Thursday, February 14, 2013

Bersalin di mana?

Ini adalah dilema semua ibu2 mengandung. Kalau duit banyak maka tak perlulah risau dah tentulah Hospital Pantai, boleh beranak dalam air. Tapi bagi kakitangan kerajaan dan duit tidaklah banyak sangat ni nak beranak di swasta itu tersangatlah risau kalau duit tak cukup. In Shaa Allah, saya mampu tapi.... kenelah menabung.

Dulu saya beranak di Hospital Selayang, Alhamdulilah takdelah masalah sangat cuma tak tahan dengan mulut nurse jela. Bukanla saya ni jenis yang biadap pun, eventhough kita cakap elok2 pun kene marah jugak. Malam masa dekat wad dapat nurse yg baik, tp bila masuk Labour room mulut nurse takde insurans. Rasa nak sepak ajer semasa sedang menahan sakit contraction. Nasib baik dh kene cucuk dengan dadah. khayal je tdo hehe

Kalini saya seboleh-bolehnya nak beranak di rumah. Tapi masih belum cukup keyakinan sebabnya menumpang rumah mak kan. Karang bila menjerit contraction of course kene paksa g hospital punya. And kalau berjaya beranak di rumah pun, of coursela family sibuk bawa anak g hospital untuk check up. So sekarang dilema sy adalah Hospital Kerajaan Atau Hospital Swasta?

Kalau gov, sy akan pilih FPP Hospital selayang tapi kalau swasta mungkin GMC atau DBM di Batu Caves. Tapi orang kata kalau beranak di swasta cepat jer kene czer ek? huhu tak mauuuuuu

Sekarang tengah google pengalaman org yg bersalin di tempat pilihan saya. Hmmmm... mungkin kene tengok keadaan masa 7 bulan baru boleh buat decision. Kalau tiada sebarang komplikasi bolehla bersalin di pusat perubatan. Tapi kalau ada masalah perlulah ambik FPP Hosp Selayang.

Harap2 beranak kali ni dipermudahkan dan dikelilingi nurse dan doktor yang terbaik. In Shaa Allah.

1 comment: