Thursday, July 14, 2011

Sediakan EBM kepada pengasuh

Ada kawan saya tanya, macamana nak sediakan EBM kepada pengasuh.
This entry is dedicated for her :)
 
Entry ni sebenarnya copy dari blog lama. Tapi saya ada update sikit.
Sekarang dah ambik orang gaji. Tapi still berguna pada ibu2 yang ingin sediakan EBM kepada pengasuh.
 
 
Langkah pertama:
 
Kenali pengasuh anda.
Adakah dia pernah handle EBM?
adakah dia tahu cara yang betul untuk panaskan EBM?
Adakah dia rasa EBM leceh dan susah?
Bolehkah tumpung susu letak dalam peti sejuk?

Langkah kedua:
Sediakan manual pemanasan EBM:
1) Gunakan susu mengikut turutan nombor yang ditulis.
2) Cara panaskan susu yang betul (Rendam dalam air panas / guna warmer)
3)Beri susu pada anak mengikut jadual yang disediakan. Setiap 2jam / 3 jam bergantung pada kekenyangan bayi anda. Jadi jadual jam 8pg, 10pg, 12tgh, 2ptg, 4ptg, 6 ptg.

Langkah ketiga:
Berikan extra apa2 yang diperlukan untuk memudahkan pengasuh jika pengasuh anda jenis yang rasa leceh menyediakan EBM.
1) Botol untuk diminum secukupnya. Ada orang yang menggunakan botol mahal untuk menyusukan anak seperti tomitipi, avent dll. Jika anda tidak mampu sediakan banyak, Sekurang-kurangnya berikan 2 botol minum bagi memudahkan pengasuh membasuh dan keringkan botol.
2) Berikan warmer. Kelebihan warmer adalah mengesan suhu kepanasan susu. Jadinya, pengasuh anda dengan mudah hanya menekan on dan membiarkan susu sehingga bayi sedia minum. Kadang2 pengasuh leka menjaga anak lain, susu anak kita sejuk / panas main sumbat ajer.
3) Sediakan cooler beg untuk disimpan susu jika peti ais pengasuh anda selalu penuh or mengganggu.

Ini adalah rutin seharian masa saya hanta anak ke pengasuh dulu :)
1) Pam di office -kalau rajin 4kali jam 9pg, 12tghari, 2.30tghr, 5ptg
-kalau sibuk or malas 3kali jam 9pagi 12tgh, 4ptg

) Balik rumah masukkan dalam peti. Kuantiti susu setiap kali pam xdela banyak pun huhu, tapi saya rajin pam utk banyakkan susu. Bercampur dengan baki hari semalam.

3) Asingkan susu yang hendak dibekalkan kepada pengasuh. Susu yang terlebih2 simpan dalam deep freezer. 2 botol susu, spare takut keesokannya susu merundum. Jadi xdelah masalah susu x ckup. (Saya x pernah lg guna frozen ebm huhu)
4) Jika anda menggunakan frozen EBM, tuliskan nombor 1-3 utk frozen ebm bagi memastikan frozen ebm dihabiskan dulu. Kemudian fresh ebm tulis no4-6, kerana jika tidak habis diminum fresh ebm boleh disimpan dalam freezer atau digunakan esok hari.
 

5) Mula2 minggu pertama sy bg 6botol 3 Oz. Tapi pengasuh kata x ckup. Lepas tu sy bagi 7botol 3 Oz. Pengasuh kata "cukup2. Kalau nana balik lewat sikit mesti x cukup."
Jadinya minggu ke-3 saya bg 7 botol 4 Oz yang sejuk dan 1 botol susu fresh 4 Oz (8botol wehhhhh banyak tul anak aku minum)
 
6) Sukatan susu untuk anak minum nih, kita kene try dulu di rumah. Means, walaupun kita ada dirumah, test dulu jam 7pagi hingga 6petang berapa botol baby minum. Setiap baby berbeza bergantung kepada kekenyangannya. Tetapi standard bayi minum adalah 3oz setiap 2 jam.
 
7) jika anda jenis yang x percaya pada pengasuh, minggu terakhir sebelum bekerja, anda hantar anak ke pengasuh. Kemudian buat operasi terjah untuk cek betul x cara pengasuh handle ebm.
 
8) Hasil terjahan saya:
a) Pengasuh campurkan susu 2 botol 3oz jadi 6oz. dia buat penuh2 sebab malas panaskan banyak kali. Jadinya saya buat 4oz sebab dah macam banyak kan dlm 1 botol. Pengasuh pun x campurkan susu lagi.
b) Apabila baby menangis mesti dia sumbat susu. Sebabtula banyak sangat anak aku minum susu huhu. Padahal Yusuf ni jenis kene salin pampers selalu. Dia x suka basah2. Ni memang x dapat dielakkan sebab pengasuh jaga ramai budak. Asalkan anak aku x nangis xpela huhu.
c) Pengasuh bagi baby minum susu sejuk huhu patutla anak aku selalu selsema. Lepas bagi warmer baru x selsema dah.
 
 

4) Masukkan ke dalam cooler bag pengasuh dan office.

5)1icepack kt bawah, 1 icepack kat tepi, 1 lg icepack dekat atas(Sebab x muat nk letak kat tepi lg 1 huhu)
Letak puting siap2 sebab nnt senang pengasuh tu panaskan EBM
Kita nak mintak tlg orang, lg bgus kita mudahkan kerja orang kan. Kalau anda pkai frozen EBM sila letakkan nombor turutan supaya Frozen ebm dihabiskan dahulu kerana frozen EBM perlu dihabiskan dlm tempoh 24jam dicairkan, tapi fresh EBM boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3hari. Kalau lebih 3 hari masuk dalam deep freezer.
 
6) Siap di packing dan diulang keesokan hari
Hari sabtu, leh buat stok bebanyak sebab hari cuti rajin mengepam :)


7) Pengasuh buh dlm beg plastik (Saya bekalkan 100beg plastik bli kat tesco)
Semua botol akan kosong.
Kadang2 mcm pelik susu leh licin sebab kat umah Yusuf minum sikit jer susu.
Ke aku ada anak susuan? jeng jeng jeng
Balik rendam dengan sabun, sebelum tidur basuh dan jemurkan.
Kena rendam sebab kadang2 lemak susu lekat pada botol, kalau rajin sterilizekan tapi sy awal rajin sterilize sekarang dh malas huhu

4 comments:

  1. I also like. Sy memang tgh mencari sumber nak sediakan baby ke nursery ni. Thanks ye.

    ReplyDelete
  2. thanks for the info..:)

    ReplyDelete
  3. Suka la. Trima kasih ye... :-)

    ReplyDelete