Friday, August 5, 2011

Beli Breastpum Yang best Buy

Ada member sy tanya apa Breastpump(BP) yang patut beli meaning best buy la kan?
Ada banyak jenis BP dan saya pun xdela pakar laktasi tu saya ada buat entry breastpump dari pakar laktasi hehe..

Cuma dari pengalaman saya dan apa yang saya dengar dari mmber dan baca dari internet bolehla saya guide sikit untuk beli n pilih breastpump nih.

Member saya tanya pasal medela swing.

1. medela Swing
*Single pump ----> perlu double time utk mengepam. 15minit sbelah, 15minit lg sebelah.
* Kecil dan ringan ----->Mudah dibawa ke mana2, beg bila berjalan pun kecik
*Elektrik-----> Kena cari plug point.
*Boleh pakai bateri tapi kena beli asing beltclip ---> Boleh mengepam sambil buat kerja lain spt masak, gosok baju, driving
*Ada massager ------> utk meransang LDR
*Meniru hisapan bayi ---> x sakit, tapi agak soft hisapannya. Ada orang kata lagi suka yang sedut kuat sikit. Kira medela ni sangat sesuai utk sensitive B la.
*Ada bunyi bising ------> bila berbunyi kita susah nak pump dekat partition office or tempat ramai orang. Tapi kalau pasang MP3 leh cover kot bunyinya.
*x berapa tahan lama ------> biasa after 2years dh kene g repair dll bergantung pd kekerapan mengepam. Brapa jam penggunaan _______ nnt sy cek.
*Range harga rm600-800
Sumber: http://www.pumps4mums.co.uk/medela_swing_breastpump.htm
  • With 2-Phase Expression

  • Small and lightweight - ideal for out and about

  • Gently massaging SoftFit Breastshield

  • Electric or battery-powered (requires 4 AA alkaline batteries)


  • 2. Spectra 3
    * Double pump ----> jimat masa mengepam 15 minit utk kedua belah B
    *Boleh buat single pump
    *Berat dan besar ------> Leceh bawa berjalan, perlu beg besar utk simpan pam
    *boleh backflow ---> wap susu/ susu boleh masuk ke pam melalui tiub merosakan pam/ berkulat. Boleh beli filter untuk elakkan backflow
    * Fully electric ------> Leceh kene cari plug/ soket letrik. kalau xde plug xleh pam susu.
    *Boleh beli cable letrik dlm kete cucuk dekat tempat rokok.
    * Meniru hisapan bayi ----> tapi kuat sikit daripada jenama medela.
    *Tiada massager ----> guna tangan utk massage B.
    *Paling senyap, tapi lama2 akan ada bunyi juga. G anta repair baru ok balik.
    *Spectra 3 x tahan lama, spectra 7 lg tahan lama. biasa after 2years dh kene g repair dll bergantung pd kekerapan mengepam. Brapa jam penggunaan _______ nnt sy cek.
    *Range harga RM300-rm400

    3. Medela Freestyle
    *Double Pump ----> Jimat masa mengepam
    *Boleh buat single pump
    *Kecil dan ringan ----> Mudah dibawa ke mana-mana, x perlu beg besar utk simpan pam
    *Rechargeable battery -----> Boleh mengepam sambil buat kerja lain spt masak, gosok baju, driving
    *Ada massager ------> utk meransang LDR
    *Meniru hisapan bayi ---> x sakit, tapi agak soft hisapannya. Ada orang kata lagi suka yang sedut kuat sikit. Kira medela ni sangat sesuai utk sensitive B la.
    *Ada bunyi bising ------> bila berbunyi kita susah nak pump dekat partition office or tempat ramai orang. Tapi kalau pasang MP3 leh cover kot bunyinya.
    *Tahan lama ------> Leh guna utk anak ke-2, ke-3. Brapa jam penggunaan _______ nnt sy cek.
    *Range harga rm1200-2000. Kalau x mampu byr segedebuk, leh buat kutu medela freestyle. Cari pada blogger or "Kumpulan Ibu Menyusukan" di Facebook. Watchout!!!  Jangat kene tipu.
    * Ramai ibu jatuh cinta sebab boleh freestyle. Saya pun nak beli utk anak ke2 hehehehe
    Sumber: http://www.pumps4mums.co.uk/medela_freestyle_breastpump.htm
  • Hands-free accessories - provides the freedom for true pumping mobility

  • Rechargeable battery - allows for 3 hours of use per charge

  • Small and lightweight - can fit in the palm of your hand

  • 2-Phase Expression® technology proven to mimic a baby's natural nursing pattern and get more milk in less time

  • LCD screen, digital display

  • Memory button to save your most effective pumping pattern for ease and efficiency for the next pumping session


  • 4. Modu (Keluaran baru masih dlm proses Menambahbaik)
    Boleh tengok blog Sarakids
    * Double pump ----> jimat masa mengepam 15 minit utk kedua belah B
    *Boleh buat single pump
    *Berat dan sederhana besar ------> Leceh bawa berjalan, perlu beg besar utk simpan pam
    *Leh main 3 muzik mozart utk ketenangan ibu
    * Meniru hisapan bayi
    *Ada bunyi bising ------> bila berbunyi kita susah nak pump dekat partition office or tempat ramai orang. Tapi kalau pasang MP3 leh cover kot bunyinya.
    *Boleh cuci pam sekiranya ada backflow susu
    *Range harga RM400-rm600

    5. Ameda Lactaline (saya punya)
    *Double Pump ----> Jimat masa mengepam
    *Boleh buat single pump
    *Sederhana berat dan sederhana besar ----> leceh dibawa ke mana-mana, perlu beg besar utk simpan pam
    *6 biji battery AA-----> Boleh mengepam ditempat yang tiada plug. Bateri leh pakai seminggu.
    *Boleh beli cable letrik dlm kete cucuk dekat tempat rokok.
    *Tidak akan backflow ----> Ada diapghram menghalang susu / wap masuk ke tiub.
    *Ada cycle control utk massager ------> utk meransang LDR
    *Meniru hisapan bayi ---> x sakit
    *Ada bunyi bising sikit------> still boleh pump dekat partition office or tempat ramai orang.
    *Tahan lama ------> Leh guna utk anak ke-2, ke-3. Brapa jam penggunaan _______ nnt sy cek.
    *Range harga rm500-900.
    Nanti sy buat entry review Ameda

    6. Manual pump
    * Mudah dibawa kemana-mana ---> ringan dan kecil
    *Guna tangan ---> tak perlu caj bateri or plug point. Tapi lenguh giler tangan huhu
    * Boleh buat spare kalau pam letrik rosak or tertinggal di office.
    *Range harga RM80 -300
    * Medela harmony, suction lembut dan kurang lenguh tangan RM180-RM250
    *Unimom , RM80-130
    *Ameda, rm 60-100
    dll.

    Ada banyak lagi jenama. tapi yang selalu orang beli adalah yang di atas

    No comments:

    Post a Comment