Wednesday, August 10, 2011

Bengkak Susu hari ke-4

Huhu..... Ari tu masalah susu merundum, sekarang bila susu dah banyak bengkak susu la pulak.
Selalu saya kena bengkak susu sebab Skip sesi mengepam, tapi kali ni kene bengkak susu sebab pam separuh susu jer. Saya x kosongkan B betul2 huhuhu

Akibat daripada kemerunduman susu hari tu, saya dah rajin bangun malam2 utk pam susu. Tapi saya pam sebagai syarat jer. Bila dah cukup 3-4 oz, sy berenti dan trus sambg tido.

Selalunya kalau bengkak susu sebab skip pam ni, lepas urut dan pam susu bengkak dah hilang. Tapi Bengkak susu kali ni dah 3 hari x hilang2. Semalam g klinik, risaula jugak 2 hari tak hilang bengkak, nurse kata mungkin sebab kurang air jadinya darah x lancar mengalir. Setiap kali menyusu pastikan habis dikeluarkan.

Sumber: http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/08/atasi-masalah-bengkak-susu.html

Payudara bengkak adalah perkara semulajadi kerana banyak susu dihasilkan pada minggu pertama kelahiran. Bagaimanapun pembekalan (engogement) boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat.

Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis


Semalam Nurse tu tolong urutkan B, kurang sikitla bengkak tapi bila B penuh bengkak balik huhu.
Tips yang nurse bagi:

Rawatan untuk bengkak susu

1. Selalu urut membulat pada bengkak
2. Urut bengkak ketika menyusu / mengepam
3. Tuam dengan tuala rendam air suam panas utk melancarkan aliran darah.
4. Sikat B menghala ke N
5. Pastikan susu habis dikeluarkan
6. Semasa mandi, urut B dan keluarkan susu secepat mungkin.

Semalam dah rawat sikit, dah kurang bengkak. Tapi bila susu penuh mesti bengkak lagi. Jadi kene kosongkan B secepat mungkin. Wish me luck :)

2 comments:

  1. uiksss..dah pump pun bengkak lg ek? akak smlm pun bengkak giler, kat skolah x pump, balik dah lewat, sampai umah kul 4.mujur hadif minum banyak, lega giler..hihi

    ReplyDelete
  2. good luck nana... semoga cepat baik.. memang sakit biler B bengkak.. huhuhu...

    ReplyDelete