Lilypie - Breastfeeding

Wednesday, June 22, 2011

Kejayaan bermula dari kegagalan

ADAKAH ANDA BERANI HADAPI KEGAGALAN???

Hari ni kita bermotivasi sket.
Dari penceramah bebas yang x diiktiraf tapi suka hati nak bg motivasi kat orang hahaha. Sayalah tu.

Dalam hidup anda berapa kali anda gagal?

Saya pernah gagal mendapat full A dalam SPM
Pernah gagal mendapat 1st class degree
Pernah gagal dalam interview kerja gov
Pernah gagal menjadi seorang kekasih yang menjadi pujaan hati jejaka
Pernah gagal menjadi ibu yang sempurna
Pernah gagal Memberi penyusuan exclusif pada anak
Pernah gagal menasihati orang
Pernah gagal mengawal kemarahan berdepan dengan adik beradik
dan macam-macam lagilah

Bagai mana cara anda meratapi kegagalan anda?
  1. mula2 mestila nangis dan mempersoalkan kenapa? mengapa aku yang gagal?
  2. Kenalpasti punca kegagalan (Cari alasan sedapkan hati) -  keadaan sekeliling x memberansangkan, kurang sokongan orang sekeliling, cikgu dan lecturer ajar ntah apa2, Hidup ni memang banyak masalah!!!
  3. Sudah, buang segala alasan-alasan semata-mata nak sedapkan hati tuh. Mari kita muhasabah diri. Usaha perlu lebih, tambahkan ilmu di dada, cari kelemahan diri dari segi perangai dan tingkah laku, Bersabar dan pohon keampunan pada Allah.
  4. Kenalpasti cara nak hadapi kegagalan - Berdoa pada Allah supaya diberi petunjuk, cari hikmah tersembunyi pada kejadian yang berlaku, segera meminta maaf pada orang yang terkena tempias akibat kegagalan kita, Minimakan kesan kegagalan dengan melakukan alternatif membaiki kesilapan.
  5. Bangun dari perasaan kegagalan. Kejayaan bermula dari kegagalan. Belajar perbaiki kelemahan dan kesilapan yang menyebabkan kegagalan.
  6. Jangan ulang kesilapan dan kelemahan yang sama.
  7. Cuba cara lain dan jangan sesekali putus asa. Anda jangan pula takut utk terima kegagalan lagi. Anggap jer kegagalan tu asam garam hidup. kalau jatuh, kita bangun balik. kalau malu, kita cover la malu tu dengan kejayaan kita yang lain. Perjalanan hidup ini masih panjang. Perasaan malu, sakit hati, berdendam, miskin papa kedana itu semua sifat kesukaan  syaitan. jauhkan dari sifat2 itu.

Tidak perlu kita meratapi kegagalan yang hanya berlaku beberapa jam tapi perasaan melayan kegagalan tu berhari-hari. Nanti kekawan/pasangan  pun naik bosan dengan kita sebab asyik merungut, asyik nak marah, asyik terasa hati, asyik membebel. 1 - 2 hari ada ler orang sanggup dengar, sanggup pujuk. Tapi kalu dah tiap2 hari selama sebulan haihhhhhhh.

Sudah.... buang jer perasaan -ve tu semua. Bina perasaan positive. Baru la law of attraction dapat dipraktikkan.

Apa itu law of attraction? nanti saya bg roti basi motivasi yang lain ek

No comments:

Post a Comment