Sebenarnya semua penyakit fizikal ni berpunca dari masalah dalaman. Eventhough kita guna macam2 utk luaran, tapi kalau kita tak ubati yg dalaman tak guna juga. Saya dapat tahu perkara ni dari doktor homopatie.
Doktor cakap ramai orang sapu ubat dan pencuci macam2. Walhal, yang diluaran itu sebenarnya petanda masalah dalaman. Oleh itu kene kenali sistem edaran darah kita, pemakanan dan kecergasan badan kita. Contoh macam saya eczema, gatal2 kulit. Sebenarnya saya ada masalah ginjal. Ginjal tak dapat menghadam protin yg terlalu banyak menyebabkan protin keluar melalui kulit. Kalau saya sapu ubat, memang boleh baik tapi gatal2 akan naik balik jika saya tak jaga ginjal saya. Oleh itu, cara yang terbaik adalah elakkan makanan berprotin tinggi seperti seafood. soya dll serta minum air kosong banyak dan buah-buahan untuk menjaga ginjal saya.
Semasa saya berjumpa dengan Doktor Homopatie tersebut, doktor bertanya adakah rambut saya selalu gugur dan berkelumumur. Saya kata yer. Saya fikir mungkin rambut saya dah tak serasi dengan syampu yang selalu digunakan. Namun doktor kata masalah rambut adalah berkait rapat dengan rahim perempuan. Doktor kata dinding rahim saya tak kuat dan tegang menyebabkan peredaran darah dan oksigen ke bahagian rahim berkurangan. Itu adalah salah satu faktor menyebabkan benih susah nak lekat pada dinding rahim. Doktor kata ini bukan masalah syampu. Kene ubatkan bahagian rahim dulu baru rambut jadi elok. Alhamdulilah, apabila saya kurangkan stress, minum air pati delima ghulsan dan berpantang proses food, rambut saya dah tak gugur dan berkelumumur. Dan sebulan selepas itu saya berjaya hamil.
Mungkin ada orang yang tidak percaya akan perubatan homopatie. itu terpulang pada penilaian masing2. Namun saya tetap berharap agar semua orang perlu sedia maklum bahawa penyakit fizikal itu sebenarnya berpunca dari masalah dalaman.
GOOD INFO.
ReplyDelete