Monday, November 21, 2011

Memori setahun menjadi ibu

Alhamdulilah, syukur tidak terhingga kerana saya diberi peluang untuk menjadi seorang ibu. Sudah setahun saya menyusukan anak dan menjaga serta menyayangi anak ku.
Sesungguhnya, segala keperitan dan sakit semasa beranak itu terbalas dengan gelak tawa dan gelagat Yusuf. Mungkin pada ibu2 lain memandang rendah pada saya yg baru setahun jagung menjadi ibu. Tapi pada saya yg perangai macam kanak2 ribena ini, tersangatlah hebat utk membesarkan seorang anak huhu. Sehingga kini rasa macam tak percaya dah ada anak. Rasa macam teringin lagi nak melepak bersama kawan2.

Cabaran menjadi ibu adalah tersangat besar. Pada bulan pertama saya selalu merungut dan penat badan utk jaga seorang bayi. Alhamdulilah, suami sangat membantu. Kemudian bila ada bibik lagilah sangat membantu hehehehe

Apabila mempunyai anak, saya lebih menghargai ibu bapa. Saya faham akan kesusahan mereka sewaktu saya kecil dahulu. Dan sebenarnya mereka lebih susah berbanding keadaan saya. Sebut sahaja semua barang dan teknologi, saya akan beli. hahaha padahal tak guna sangat pun.

Cabaran pertama yang saya gagal adalah menyusukan anak. Saya terlalu cepat putus asa utk mengajar anak sy menghisap breast saya. Namun nasib baik saya cekal utk mengepam susu. InsyaAllah, saya akan berusaha menyusukan anak yg ke-2 dengan lebih baik.

Cabaran kedua adalah belajar menghandle bayi. Bayi menangis, colic, nak potong kuku baby, baby selsema, dan lain-lain. Yelah, saya memang tak pernah jaga newborn baby, so pengalaman memang 0. Tahap tension itu memang paling tinggi waktu baby menangis tak mau berenti. Owh tak lupa juga potong kuku sampai terkena isi huhu. Berdarah sikit.

Cabaran ketiga, terlalu banyak nasihat dan ajaran dari orang sekeliling. Ini memang susah, sebabnya kita dah baca banyak artikel but still it's only a theory. Orang tua berpengalaman biasanya ajarannya memang bertentangan dengan fakta masa kini, nak tak nak kita pun terpaksa try n error. Apa orang cakap yang baik kita cuba yang pelik2 tu kita senyum ajerla.

Kini Yusuf dah setahun, pengendalian bayi sudah berakhir. Kini tiba masa utk mendidik dan mengajar anak. Oh.... sungguh banyak yang perlu diperlajari. Menjadi seorang ibu mengajar kita mengendalikan hidup. Baik dari segi masa, duit dan komunikasi dengan orang sekeliling. But, the most important thing is sebelum kita mendidik orang, didiklah dulu diri kita. Anak2 adalah cermin perlakuan kepada ibu bapa. Sebab tula org dulu2 selalu pertikaikan "mak bapak ko dulu tak ajar ke?" Hah... memang kene batang idung sendiri la kan. Ibu bapa adalah idola kepada anak2. Saya ingin menjadi seperti barney yang selalu menceriakan dan menyayangi anak2.

Goodluck for me for another 50 years maybe huhu
Manjadi ibu yang terbaik

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete