Monday, December 30, 2013

Homebirth vs kepakaran doktor

Baru-baru ini timbul isu kematian seorang ibu yg meninggal kerana homebirth(hb), namun bayi tersebut selamat. Terbuka mata pelbagai pihak para doktor, para hb, para doula dan ibu2 @pesakit. Terdapat pelbagai reaksi daripada masyarakat. Para doktor marah dan musykil kenapa ibu tersebut sanggup membahayakan nyawa utk beranak di rumah sedangkan semua kelengkapan perubatan lengkap di hospital. Para hb pula bersedih kerana niat suci mereka di persalahkan menjadi niat kejam kerana cuba membunuh diri dan membunuh kandungannya. Para doula pula bersedih kerana dipersalahkan dan dituduh bersubahat dgn ibu itu utk bertindak kejam. Manakala para ibu pula berasa marah kerana tindakan ibu tersebut yg pentingkan diri kerana takut ke hospital nyawa dipertaruhkan.

Pendapat saya pula, tindakan homebirth adalah tidak betul dan ada yang betul. Mungkin masyarakat kini perlu terima terdapat perubahan yang perlu dilakukan dalam kaedah melahirkan anak di malaysia. Ya, ayat mudah kalau tak suka perubatan di malaysia silalah beranak di negara luar.

Saya kagum dgn keperihatinan masyarakat kepada ibu tersebut bimbang sekiranya ibu2 mengandung meninggal ketika melahirkan anak di rumah. Tapi sedarkah kita sebagai masyarakat bahawa kita sedang cuba melawan takdir? Takdir yang mana telah tertulis sebagai qada dan qadar ibu tersebut telah meninggal syahid melahirkan anak. Ya mungkin anda fikir kalau ibu tersebut beranak di hospital pasti bayi tidak hilang ibunya. Pasti ibu tersebut akan selamat. Astaghfirullah, mohon tuan dan puan sedar siapa kita utk tentukan hidup mati seseorang? Beranak di hospital atau dirumah sama sahaja. Kalau Allah takdirkan mati, maka matilah manusia itu. Mohon tuan puan jgnlah salahkan takdir ibu tersebut dan menghukum suami dan doula yang terlibat.

Ramai doktor dan masyarakat yang tidak faham mengapa terdapat ibu2 di malaysia yang berani beranak dirumah? Saya juga begitu pada mulanya. Saya terkejut kenapa mereka boleh terfikir utk beranak di rumah sedangkan bantuan dan peralatan lengkap ada di hospital? Lama saya mencari ilmu dan cuba utk memahami pemikiran ibu2 ini. Saya bukanlah seorang graduan perubatan, sy di bidang pembinaan. Sukar untuk saya belajar ilmu perubatan dengan term saintifiknya yg terbelit lidah. Apabila saya masuk ke dalam group homebirth dan gentle birth barulah saya terjumpa kajian dan bacaan utk perubatan. Baru saya belajar bahawa beranak itu sebenarnya mudah dan indah. Bukannya kenangan paling mengerikan. Tanyalah semua ibu bagaimana pengalaman mereka melahirkan anak? Setiap anak beliau boleh ingat dan ceritakan terperinci perasaan beliau ketika melahirkan anak. Namun terpulang pada individu samada melahirkan anak adalah kenangan terindah atau trama atau satu tragedi mengerikan dlm kehidupan.

Anak pertama saya dilahirkan dalam keadaan saya kurang ilmu. Ya, saya ada ke kelas antenatal sebagai persediaan untuk melahirkan anak. Tapi keterujaan saya utk shopping barang anak yg comel2 adalah mengatasi semuanya. Sibuk memikirkan kelengkapan bayi sebagai persediaan untuk melahirkan anak. Kedangkalan ilmu perubatan menyebabkan saya hanya bergantung kepada Allah utk memudahkan kelahiran dan selamatkan saya serta anak. Juga saya bergantung kepada kepakaran doktor untuk membantu saya melahirkan anak. Alhamdulilah saya dan anak selamat dan sihat sempurna. Namun selepas itu saya merasakan saya takut untuk beranak. Sakitnya umpama nak mati. Luka di bawah menyebabkan saya sakit. Dan buasir saya yg mencurah-curah darahnya. Ya mungkin saya bodoh kerana takut untuk beranak. Ya Allah ampunilah diriku kerana bersikap zalim pada diriku sendiri.

Untuk anak kedua saya mula mencari ilmu untuk mengatasi rasa takut beranak saya, mencari kaedah untuk memudahkan kelahiran dan mengurangkan rasa sakit selepas beranak. Owh juga mahukan keadaan beranak yang terlindung dari pihak lelaki dan nurse yang baik2. Siapa yang suka dimarah dan dimaki ketika melahirkan anak.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment