Thursday, October 6, 2011

Tips Senyuman Menawan


1- benarkan diri anda tersenyum. berikan bibir anda kebenaran untuk senyum. jika anda selalu takut untuk senyum, maka ingatlah, senyuman itu amat berkuasa. kuatkan diri anda dan senyumlah walau anda takut senyuman anda tidak berbalas, kerana mana tahu, hari esok mereka akan membalas senyum anda itu.


2-ikhlaskan senyuman. walau secantik mana pun rupa anda, jika anda tidak ikhlas, orang yang melihat senyum itu pasti tidak merasa apa-apa.


3- fikirkan perkara-perkara yang gembira, nescaya senyuman anda pasti yang terhebat. fikir tentang pertemuan pertama anda dengan orang tercinta, dan senyum lah begitu, pasti orang yang melihat anda akan turut tersenyum bersama anda, kerana mereka juga turut merasai perasaan itu bersama-sama.


4-senyum dengan mata anda. walau bibir anda tersenyum tetapi mata menjeling, itu bukan senyum namanya. jadi, senyum dengan mata anda juga.


5- elakkan tersengih, kerana sengih itu bukan senyum, tetapi hanya menggerakkan bahagian bibir dan rahang ke hujung masing-masing tetapi senyum, arghh lihat sendiri bezanya bila anda senyum dan sengih di depan cermin. berbeza bukan?


6- kekalkan kesihatan mulut jika mahu senyuman menawan. anda mahu dilihat dengan senyuman yang dipenuhi sisa makanan dicelah gigi? ataupun kesan kaviti yang memberikan gigi warna kekuningan? jadi, eloklah selepas makan, sekurang-kurangnya berkumur atau periksa gigi anda didepan cermin bagi mengelakkan ada sisa terlekat. dan juga, berjumpalah doktor gigi selalu.


7-pastikan penjagaan bibir diambil kira. bibir yang merekah dan kering menukarkan senyuman menjadi kurang menarik dan tidak menawan. pastikan pemakaian lip balm atau minumlah air masak sebanyak mungkin bagi mengekalkan kelembapan bibir yang optimum.


8- senyum dengan hanya menampakkan bahagian gigi yang atas. elakkan senyum dengan menampakkan keseluruhan gigi. amatlah tidak menarik dan wajah juga menjadi buruk. pernahkah anda memerhatikan model-model apabila mereka bergambar dengan wajah tersenyum? sila lihat dan perhatikan. kebanyakkan mereka memberikan senyuman dengan menampakkan hanya bahagian atas gigi sahaja dan liha lah betapa cantiknya mereka didalam majalah. anda juga boleh kelihatan hebat seperti mereka. senyum dengan menampakkan gigi atas sahaja. ya

1 comment: