Wednesday, August 21, 2013

Kelahiran Puteriku Part 2

28/7 ahad: malam tu dtg 3 org doktor perempuan masuk bilik. "Puan, kenapa puan tak nk induce petang tadi? Bahaya kalau keuban bocor dlm tempoh 48 jam dah kene beranak". Dlm hatiku.. Ni mesti nk psycho aku sruh beranak cepat. Pastu sy just jawab " owh sebab anak sy 35minggu 5hari. Dr. Roslan kata boleh tunggu sampai 36minggu". Doktor2 tu pun kata. " owh pprom. Ok" dan mereka terus keluar.

29/7 isnin : pagi tu ada lendir merah sikit. Dan pad masih lg penuh basah dgn air ketuban. Bincang dgn husband, kami pun bersetuju utk induce pg tu. Sebab air banyak sgt keluar. Bimbang baby x cukup air ketuban. Sy pun panggil nurse minta diinducekan.

Jam 10 pg dr. Roslan dtg n masukkan prostag. Bukaan masih 1 cm. Dr. Roslan jangkakan esok pagi beranak. After 6hour kalau xde contraction masuk ubat lg skali.

Jam 4 ptg dr. Roslan datang bersama nurse 4 org. Dr. Roslan tanya ada sakit contraction? Sy kata dah sakit sangat. Kalau nak masuk ubat sy takut sakit sgt nnt. Sy minta induce pg esok. Dr. Roslan kata ok.

Mlm tu sy melayan contraction tp rasa macam berkurangan pula sakitnya huhu.

30/7 selasa: jam 10 pg dr roslan dtg. Cek bukaan dlm 1.5cm jer. Dr. Roslan cadangkan masuk labour room utk oxytocin drip. After 6 hour kalu xde progress terus czer. Pergh. Bagai nk gugur jantung dgr czer. Sy minta induce kali kedua lepas tu baru drip. Dr. Roslan kata ok. Tp after 8 hour kalu x beranak czer.

Sejam kene baring after masuk ubat. Lepas sejam terus saya bercangkung dan berjalan utk cepatkan bukaan. Bila sakit contraction sy menonggeng dan buat deep breathing. Agak membantu juga utk hilangkan sakit contraction.

Jam 4 ptg dr. Perempuan masuk dan cek bukaan. Alhamdulilah dh buka 3cm. Ada progress boleh masuk labour room.

Dalam jam 5ptg baru dapat masuk labour room. Kene baring dipasang alat ctg dan oxytoxin drip. Doktor tanya nak ubat tahan sakit? Sy fikir baru 3cm pun dh sakit kalu 9cm lg sakit. Sy pun setuju. Sy kata nak pedithine. Dr. Kata dia ada morfin. Morfin lg kuat dr pedi. Ok sy setuju. Dr. Cucuk morfin ke tangan. Yg peliknya morfin ni mcm x berkesan utk sy. Setiap contraction sy rasa sakit. Waktu ni sy sruh suami sembahyang asar. Lepas tu pukul 6 sy sruh suami sy bli makanan utk buka puasa. Dlm 6.30 suami sy dtg temankan sy. Waktu ni contraction dh kuat tapi geram mesin ctg bengong. Waktu sy sakit teramat sgt bacaan contraction cuma 19, 17 dan paling tinggi 27? Kalau bacaan contraction rendah maknanya xde progress. Ada kemungkinan akan dibedah. Sy pun panggil nurse kata mesin ctg ni x betul. Nurse tu kata puan kene duk diam. X leh gerak2. Ni tali dh lari sebab tula bacaan x betul. Pastu sy kata morfin ni tak berguna sebab sy rasa sakit. Nurse kata boleh tambah dose after 4 hour sebab bahaya utk anak kalu dose tinggi.

Jam 7 mlm labour room dh lengang semua org sibuk nak berbuka. Bila tgk mesin ctg still bacaan rendah walaupun contraction teramat sakit. Sy pun sruh suami cabut tali ctg. Sy bangun berdiri dan peluk suami. Bila sakit saya buat hip swaying. Bolehla melegakan sakit juga. Jam 7.30 sy dah terjerit marahkan morfin yg tak berguna. Kemudian sy rasa nak teran. Bila teran keluar kencing. Teran lagi keluar air kencing lg. Lepas tu dtg seorg nurse india lelaki " kenapa kakak?" saya kata sy dh sakit. " nanti sy panggil org dtg" nurse tu kata.

Pastu dtg 2 org nurse minta sy baring utk cek bukaan. Terus nurse tu jerit "fully dilate!". Ada dlm 6org yg menyambut sy beranak. Sy cuba utk bangun dr katil sebab sy rasa x tahan sakit bila baring. Tapi semua org pengang kaki n tangan sy x bg sy bangun. Dr kata " puan kene baring nnt puan jatuh" sy pun jawab " sy nak beranak bangun" dr. Pun cakap " x boleh puan nnt kalau pn jatuh luka macamana?" sy pun tak larat nk melawan kudrat 6 org. Terpaksa redha beranak baring. Dr. Try call dr. Roslan tp dr. Roslan x angkat telefon. Dr. Kata " takpela kita sambut jela. Team dr. Roslan meati tgh berbuka nih. "



1 comment:

  1. saspen kfiza bace pengalaman nana ni..seyes! berani nye nana, klo kfiza follow je advise doc,.....

    ReplyDelete