Tuesday, October 18, 2011

Flat or Inverted Nipple

Seperti yang sedia maklum, saya memang Pumping Breastmilk sahaja daripada Yusuf umur 2hari. Ini adalah kerana saya adalah Flat Nipple(Cik N). Wokeh, pada ibu2 baru mesti macam x perasan perkara ni. Tapi memang menjadi punca utama kegagalan Breastfeeding selain masalah kedua keyakinan diri.

Apa masalahnya kalau Flat or inverted cik N ?
First of all, sudah tentulah baby susah nak hisap. Sebab Cik B terlalu lembut dan mulut baby kecik. Bila baby nak hisap asyik terkeluar ajer dari mulut baby. Apatah lagi nak buat proper latch kan? huhu

Memang tak boleh susukan anak ke kalau Flat or inverted cik N?
Boleh, tapi kene ada teknik dan berusaha lebih dari orang lain.
Cara pertama: Ni yang saya belajar dari klinik Dr. Koe (Sesuai utk baby 3bulan ke bawah)
1. Bedung baby ketat2 supaya mudah kita memegang dan handle baby.
2. Baby perlu dalam keadaan tenang lebih baik waktu tengah mamai bgun tidur.
3. Ambil syringe dan isikan ebm ke dalam syringe. (Minta suami standby ditepi)
4. Geselkan cik N pada mulut baby sehingga baby tenganga-nganga.
5. Sepitkan Aerola guna jari telunjuk dan jari hantu supaya Cik n muncung dan baby dapat menangkap Breast  ibu.
6. Minta suami alirkan susu ke atas breast pastikan mengalir masuk ke mulut baby.
7. Apabila baby mula menghisap sumbatkan sebanyak mungkin kawasan hitam (aerola) ke dalam mulut baby. Tolak sedikit demi sedikit ke dalam mulut baby. Dalam masa yang sama, suami masih mengalirkan ebm dr syringe ke Breast ibu.
8. Jika gagal, berehat sebentar ibu, ayah dan baby perlu bertenang dan ulang lagi sehingga berjaya.
9. Elakkan penggunaan botol dan puting. Susukan anak menggunakan syringe / sudu / cup feeding.

 Cara kedua: Guna Nipple Shield jenama Mam / Medela
Cara ni x berapa digalakkan sebab lebih kurang macam puting juga. Tapi kalau kita beli jenama mam / medela ianya lebih bagus sebab lembut dan rasa seperti breast.
1. Bedung baby. Pastikan baby dalam keadaan tenang.
2. letak sedikit EBM pada breast shield.
3. Kemudian latchkan mulut baby.


Macam mana nak atasi masalah ni?
Dari ketika kita sedar masalah ini, samada sebelum berkahwin atau semasa mengandung kita sudah perlu mengambil langkah segera. Antaranya adalah menarik cik n picit2 secara lembut semasa mandi.
Boleh beli Nipplete, Soft Shell dan supple cup. Breastpump boleh menarik nipple tapi kurang sesuai sebab boleh menyebabkan contraction. Paling murah, pergi ke klinik minta syringe yang dipotong bahagian bawah kemudian tarik cik n guna syringe di bahagian atas yang tidak dipotong.

Berkesan ke Nipplete, Soft Shell dan supple cup ni?
Saya memang menggunakan soft shell semasa pregnan 6bulan dulu. Pakai pada siang hari bawah bra. Tapi waktu tu x tahu lagi pasal supple cup. So guna soft shell sahaja x berkesan. Masa saya beranak, masih lagi Flat nipple. Untuk anak ke 2 ni InsyaAllah sy akan cuba supple cups. (Berkobar2 nak direct feed anak ke-2 hehehe). Nipplete/Syringe dipotong pula bergantung pada orang, ada yang berkesan ada yang sekejap jer cik n keluar pastu tenggelam balik. Walaupun saya sudah 11bulan guna breastpump, Cik N keluar tapi sikit sangat. Saya rasa mungkin masih susah utk susukan anak nanti. Supple cup macam berkesan... rasanyalah.

Apa-apapun, menyusu anak sebenarnya mudah, tapi kita kini dah set mind susah dan x reti sebab anak 1st. Itu semua alasan. Carilah ilmu banyak2, bersabarlah sebab tidak semua orang jalannya mudah, bertanyalah pada orang yang pakar seperti (doktor laktasi/ Lactation Councelor). Jangan malu2 macam saya huhu dah 3 bulan baru nak g jumpa org. kan dah kene mengepam ajer kerjanya hahaha

3 comments:

  1. slm sis.bekesan x supple cup tu? sy pun ade msalah sama.

    ReplyDelete
  2. slm sis.bekesan x supple cup tu? sy pun ade msalah sama.

    ReplyDelete
  3. hi, supple cups boleh di dapati di Nipple Saver

    ReplyDelete