Wednesday, November 23, 2011

Perlukah menjadi EP Mom?

Sekarang ni, semakin ramai pula ibu2 yang menjadi EP Mom. Adakah ini trend atau memang si ibu terpaksa menjadi EP mom?

Jika trend bermaksud: Si ibu tidak berjaya menyusukan anak secara direct kerana anak tidak mahu hisap walaupun si ibu sudah berusaha.

Terpaksa: Si ibu terpaksa berpisah dengan anak samada masalah kesihatan atau berjauhan tempat tinggal.

Jika tanya saya kenapa sy menjadi EP mom, kerana saya terlalu cepat berputus asa mengajar anak menghisap cik B saya dan malu bertanya pada Lactation Counselor (slepas 3 bulan baru jumpa counselor). Saya telah berusaha namun tidak berjaya. Dan kini saya amat menyesal atas sikap putus asa saya dan sifat malu saya pada 3 bulan pertama.

Usahlah jadi EP mom, terlalu banyak kerugian yang ibu dan anak akan alami. Yer, memang susu ibu lebih bagus dari susu formula, tapi direct feeding (DF) adalah lebih bagus dari Expressed breast Milk (EBM). Nasihat saya, tempoh 3 bulan pertama bertekadlah untuk menyusukan anak secara DF. Walau apa cara sekalipun ajarlah anak untuk menghisap cik B.

Apakah kerugian melalui EBM?
1. Vitamin C dan sesetengah nutrien dalam susu ibu cepat hilang apabila dipanaskan. Untuk memastikan bayi mendapat sepenuhnya khasiat susu ibu, adalah lebih baik memberikan fresh milk dengan segera. Sebabtulah lebih elok baby hisap direct dari ibu.
2. Bonding antara ibu dan anak serta emosi bayi. Pernah tak ibu jeles kalau tengok org lain rapat dengan anak kita? Yer, inilah kerugian yang paling besar. Emosi ibu dan bayi yang paling tenang adalah sewaktu menyusu. Hormon Oxcytocin juga adalah paling tinggi pada ketika menyusu. Baby terasa selamat apabila berada dalam dakapan ibu. Kalau anak kita main dengan org lain, tapi bila nak susu pasti anak kita akan cari ibu. Bahagianya.
3. Perkembangan pembesaran bayi lebih pesat ketika menyusu. Bayi yang disayangi akan lebih cepat membesar. Sentuhan kulit ke kulit, pandangan bayi pada si ibu, pergerakan bayi menyesuaikan kedudukan menyusu boleh membantu mempercepatkan perkembangan bayi.
4. Pengurusan dan pengendalian EBM melecehkan. Jika DF, ibu tidak perlu risau segala gadget2 seperti pam, cooler beg, botol dll. Bila nak berjalan kene bawa extra beg. Bila baby menangis nak susu kene pam dulu baru leh bagi susu. Bila bawa EBM dlm cooler beg nak kene cari pemanas pulak. Ergh... leceh giler. Tu belum hal nak membasuh, mengeringkan dan menyimpan pulak. Kalau DF kemana-mana sumbat ajer. Takder kes tertinggal corong pam, tertinggal puting susu.

Ada banyak lagi sebenarnya. Saya cuba cari balik sumber rujukan nya tapi tak jumpa pula. InsyaAllah kalu jumpa saya masukkan. Ini olehan saya yer, fakta ini memang dari artikel kajian yang pernah saya jumpa di internet. Cuma tak ingat laman web mana.

Breastfeeding vs. Bottle Feeding
http://www.pennmedicine.org/health_info/pregnancy/000112.htm
http://www.drkutner.com/parenting/articles/feeding.html

2 comments:

  1. Hi. Article yg bagus. Blh saya tau dimana Lactation Counselor? Saya juga mengalami masaalah yg sama.

    ReplyDelete
  2. Maaf lewat membalas. Boleh layari Malaysia Breastfeeding Peer Counselor ada senarai mengikut lokasi. Atau google klinik breastfeeding friendly. Yang saya pernah pergi adalah Klinik Dr. Koe di Puchong Jalan Klang lama

    ReplyDelete