Semalam tengok drama Air mata Salina. Betul2 menyentuh perasaan.
Memang x setuju dgn ending citer tuh. Salina tu kan dah tekanan perasaan kene rogol dgn bespren sendiri. Nape kene hukum gantung pulak walhal dia ada 2 org anak kecil lagi.
Sungguh geram dengan hakim itu.....
Hehe beremosi pulak kan.
From the drama i was thinking... Layakkah diberi peluang ke-2, ke-3 jika seseorang itu telah melakukan kesalahan?
Dulu masa muda remaja, saya tak faham kenapa penagih dadah perlu dirawat? Kenapa orang gila yang mengamuk tak tentu pasal bunuh/pukul orang perlu dirawat? Kenapa orang jahat diberi hukuman penjara kemudian dibebaskan?
Saya fikir mereka-mereka ini dah buat jahat, buat apa membazir cukai rakyat yg bekerja membanting tulang nak tanggung kos sara org bermasalah.
But selepas menjadi dewasa baru saya faham. Hidup ini bukan jalannya sama setiap org. Hidup ini adalah ujian dari Allah. Mengapa kita perlu menghukum orang yang melakukan kesalahan seumur hidupnya? Pusat rawatan, penjara itu semua adalah salah satu cara untuk membantu menyedarkan org berkenaan supaya kembali mencari hidup yang sebenar. Peluang utk membaiki kesalahan diri. Yup, semua org layak diberi peluang ke-2, ke-3 tapi pastikan mereka mendapat guideline yg betul. Jika mereka masih tidak bangun dari kesalahan mereka itu bermakna kita yang gagal melaksanakan tugas kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Oleh itu jangan sesekali kita memandang rendah pada mereka yang tidak bernasib baik seperti kita. Sentiasa ingat roda sentiasa berputar. mungkin suatu hari mereka pula yg membantu kita semasa kita kesusahan.
Betul tu.. mereka ni kena di beri peluang.. tapi ade gak sebahagianya tak reti nak insaf..klua masok penjara..
ReplyDeleteYe ke..boleh percaye ke.
banyak manusia baik boleh jahat dan..manusia jahat boleh jadi baik...;d...jadi tak salah kalau di beri peluang....;d
ReplyDelete