Friday, December 28, 2012

Toddler Low HB (con't)

Selepas 3jam menunggu baru dapat cek darah Yusuf di HKL. Lepas tu kene tunggu giliran masuk bilik doktor pula. Doktor kata HB dah jadi 6. Tapi saya cuba bagi asid folik n iron dulu. Minggu depan datang balik tengok HB naik tak. Sebab anak puan dalam keadaan aktif lg. Cuma muka jer pucat. Saya pun tanya doktor adakah sebab sy fully bf menyebabkan anak sy low hb?

Doktor jawab:
"Apabila anak dah masuk setahun puan kene kurangkan susu. Sumber zat selepas 1 tahun adalah daripada makanan. Susu itu dah tak mampu memenuhkan zat kepada anak puan. Bangun pagi, jgn bagi anak minum susu. Kalau nk minum bagi air masak jer. Sebabnya kalau anak kita dah kenyang susu, nanti dia dah tak nak makan. Puan kene ubah persepsi puan, susu tu air jer sebenarnya. Selepas 1 tahun, anak puan perlukan makanan dan kurangkan susu. Susu yang berlebihan mengatasi makanan akan menyebabkan anemia. Tapi kalau puan atau ayah ada talasemia mungkin akan turun kepada anak juga"

Alhamdulilah, lega saya mendengarnya. Saya pun balik dan mengurangkan pencairan EBM. Tapi tula, anak tinggal dengan maid. Hrm... macam banyak bg susu jer. Minggu depannya saya ke HKL lagi. Cek darah dan didapati HB turun kepada 5. Waktu ni dah doktor perempuan macam senior sikit. Doktor kata Yusuf kene admit wad sebab dia takut ada organ dalam badan yang rosak sebab HB rendah. Doktor nak pantau.
Saya minta masuk ke private sebab leceh kalau duduk di HKL. So Doktor bagi surat refer ke hospital swasta.

Saya bawa anak saya ke KPJ Tawakal . Nasib baik leh guna insuran prudential anak saya. Tapi 2 jam jugakla nak tunggu pengesahan dari insurans tu. Anak dah meragam jer. Mula2 doktor ambik darah dulu, nak check detail darah.

Waktu ni agak leceh utk saya nak mengepam 3jam sekali. So saya redha ajer bawa susu tepung ducth lady. Namun bersyukur berjaya menyusukan anak genap setahun walaupun tidak secara direct feed. Lepas masuk wad, suami saya tunggu dulu, sy balik umah ambik barang n bibik. Bila dh sampai hosp anak sy tak duduk di katil pun. Asyik g playground ajer.

Yang lagi kelakar, anak sy ni tidur berbuai. So kitaorg akan tolak dlm stroller sehingga Yusuf tertidur. Guess what, anak saya tdo dlm stroller, sy tdo atas katil dan suami tido di katil tetamu. Hehehe. terkejut nurse ingatkan anak sy takde. So bila masuk wad tu, doktor tu tak buat apa pun. Even ubat pun dia tak bagi sebab dia nk tengok reaksi anak saya. Selepas 2 hari anak sy memang tidak duduk di katil langsung. Asyik ke playground ajer. So hari ke tiga result darah dah keluar. Doktor pun tak tau kenapa HB dia rendah.

Doktor kata:
" Sel pengeluar darah merah cukup, talasemia takde, anemia takde. Yusuf memang tiada masalah kesihatan. Dan waktu ni hb dia dah naik jadi 8. Alhamdulilah"

So doktor kata dia bagi vitamin ajer. Asid folik, iron, multivitamin appeton n apa ntah 1 lg. Setiap 2minggu kene checkup sebab nk cek keadaan Yusuf. Nasib baik treatment after warded boleh claim pada prudential. Ratus2 juga check up nya. Alhamdulilah, baru2 ni masa Yusuf 2 tahun HB nya dah 13. Saya rasa Yusuf ni bila nak tukar tahun memang akan demam la. Wallhua'lam.

Sehingga kini saya masih guna botol 5oz jer dan cuba bg makan bebanyak pada Yusuf. Multivitamin memang bagi tiap2 hari.

2 comments:

  1. Ada juga orang yang sama ceritanya dengan saya. Anak saya pun fully breastfeed. Pun hb dia rendah. Boleh detect sebab bawa ke hospital sebab demam on off. Plus batuk selesema berpanjangan tak baik2. Kena warded check darah, baru tau hb cuma 7.4. Doc monitor 3 hari, hb makin turun, terus masuk darah.

    No wonderlah anak selalu pucat aja.. kesiannn.. so sekarang dah 1 year, saya lebihkan makan nasi, di nursery minum formula (iron fortified), malam aja breastfeed. Alhamdulillah setakat ni selamat..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.yusuf dah sihat. anak saya pun dah ok. hb dah naik after makan acid folic+multivitamin+iron. aritu doc kata anak saya anemia. masa tu mmg fully bf.dah nak setahun.

    ReplyDelete