Sunday, March 24, 2013

Bercuti ke krabi part 1

Hari tu dapat beli tiket air asia murah. Pergi n balik 4org rm460.00. Alhamdulilah, walaupun unplanned, duit pun takde, but we manage to have our 2nd babymoon. Kitaorang pergi island hopping n naik gajah. Nasib baik sempat pergi sbelum beranak. Jaga anak sorang pun dh terhuyung hayang huhu. Ramai yg honeymoon n anniversary kat sini tinggalkan anaknya di malaysia. And i definitely will come backto krabi for our anniversary. Kat sini best sebab mudah nk cari makanan. Pulau yg cantik and ramai yg faham bahasa kelate hehe. Kalu kecek bahasa kl dorang tak faham. Waktu kitaorg g ni tgh high season so harga hotel sgt mahal. Utk 3mlm hotel habis rm480.00 without bekfes huhu. Eventhough kitaorg duk hotel yg owner islam tp tula bekfes utk 1orng rm25.00. Kalu darab 3hari darab 3 org dh jadi berapakan. So kitaorg bekfes pancake ajerla. Nnt sambung tour package plak ek.

Wednesday, March 20, 2013

Birthing and protect the perineum

Great article for mother to study their birth and protect perineum from tear. Just breathe out the baby.

http://thejoyofthis.com/2013/03/15/birth-sensations-and-protecting-the-perineum-through-it-all/

Monday, March 11, 2013

Prevent tearing or episiotomy

Rujukan: http://mynaturalchildbirth.org/prevent-tearing/

1. stay super hydrated in order to keep your tissues healthy and to help your body with the elasticity. So  drank a lot of water.
2. get enough of the right stuff: protein, vitamins, and what they call short-chain fatty acids, the “good fats”
Good Fat Sources:  Avocado, nuts, seeds, beans, cold-pressed oils and fish such as salmon and tuna.
Vitamin E Sources: (at least 1,000 mg per day) Wheat germ oil, wheat germ, sunflower seeds, almonds, pecans, safflower oil, peanuts, corn oil, soybean oil, and lobster.
Vitamin C: (very beneficial for tissue health, cellular integrity, elasticity and regeneration) Strawberries, oranges, grapefruits and other citrus foods.
Bioflavanoids: These are the compounds that make oranges orange, blueberries blue, and cherries red. Some foods rich in flavonoids are blueberries, cherries, citrus fruits, pears, grapes, cabbage, legumes, plums, and onions.
3. perineum massage! This is the process of actually sticking your (or your partners fingers) inside of your yoni and gently stretching it using a certain massaging technique. You do it every day of your last month of pregnancy and it’s supposed to make your tissues uber stretchy so that when your baby’s head is crowning you won’t tear or have any need for an episiotomy.

Tuesday, March 5, 2013

Usaha Hamil dengan Homeopathy

Salah satu usaha saya untuk hamil adalah mencuba perubatan homopatie. Klinik Doktor Hassan untuk rawatan homeopathy. Senang jer nak cari, dekat dalam PKNS Bangi, naik escalator tingkat 3 ada kat sebelah escalator jer klinik nya. Saya dapat tahu tempat ni daripada ratu hati forum. Lepas jer baca review daripada Mama Jay terus saya buat keputusan untuk cuba rawatan ini. Kot2la ada rezeki saya. Mungkin tak berjaya, tapi mungkin berjaya? Wallahu'alam

Sebenarnya dulu masa tingkatan 2 sy dh pernah ke homoepathy di temerloh sebab period keluar melebihi 1bulan. Saya pun tak percaya dengan ubat manis2 tu, tapi dengan izin Allah period saya kembali normal. dan tak perlu jumpa doktor lagi. So utk rawatan kehamilan ni, saya yakin pasti ada khasiat daripada ubat manis-manis itew.

Masa sampai adalah jam 11pg. Ramai juga orang tunggu. sempatla dengar org bersembang. Suami saya sembang dengan sorg pak cik dari bentong. Pak cik tu kata hari tu ramai org sebab dr. Hassan yg incharge. Ada dr. lg sorang tu biasa tak ramai org. So kalau korang nak pergi better telefon dulu tanya bila dr. Hassan ada. Kira org lebih percaya pada Dr. Hassan berbanding doktor lg satu tu.

