Ramai orang tanya saya, macam mana Nana boleh pam susu banyak ek? Agaknya memang jenis badan banyak susu kot?
Hahahaha.... rasa nak tergelak bila orang cakap badan jenis banyak susu.
Okey, tak bermaksud apa2 disitu.
If only u know how I struggle to survive in breastfeeding then you will understand.
Yer, saya dulu sama jer macam semua ibu
"Susu xdela, dah perah tapi tak keluar"
"Hari pertama memang takde susu la, tengok baby x mo hisap pun"
"Kesian baby, x cukup minum susu"
Tanya jelah semua ibu, mesti pernah cakap macam tu.
Sebenarnya semua ibu perlu mempelajari teknik menyusukan bagi menjamin kejayaan penyusuan. Mungkin ada orang tidak percaya pada usaha dan tawakal , bila kita nasihat susu cukup utk baby mereka akan kata "Ko nasib baikla, susu ko banyak".
Erm... tak faham ek sy bg contohla. Ada 2 org berniaga barang yang sama. Ali ni buka kedai, then just tunggu customer yg lalu datang membeli barang. Lepas tu kerjanya asyik berdengki dengan kawannya Senah dan sentiasa berkata "takpela rezeki aku banyak ni jer. Nasib aku tak sama macam dia"
Yang lg sorang ni Senah pun buka kedai yang sama juga. Tapi Senah lebih rajin berusaha dengan mengedarkan flyers, pergi ke serata negeri mencari customer tidak lupa berdoa setiap hari agar dimurahkan rezeki dan sentiasa berfikiran positif. So secara logiknya mestilah yg tunggu dikedai itu iaitu Ali dapat untung sikit. Tapi yang berusaha lebih ni iaitu Senah yang berusaha lebih dan mengamalkan teknik pasti akan dapat untuk banyak.
Rightstart Techniques in Breastfeeding
Sumber: http://www.askdrsears.com/topics/breastfeeding/rightstart-techniques
Belajar dahulu, amalkan dan sentiasa berfikiran positif. Jangan sesekali putus asa kerana syaitan suka org yg berputus asa.
tip yg bagus...tq
ReplyDeletekelakar juga dgn 'badan jenis byk susu tuh'
ReplyDeletehehee
alhamdulillah, sy masih BF anak saya.. dah setahun 3 bulan..
mind set. usaha. insya allah..