As-Salam.
Bersyukur dengan apa yang ada.... ya benar, tetapi apa salahnya jika kita mahu memperbaiki penampilan. Baiki dengan cara yang betul, bukan dibuat dengan cara terlarang. Ada orang sanggup berhabis wang ringgit untuk tampil menarik. Tetapi, bukan semua cara itu boleh dilakukan oleh ramai orang.
Wanita, antara yang sangat mementingkan penampilan fizikal. Namun, banyak masalah akan terus tinggal menjadi masalah. Nak buat Petua Kurus .... rasa macam lambat bebenor nak menjadi. Jadi, apakah pilihan buat mereka ini?
Bila wanita terlebih berat badan, bahagian yang selalu jadi masalah pada fizikal mereka adalah bahagian pinggul iaitu punggong dan juga peha. Kedua-dua anggota tubuh badan ini sering mengembang dahulu jika wanita terlebih makan. Dan, ada pula di kalangan wanita yang memang dah dilahirkan dengan bentuk fizikal begitu. Jadi, macam mana nak baiki penampilan?
Di sini saya kongsikan cara bagaimana nak handle 'kelebihan' itu. Kebanyakan wanita mengalami masalah punggung lebar, pinggul serta peha besar. Cuba petua ini utk membaiki penampilan keseluruhan, tak perlu diet, cuma sedikit perubahan dari segi pemakaian.
Panduan Pemakaian Buat Wanita Yang Punyai Punggong, Peha Yang Besar
- Skirt berpotongan lurus atau kembang sedikit di bawah (bentuk A) memang cantik. Warna gelap terutama hitam paling serasi. Ia membuatkan si pemakai nampak lebih langsing.
- Skirt labuh kain lembut dgn sedikit lisu pada pinggang dipadankan dgn jaket, rompi atau blaus yg menutupi pinggul juga amat sesuai.
- Jika menggemari warna cerah, cuba pilih baju & seluar/skirt sewarna kerana ia membuatkan pandangan lebih selari. Penggunaan warna berbeza membuatkan badan seolah2 terbahagi 2, menyebabkan bahagian badan ke atas nampak lebih lebar.
- Pelapik bahu (sederhana) berupaya mengimbangi penampilan kerana ia membuatkan bahagian badan ke atas nampak lebih lebar.
- Seluar ketat memeri (legging) perlu dijauhi. Seandainya teringin menggayakannya, pakai dgn blaus atau kemeja T besar, labuh & longgar.
Dan elakkan dari pakai pakaian berikut:
- Skirt kembang bergetah/berkedut pada pinggang.
- Jaket ketat & pendek dipadankan seluar/skirt ketat kerana ia menonjolkan lagi kekurangan yg ada.
Harap panduan pemakaian berikut dapat bantu mereka yang ada 'kelebihan' itu untuk tampil menarik dan menyakinkan. Ingat, jika tak boleh nak ubah seluruhnya fizikal, jangan kecewa, tampilkan diri anda dalam keadaan lain pula. Setiap orang ada tarikannya tersendiri, cuma kena bijak mencari dan memanipulasi.
No comments:
Post a Comment