Wednesday, October 19, 2011

Mari sign Petition Artikel Ibu Susuan

Petition apa pulak ni kan? hehe
Kan hari tu kecoh pasal Artikel Berita Harian pasal ibu tawar susu di internet. Memang mencipta Kontroversi pada Aktivis Susu Ibu. Tak faham? Boleh tengok kat SINI.

Mula2, saya pun geram bila baca artikel ni. Tapi xdela nak maki hamun kan.
Tapi bila baca komen2 orang yang maki hamun tanpa kesabaran tu dekat Facebook, saya rasa kasihan pulak pada wartawan tersebut. Yerla, sebab saya pun pernah kena. huhu
Biasalah, kita manusia biasa. Pasti pernah melakukan kesalahan. Cuma sebab masuk suratkhabar ni memang femes giler la kan.

Cuma, saya boleh cakap harap wartawan tersebut dan surat khabar berita harian dapat buat kenyataan mohon maaf dan mencari info serta ilmu lebih mendalam lagi. Yelah, apabila orang Malaysia sekarang ni masih lagi belum sepenuhnya mengamalkan susu ibu. Aktivis2 ni dah berpuluh tahun cuba hapuskan dominasi FM di kalangan Rakyat Malaysia. Sebab tulah ramai yang terbako hati dan perasaan bila Artikel tersebut lebih memberatkan keburukan ibu susuan berbanding mengajak rakyat Malaysia mengamalkan ibu susuan. Actually, Ibu susuan ini sangat mudah. Zaman dulu yerla susah, documentation pun mahal, nak telefon pun tak semua org ada telefon. Zaman sekarang ni macam2 ada. Tak payahla merunsingkan hukum kawin anak susuan. InsyaAllah, Setiap ibu tidak akan melupakan anak2nya walaupun hanya anak susuan :)

Wartawan tersebut tak perlu berduka cita lama yer, I've been in ur shoes. Bersabar dan ambik langkah pembetulan. Jadikan ini pengajaran dalam kehidupan dan perbaikilah diri menjadi insan yang lebih baik.

Daripada kita komen, buat entry marah2 better kita sign petition ni. Ibu menyusukan seorang yang sabar :)

Klik ni: http://www.gopetition.com/petitions/berita-harian-please-apologize-to-human-milk-4-human-b.html

2 comments:

  1. org sekarang mmg mudah sangat nak maki hamun org lain dan menjatuhkan hukum... apa yg salah kita perbetulkan, nasihat, bukan dgn cara maki hamun..

    ReplyDelete
  2. tula, bagi nasihat dengan kesabaran.

    ReplyDelete