Monday, December 30, 2013

Homebirth vs kepakaran doktor 3

Sambungan....

Saya mengikuti perbincangan dalam group gentle birth dan homebirth. Memang dlm group ini telah diberi arahan kepada ahlinya supaya menambahkan ilmu dgn banyakkan membaca, hadir ke kelas dan rujuk ke hospital sekiranya ada masalah. Tetapi ramai yang mengambil jalan mudah dengan bertanya melalui comment. Admin2 sentiasa mengingatkan supaya baca jangan ikut apa org kata or trend. Saya jarang comment kerana saya pernah dikatakan tanya soalan bodoh dlm group homebirth. Yer, ibu2 dlm group homebirth ini memang tidak suka soalan simple yang menampakkan org itu tidak membaca dan kurang ilmu. Tapi saya positifkan diri. Kalau nak tuntut ilmu kene bersabar dan sentiasa merendah diri. Oleh itu sebelum komen sy akan membaca terlebih dahulu. Sekiranya tidak mendapat jawapan baru saya bertanya.

Semakin hari kandungan semakin membesar.

No comments:

Post a Comment