Tuesday, March 5, 2013

Usaha Hamil dengan Homeopathy

Salah satu usaha saya untuk hamil adalah mencuba perubatan homopatie. Klinik Doktor Hassan untuk rawatan homeopathy. Senang jer nak cari, dekat dalam PKNS Bangi, naik escalator tingkat 3 ada kat sebelah escalator jer klinik nya. Saya dapat tahu tempat ni daripada ratu hati forum. Lepas jer baca review daripada Mama Jay terus saya buat keputusan untuk cuba rawatan ini. Kot2la ada rezeki saya. Mungkin tak berjaya, tapi mungkin berjaya? Wallahu'alam

Sebenarnya dulu masa tingkatan 2 sy dh pernah ke homoepathy di temerloh sebab period keluar melebihi 1bulan. Saya pun tak percaya dengan ubat manis2 tu, tapi dengan izin Allah period saya kembali normal. dan tak perlu jumpa doktor lagi. So utk rawatan kehamilan ni, saya yakin pasti ada khasiat daripada ubat manis-manis itew.

Masa sampai adalah jam 11pg. Ramai juga orang tunggu. sempatla dengar org bersembang. Suami saya sembang dengan sorg pak cik dari bentong. Pak cik tu kata hari tu ramai org sebab dr. Hassan yg incharge. Ada dr. lg sorang tu biasa tak ramai org. So kalau korang nak pergi better telefon dulu tanya bila dr. Hassan ada. Kira org lebih percaya pada Dr. Hassan berbanding doktor lg satu tu.

Masa menunggu tu punya la buat ayat nak cakap apa kat doktor? Saya nak hamil doktor boleh tolong saya?
hehe tapi Alhamdulilah, masuk jer bilik doktor tak yah cakap apa pun. Doktor sruh duduk dan letak tangan atas meja. doktor terus menganalisis masalah kesihatan saya dengan menyebut 10, 20, 30% dll.

Doktor ni takde pegang2 badan kita pun. Dia cuma tengok tangan jer. Semua penyakit saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dia tau. Cara hidup pun dia tau. Sangat kagum dan pelik. Saya macam tak percaya sehinggalah saya google. Rupanya memang boleh baca penyakit melalui tangan kita.

Doktor kata rahim saya tidak tersumbat, cuma dinding rahim tak kuat. Suami saya pula, mempunyai sperma yang tidak aktif disebabkan cara hidup yang makan, tdo dan kurang bergerak. Sebab suami saya waktu tu buat PHD di rumah sahaja. Kerja rumah pun semua bibik buat. So memang waktu tu suami saya sangat jarang keluar rumah.

Alhamdulilah, selepas sebualan mengamalkan nasihat doktor, ubah cara hidup, ubah pemakanan dan makan ubat Homopatie, saya berjaya hamil. Tapi sebelum berjumpa doktor, saya telah pun mencuba usaha hamil yang lain. Mungkin perubatan homopatie ini atau mungkin usaha hamil yang lain yang membuatkan saya berjaya hamil. Tapi tak salah kalau kita mencuba kan?

InsyaAllah. kalau ada rezeki, akan dipermudahkan segalanya.

2 comments: