapat 1Oz hingga 3 Oz sahaja, jadinya saya tambah air masak utk mengelakkan mak mertua sy membebel susu x cukup.
Yelah sy Fully breastfeeding dan seboleh-bolehnya tidak mahu menggunakan Formula Milk.
Mak mertua memang perasan susu saya cair, jadi saya jawab "Yusuf tak suka minum air masak padahal dia dah makan bubur. Tu yang nana campur air masak dalam susu."
Hehehe... memang bohong sunat.
Pada hari Raya, Alhamdulilah susu kembali normal. Mungkin kerana perasaan ibu yang gembira maka hormon Oxytocin bertambah menyebabkan susu badan juga bertambah hehehe.
Pengalaman saya mengepam susu semasa Ramadhan.. owh sungguh menguji kesabaran.
Not sure samada kurang minum air atau disebabkan perasaan bimbang saya terlalu risau berpuasa menyebabkan susu badan berkurang.
Owh.. saya tak makan pil shaklee, semasa Ramadhan ini sebab saya saje nak experiment menguji produktiviti susu di Bulan Ramadhan.

2 comments:

  1. Dah tinggal 1/3 jer dr penuh deep freezer tuh huhu... nyesal x buat stok banyak2. utk anak ke2 nana nk beli df yg tinggi plak

    ReplyDelete