Ni first time utk blog saya buat Give Away.
Harap2 mama Qaireen bagi saya menang, sebab saya dah lama teringin nak cuba makan shaklee ni, tapi nak membayar tu cam tercekik sikit.
Kenangan Sewaktu bersalin
12 nov (Jumaat): Ke office macam biasa. Breakfast. Still sakit contraction, bgtau officemate. Tapi officemate kata awal lagi. 3 minggu lagi due date 3 dis. Tengahari ke warehouse sogo sale, beli kuali, sebab pikir berpantang kena masak sendiri jadi harus ada kuali favourite. Masa kat warehouse x sakit, tapi bila lunch ngan husband rasa sakit sangat. balik office, malas nk siapkan kerja. Sebab pk ada 3 minggu lagi. Siapkan ari isnin, nnt xde keje plak, boring. Malam tu tengok tv, cakap kat mak dah rasa sakit perut. Mak kata xkan beranak awalnya. Mak lepas due date baru branak.
13 nov (Sabtu): Pagi masak lauk n nasi, masih rasa sakit. Terpaksa rajin buat kerja umah sebab nak hilangkan rasa sakit. kemas bilik baby n kemas beg hospital. Sebab rasa macam dah nak beranak ajer. Petang tu tengok ada lendir merah. mandi basahkan rambut (Orang kata senang beranak) n semayang Asar. Rasa sakit yang amat. Hati dah mula gabra. Baca surah maryam n doa selusuh. Minum air solat hajat dari kampung mertua. Semayang Maghrib. Trun makan nasi n kari daging mak masak. Nasib baik pakai pad, tengah makan air ketuban kuar. Cakap kat husband, malam ni kalu dah rasa sakit sangat baru kita g hospital ek. Husband sruh g sekarang. Saya x nak sebab takut duk hosp lama2. Tambah 1 pinggan nasi lg sebab takut terberanak. Keluar lagi air ketuban. Cakap kat husband, nape x rasa sakit? xpe mlm ni saya kejut awak kalu sakit. Tapi bila bangun dari kerusi, rasa macam air paip yang laju giler. Sayang kita kene g hospital jugak!!!
Sayang panik, dia cepat2 kemas beg dia n trus nk g hosp. Saya kata, awak naik smayang dulu, xper sy x sakit lg. Cewah tetiba cool n x panik langsusng :) masuk toilet nak gosok gigi, tapi husband dah simpan brus gigi n pencuci muka dlm beg hospital. Dia kata " X payahla gosok gigi, dah nak beranak kan?" huhu dlm hati saya" nanti mulut berbau huhu" Mak ketuk pintu, jom ke hospital. Jap nana tengah pikir nak pkai baju apa. Mak bising "Allah, x payah melaram. Pakai baju mengandung tu, bawa kain batik 2 helai." Kul 10 mlm, gerak ke Hospital Selayang terus kena masuk wad sebab dah buka 3cm. Sementara tunggu katil, sempat bergelak ketawa tengok cerita "Semua nak A jer" lakonan Nabil. Pastu, jam 12 malam duduk dalam wad sorang-sorang menahan kesakitan huhu.
14 nov (Ahad): Jam 2 pagi masuk labour room, waktu ni memang dah x tahan sakit, menjerit-jerit sampai kene marah dengan nurse. Lepas tu muntah 2 pinggan nasi kari daging huhuhu. Buat penat je makan banyak2. Doktor bagi pedithine 100ml, saya dapat tido dengan lena. Tapi bila bacaan ctg lebih 170 saya akan terbangun dan menjerit "Adoi....Adoi" pastu tido balik. Terbangun lagi "Ya Allah, sakitnya" pastu tido lagi. Jam 4pagi saya bangun tidur dan menjerit "nak teran... nak teran!!!" Doktor pun buat persediaan dengan kalut. (Dijangka bersalin jam 6pagi sebab anak sulung biasa lambat)
Akhirnya lahirlah Mohd Hakim Yusuf pada jam 4.30 pagi.
Bila terkenang saat ini, ibu memang asyik gelak jer sebab x sangka beranak awal 3 minggu dari tarikh due (sempat g shopping warehouse sogo tuh) lagi satu menjerit-jerit pastu tidur pastu bangun jerit lagi pastu sambung tido lagi. Haha dah kene cucuk ubat kan.
Jom kita share kenangan bersalin. saya tag:
Mastura
Fiza Arshad
hahahaha..lawaklah awak ni..sempat lagi nk gosok gigilah..nak pakai cantik2lah..hahahaha....
ReplyDeleteadoi..sakit perut saya baca cite awak..kekeke..cite ni mmg lain dr yang lain ni!saya suka ^_^
lupa nk tanya..dh jadi follower dilla ke belum ni?? >_<
ReplyDeleteDah jadi follower, tp xde gambo punya orang. Cari nama Anan :)
ReplyDeletenana nana... aku masih teringat ko citer kt aku dlm fon... mmg gelak2 laaaa....
ReplyDeletenih baca lg sekali aku gelak lg.. jgn aku nk bersalin cam ko nt dah la yer... hahahahah...
dr2 saya nk bersalin!!!
Alhamdulillah..awak adalah pemenang 1st GA di mamaqaireen.blogspot.com....congrats!!
ReplyDeletesila beri :
nama penuh, alamat, no.hp & emel dkt fb dilla ^_^