Sumber:http://kisahidupsayaharihari.blogspot.com/2011/10/petua-untuk-bergaul-dengan-orang-yang.html
Cara yang baik mesti kita segera lakukan jika kita membenci seseorang
1 ) Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak, mohon ampun pada Allah s.w.t. sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan berasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari.
Allah s.w.t. tidak suka orang yang benci-membenci. Kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda. Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.
2. Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda, sebab anda ada aura yang menyenangkan. Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda. Aura terbit dari minda tanpa sedar yang dipengaruhi oleh hati dan fikiran anda.
Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang dengan sesiapa sahaja. Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang itu akan benci anda.
Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tidak semena-mena. Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua itu timbul secara tiba-tiba. Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Inilah sebab kenapa anda perlu belajar bagaimana melembutkan hati.
Jangan sesekali buat orang benci walaupon sebesar mana dia buat kita benci . Maafkan seseorang walaupun sudah sejahat mana dia lakukan pada kita .
hello dear !!! nice blog..
ReplyDeleteapple ada benci sseorang..apple pernah maafkn dia..tapi,dia mcm tak ikhlas je nak trima kemaafan dri apple..slepas selang bberapa minggu,prangai dia blik lg mcm dlu..dan itu sngat2 mluatkan..so apple biarkn je lar...janji tak kcau hdup dia..^^
ReplyDeleteapple dah follow sni...
thanx sudi follow blog apple..:)
Marilah kita muhasabah diri setiap malam sebelum tido..make it as routine and it will give you happiness.InsyaAllah..:)
ReplyDeletesalam kenal kak :)
ReplyDeletehati kena selalu bersih baru hidup ceria :)
terima kasih singgah blog saya.
ReplyDeletesaya kalau nak iklas maafkan orang memang memakan masa yang lama sikit, then baru dapat betul2 maafkan orang. hurm. hati tak cukup bersih kot. hee.
hye...sentiasa pandang cermin nmuhasabah diri sendiri. ...
ReplyDeletesis nti singgah cni pu3 tag sis
http://lobaksusue.blogspot.com
selalu sgt ampunkan insan2 yg dibenci tuh sblum tido.. biarlah diorg tak tau kita da ampunkan diorg.. atleast, kalo mati time tido pon da abes da dosa kita ngan diorg.. huhuhu~
ReplyDelete