Tuesday, July 19, 2011

Ingat x saya baru menang GA mamaqaireen?


Ini adalah hadiahnya. Entry ni bukan nak cerita pasal kemenangan hadiahnya, tapi saya nak cerita detail kelebihan Set B ni kepada ibu2 menyusu.


Set B Shaklee :30 tabs of Vitalea/ Multivitamins 
30 tabs of B Complex 
30 tabs of Vitamin C 
60 tabs of Alfalfa

 
Tambah :
* 16 tabs of Ostematix/ Kalsium
* Jingle Jungle Breastmilk Storage Bags



sumber: http://mamaqaireen.blogspot.com/2011/02/bukan-sekadar-tambah-susu.html



Trial Pack Set B khas untuk breastfeeding mom adalah sememangnya kami susun bukan sekadar untuk menambah pengeluaran susu malah ianya adalah untuk kesihatan keseluruhan ibu dan anak. Saya lebih suka tekankan di sini bahawa, Set B lebih mengutamakan kualiti dan meningkatkan nutrisi dalam susu ibu berbanding sebagai milk booster. Set B menyediakan si ibu dan bayi dengan khasiat yang tidak ternilai. Jom ikuti penerangan lebih terperinci akan kebaikan setiap vitamin yang kami sediakan dalam set ini:

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan

b) B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam

c) Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

d) Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.(PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE)

Tentang tambah susu, ianya berkesan sekiranya si ibu mengamalkan tiga perkara berikut:
1- Doa dan zikir yang berterusan
2- Minum air 3 liter
3- Mengepam setiap 3 jam

Menjaga hubungan dengan Allah akan menjadikan urusan kita di dunia lebih mudah. Ia harus diutamakan dan kemudian barulah diikuti dengan usaha. Hati yang sentiasa yakin dengan Allah akan sentiasa tenang dan sabar.
Saya masih lagi belum menerima hadiahnya. sebelum kemerunduman saya dapat pam 4-12oz sekali pam. Selepas kemerunduman saya dapat hanya 1-5oz huhu....
So, kita tengok hasil eksperimannya.

No comments:

Post a Comment