Saya sekarang sedang mengkaji cara-cara beranak secara semula jadi (Natural Birth).
Setelah beberapa bulan membaca sumber dari internet, saya terjumpa rahsia besar iaitu Listen To Your Body.
Sebenarnya, saya dah gunakan teknik ni untuk TTC, percaya atau tidak, saya rasa teknik ni sangat berkesan untuk kita mengenali badan kita sendiri dan menyembuhkan diri supaya kembali berfungsi sepenuhnya.
Mungkin sukar untuk orang teknikal kerja Office macam kita ni nak faham dengan penggunaan istilah ni
" Listen to your body" ini adalah kita memerhatikan perubahan yang terjadi pada tubuh kita dan apa yang kita rasa. Sebenarnya kita jarang perasan benda ni kalau kita tidak cuba memahami istilahnya.
Pada saat saya ke Homopatie Dr. Hassan, saya sudah faham sepenuhnya istilah "Listen To Your Body ini".
Dr. hanya melihat tangan dan kuku, sudah tahu kesemua penyakit dalam badan kita. Dan sangat tepat tau.
Dr. cakap, Rambut gugur dan berkelumumur bermakna dinding rahim tidak kuat. Stress yang berlebihan menyebabkan dinding rahim menjadi tegang maka janin susah nak menempel.
So, bermula saat itu saya faham badan kita sentiasa menunjukkan tanda2 penyakit zahir yang sebenarnya menunjukkan masalah dalaman iaitu badan tidak berfungsi dengan betul. Tetapi disebabkan kita tidak tahu mengenai teknik " Listen to your body" maka kita fikir rambut gugur dan berkelumumur ini disebabkan pakai tudung, kulit kepala jadi tak kuat sebab tak bernafas. haahaha... lari jauhkan maknanya.
Kalau kita sentiasa peka dengan tubuh kita, kita akan tahu bila sebenarnya Ovulation berlaku. Kita dapat rasakan sedikit krem di bahagian kiri atau kanan perut yang menunjukkan telur ovum keluar dari ovari kanan atau kiri.
Lelaki juga sama. Sekiranya didapati tubuh selalu letih, tidak mempunyai stamina. Suka mengantuk ini menunjukkan badan tidak berfungsi sepenuhnya. Sperma yang dihasilkan akan lemah dan tidak mampu berdaya saing untuk masuk ke dalam Ovum.
Apabila kita sudah faham istilah Listen To Your Body ini In Shaa Allah, kita dapat makan dan amalkan cara hidup yang sihat supaya badan kita berfungsi dengan betul. Ia juga dapat diaplikasikan kepada semua masalah kesihatan kita. samaada menyusu badan, TTC atau nak beranak secara semula jadi.
Selamat Beramal :)
No comments:
Post a Comment