Masa menunggu tu punya la buat ayat nak cakap apa kat doktor? Saya nak hamil doktor boleh tolong saya?
hehe tapi Alhamdulilah, masuk jer bilik doktor tak yah cakap apa pun. Doktor sruh duduk dan letak tangan atas meja. doktor terus menganalisis masalah kesihatan saya dengan menyebut 10, 20, 30% dll.

Doktor ni takde pegang2 badan kita pun. Dia cuma tengok tangan jer. Semua penyakit saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dia tau. Cara hidup pun dia tau. Sangat kagum dan pelik. Saya macam tak percaya sehinggalah saya google. Rupanya memang boleh baca penyakit melalui tangan kita.

Doktor kata rahim saya tidak tersumbat, cuma dinding rahim tak kuat. Suami saya pula, mempunyai sperma yang tidak aktif disebabkan cara hidup yang makan, tdo dan kurang bergerak. Sebab suami saya waktu tu buat PHD di rumah sahaja. Kerja rumah pun semua bibik buat. So memang waktu tu suami saya sangat jarang keluar rumah.

Alhamdulilah, selepas sebualan mengamalkan nasihat doktor, ubah cara hidup, ubah pemakanan dan makan ubat Homopatie, saya berjaya hamil. Tapi sebelum berjumpa doktor, saya telah pun mencuba usaha hamil yang lain. Mungkin perubatan homopatie ini atau mungkin usaha hamil yang lain yang membuatkan saya berjaya hamil. Tapi tak salah kalau kita mencuba kan?

InsyaAllah. kalau ada rezeki, akan dipermudahkan segalanya.

Penyakit fizikal berpunca dari masalah dalaman

Sebenarnya semua penyakit fizikal ni berpunca dari masalah dalaman. Eventhough kita guna macam2 utk luaran, tapi kalau kita tak ubati yg dalaman tak guna juga. Saya dapat tahu perkara ni dari doktor homopatie.

Doktor cakap ramai orang sapu ubat dan pencuci macam2. Walhal, yang diluaran itu sebenarnya petanda masalah dalaman. Oleh itu kene kenali sistem edaran darah kita, pemakanan dan kecergasan badan kita. Contoh macam saya eczema, gatal2 kulit. Sebenarnya saya ada masalah ginjal. Ginjal tak dapat menghadam protin yg terlalu banyak menyebabkan protin keluar melalui kulit. Kalau saya sapu ubat, memang boleh baik tapi gatal2 akan naik balik jika saya tak jaga ginjal saya. Oleh itu, cara yang terbaik adalah elakkan makanan berprotin tinggi seperti seafood. soya dll serta minum air kosong banyak dan buah-buahan untuk menjaga ginjal saya.

Semasa saya berjumpa dengan Doktor Homopatie tersebut, doktor bertanya adakah rambut saya selalu gugur dan berkelumumur. Saya kata yer. Saya fikir mungkin rambut saya dah tak serasi dengan syampu yang selalu digunakan. Namun doktor kata masalah rambut adalah berkait rapat dengan rahim perempuan. Doktor kata dinding rahim saya tak kuat dan tegang menyebabkan peredaran darah dan oksigen ke bahagian rahim berkurangan. Itu adalah salah satu faktor menyebabkan benih susah nak lekat pada dinding rahim. Doktor kata ini bukan masalah syampu. Kene ubatkan bahagian rahim dulu baru rambut jadi elok. Alhamdulilah, apabila saya kurangkan stress, minum air pati delima ghulsan dan berpantang proses food, rambut saya dah tak gugur dan berkelumumur. Dan sebulan selepas itu saya berjaya hamil.

Mungkin ada orang yang tidak percaya akan perubatan homopatie. itu terpulang pada penilaian masing2. Namun saya tetap berharap agar semua orang perlu sedia maklum bahawa penyakit fizikal itu sebenarnya berpunca dari masalah dalaman.